May 16, 2013

Kerana cerita cikgu-cikgu zaman sekolah

zaman sekolah yang paling best zaman sekolah rendah.
sebab entah. mungkin masa tu tak matang lagi pastu tak pikir sangat masalah.
kerja sekolah pun siap je memanjang. 
sekolah menengah? hikhikhik memanjang tak siap kerja lepas tu suka meniru Prinsip Akaun Fauziana sebab dia terer wooo PA. aku adalah sangat lembap bab mengira.
lepas tu Add Math pun sama lembap nak mamp. tekanan perasaan agaknya Cikgu Saufi ajar aku.
eh bukan tekanan ajar aku je. ajar kawan-kawan aku yang lain juga. mana boleh aku sorang je lembap.
kalau dapat 10 markah dalam exam tu dah kira satu rahmat la tu.
tapi ajaib sangat time SPM boleh lulus Add Math. terasa mimpi terus buat kenduri kesyukuran ok tipu.

sebenarnya nak cerita pasal Hari Guru.
haruslah ikot perkembangan semasa. orang sambut hari guru aku pun haruslah sambut sama.
part paling ingat hari guru sekolah menengah bila guru-guru menyanyi lagu Kami Guru Malaysia.
suara paling kuat haruslah Ustazah Azlin jiran Tqah. hihihi.
kuat ok suara dia menyanyi tapi syok je dengar cikgu-cikgu menyanyi.

Tadika

tadika aku adalah Tadika Kg. Teroh, Karak. ingat lagi masa first pergi sekolah aku budak baru. budak lain dah seminggu masuk dah. ceee konon budak bandar la kan baru pindah dari Taman Bukit Bendera Mentakab ke kampung teroh. pergi sekolah pakai skirt kemeja dan rambut makteh yang tocang. pergi sekolah pun makteh yang hantar. kadang-kadang arwah atok. rindu atok :(

cikgu aku namanya Mastura. baik sangat. anak dia pun ada sekali dalam tadika tu. aku memang bersemangat nak pergi sekolah sebab cikgu mastura ni lemah lembut lepas tu penuh dengan sifat keibuan.
and you know what, aku masih ingat lagi suasana kelas, bau crayon, kaler luna dan bau susu pukul 10 sampai sekarang. tak boleh blah betul ingatan aku ni.

Sekolah Rendah.

antara cikgu yang kuat di ingatan adalah Cikgu Razak sebab dia guru kelas aku kot darjah 1-3 rasanya lah. lepas tu darjah 6 dia ajar matematik dan jurulatih hoki kami. aku kan pemain hoki hikhikhik. so memang sayang lah dengan cikgu razak ni. cikgu razak pernah denda aku dan beberapa rakan sekelas sebab salah jawab matematik. dendanya ketuk ketampi 100x dalam kelas darjah 5. gila ah. malu kot. lepas tu semua tak turun rehat sebab kaki tak mampu nak turun tangga. siapa yang pernah kena ketuk ketampi taulah hazabedahnya waktu nak turun tangga kan? 

Sir Murali. ha yang ni lagi banyak ingatan sebab asyik kena lempang je dengan dia kalau salah jawab english. dah lali dah. kau kalau salah jangan banyak bunyi pi cepat beratur depan kelas untuk kena lempang. tadah jelah pipi kau tu. lepas tu sir ni kira mesra sangat. dia pernah ok tilik nasib kami. antaranya aku lah. zaman budak darjah 6 kan manalah tau tu salah. eh ke dah tau tapi sebab kena paksa kan kang kena lempang pulak. dia tengok tapak tangan aku lepas tu dia cakaplah apa yang dia tau. aku tau tu syirik. betul tak betul apa yang dia tilik tu biarlah aku simpan saja ye. wondering how ni. hehehehe.

Cikgu Ng. aku tak ingat dah dia cikgu darjah berapa. darjah 2 ke 3. dia ajar muzik. ohmy aku suka sangat dengan dia. dahlah cantik. lepas tu usung gitar ke hulu ke hilir. sebab dia lah aku suka muzik hahaha. lepas tu dia kena tukar ke dah tamat praktikal ganti dengan cikgu lelaki yang suka tidur dalam kelas. lepas tu terus aku tak minat muzik. aku syak sebab dia lah aku tak berjaya jadi penyanyi kalau dengan Cikgu Ng mesti aku dah setaraf Yuna hikhikhik.


kau tau tak, cikgu lelaki tu asyik buat aku tensen sebab banyak kali suruh aku tulis nota muzik yang belah kiri tu. bila aku hantar untuk dia check mesti dia kata buat lagi sebab salah. aku pun tak faham penting sangat ke nak buat nampak perfect. nota muzik je kot. sekarang aku selalu je nampak dia kat karak. aku pernah berjanji kalau anak dia belajar dengan aku, aku nak suruh anak dia buat banyak kali hihi. tapi tu la kalau niat dah jahat takde maknanya. aku bukan cikgu pun.

Sekolah Menengah

Ustaz Shamsuri. hihihihi. kalau dengan ustaz ni panjang ceritanya. tapi sikit jela ye. iaitu denda. haha. aku pun tak tau la kenapa suka sangat kena denda. sebab malas hafal bahasa Arab. kesian ustaz kan. dia pun dah pening nak denda apa lah kat student dia.

Ustazah Mastura. pun bahasa arab juga. denda jalan itik hahaha. adoi tak boleh blah betul perangai memasing. apa ke payah sangat nak hafal. hafal je la. tunjuk degil sangat kan. silalah jalan itik. 

Cikgu Latif. denda jugak, tak siap kerja Sains tingkatan 3. sila buat di Astaka. huhuhuhu. tapi cikgu latif ni suka buat lawak time ngajar. so tak bosan pun. kadang-kadang lawak dia melampaui batas hahahaha.

Cikgu Rosnah. ajar BM masa form 3. kau buat karangan kau rasa dah perfect sangat. tapi bila sampai kat dia, mesti ada salah sebab dia sangat teliti ok. dia cek sebaris-sebaris. lepas tu kita rasa dah betul dah ayat tu tapi di mata dia ada yang salah. cekap betul mata dia kan. dia ada anak sekelas dengan aku, lelaki. aku ingat lagi aku and the geng tanya kat anak dia "weh kau dah akil baligh dah ke?" sebab anak dia macam senyap je kan. so kami tanyalah dah akil baligh ke hahaha siot soklan ikot sedap mulut nak tanya. tersipu-sipu mamat tu. last aku tengok last year ke last two years dalam FB dia dah jadi Swag hoi. dah stylo.

Teacher Moliza. dia ajar english la kan nama pun teacher. dia guru kesayangan aku. sebab aku kan suka english. bila dia ajar memang fun. aku dan anak dia, erhan sebaya. satu kelas sampai form 3. yelah budak cerdik haruslah masuk MRSM. haha. sekarang dah jadi doktor. erhan ni over sikit. adalah dia cerita kat aku pasal teacher selalu cerita pasal aku sekarang. sebab ehem ehem *batuk*batuk* aku dapat A1 dalam english masa SPM. takde maknanya aku nak riak sebab dah lama kot. time mula dapat result tu riak la jugak. hihihi. aku pun tak tau aku goreng apa time karangan. 

masa nak ambil result SPM cikgu yang bagi tu kata "awak kat rumah cakap melayu cakap omputih?" 
aku buat muka pelik. lepas tu bila tengok result tengok bahasa melayu dapat B3 dan english A1. why why why? kecewa sangat sebab BM aku dah goreng baik punya karangan. 

ni mesti sebab kata-kata cikgu Jamal ni kan. dia ajar BM form 5. BM form 5 bosan ok. dengan komsas semua tu. lepas tu dia kata kalau macam ni la *tidur, tak bagi perhatian* memang takkan dapat A la BM kamu semua. hihihihi. tetiba nak salahkn cikgu.

tapi betullah.
kalau zaman sekolah kan kita geram sangat dengan cikgu tu sebab denda kita ke marah kita ke pukul kita ke. tapi bila dah dewasa ni terus semua tu jadi kenangan lucu yang tak boleh dilupakan.
masa sekolah rendah aku ada minat kat sorang cikgu praktikal. hensem kot. tapi aku lupa nama dia. aku tak sure cikgu tu suka kat aku ke tak sebab aku baru darjah 4 time tu hahahhah.

eh oklah. nanti aku cerita lagi kalau aku ingat.
tetiba nak buat proses penyahtinjaan.
byeee.

No comments: