Apr 23, 2013

Kerana janji ditepati ke atau ini kalilah?

Awwwcakkk.
Main awwcakk pulak hikhikhik.
Bangla bawah ni memekak pulekkk.
Macamkan dia pulak berkempen PRU ni. Tapi boleh jadi jugak dia kempen untuk pilihanraya bangladesh. We never know.

Sekarang ni musim pilihanraya ye dak.
Semua orang pun pung pang pung pang cerita pasal politik seperti cerita herman tino bertanding atas tiket bebas lantas isterinya merajuk hati. Jangan gitu kak. Kesian suami akak dan kawan dia sanggup jual kereta. Bagilah sokongan padu lagi padat dan berisi. Eh. Cerita herman tino pulak. Dia ni bukan ke ayah hafiz dalam awan nano ke. Tetiba sangat.

Yelah.
Kalau dah namanya fb mestilah ianya jadi medan kempen dan meraih undi kan.
Dan tentulah ada yang terang terangan memberitahu parti mana yang mereka sokong seperti mengucapkan slogan janji ditepati dan inikalilah.
Fine.
Malaysia negara demokrasi.
Anda apanama layak memilih apanama parti yang disukai. Tetiba apanama tun mahathir kan. I love u tun.

Tapi haruslah diingat ditanam dipupuk dan dimasukkan kedalam otak kepala kita ya walaupun berlainan ideologi politik janganlah sesama kawan sesama saudara bergaduh dan berpecah belah.
Jangan ya.
Tiada lah faedahnya berantem sesama sendiri kerana tidaklah dibawa ke kubur politik itu melainkan duniawi semata. Tapi tali persaudaraan kekal jua selamanya. Mihmihmih.
Jangan kerana politik persahabatan bertahun lamanya menjadi sia sia.
Jiran tempat mengadu sakit pening di pandang dengan pandangan "huh".
Jangan.
Rasional ya.
Kalau dah tau jiran tu penyokong parti A janganlah dikutuk parti A tu depan dia. Kutuk belakang dibenarkan ataupun dalam hati.
Kata kuncinya adalah hipokrit.
Demi menjaga hati orang terdekat. Gitu kekdahnya.

So this year is gonna be my first year to vote. Yessss.
Akhirnya aku dewasa. Hikhikhik.

Ohya.
Nak cerita pasal last week. Hari khamis.
Aku ke kedai runcit mamak bawah rumah untuk beli air mineral sebab air mineral dah habis aku kan tak minum air yang dimasak wah panjang lebar terang.
Kat luar kedai tu adalah dalam 15 orang tengah mengerumuni seorang lelaki tinggi kulit cerah. Lelaki itu sedang berucap. Aku macam ha sudah sape pulak ni nak lalu camne. Maka aku yang noob lagi tak makan disaman ni telah berkata tumpang lalu tumpang lalu sambil lalu depan lelaki yang berucap tersebut.
Selepas melalui himpunan tersebut maka terpandanglah perempuan noob ni akan kereta estima ke apa ke tak sure tapi jenis mpv la. Apabila terpandang saja kereta itu terdapatlah poster didepan itu tertulis undilah calon pas dato husam sekali dengan gambar.
Dan aku pun berkata eh macam pernah nampak lelaki dalam poster tersebut.
Aku pun toleh semula kebelakang.
Ya.
Memanglah aku pernah nampak yang aku lalu depan tu siapa???
Lantas dari sikap noob tersebutlah aku mengkaji calon calon pru ni. Tu yang aku tau herman tino bertanding. Kalau tak hmmmm. Hihihi.

Oklah. Sampai disini saja coretan carutan saya.
Bye.

No comments: