Apr 25, 2013

Kerana segalanya tentang cinta

aku terjumpa satu coretan yang aku rasa sangat menarik untuk di share dengan korang.


silalah baca. aku paksa.


Kepada yang masih single.

Cinta ibarat kupu-kupu. 
Makin kau kejar, makin ia menghindar. 
Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan 
menghampirimu di saat kau tak menduga. 
Cinta mampu membahagiakanmu 
tapi sering pula ia menyakiti, 
Tapi cinta itu hanya istimewa 
apabila kau berikan cinta
kepada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan pernikahan.

Cinta bukannya mencari seseorang yang 
"SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang 
yang mampu menjadikan dirimu sempurna.


Kepada yang patah hati.

Sakit. luka. hancur. patah hati.
bertahan selama kau menginginkannya 
dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. 
Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, 
tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati
sebagai pengajaran dan hikmahnya.


Kepada yang masih bertahan.

MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...
Hal menyedihkan dalam hidup ialah 
bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. 
Kemudian akhirnya menyedari bahawa 
dia bukanlah jodohmu dan kau telah
mensia-siakan masa bertahun-tahun 
untuk seseorang yang tidak layak. 
Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 
10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. 
Biarkan dia pergi dan lupakan..


Kepada yang sudah berumahtangga.

Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda.  
Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. 
Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. 
Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

2 comments:

Anonymous said...

wah, boleh pulak main paksa-paksa ni. takpe, paksa untuk ke arah kebaikan...

Reena Kamarudin said...

heheheehhehe