Apr 12, 2013

Kerana kadang-kadang kita perlu lihat kehidupan orang lain untuk kita lebih menghargai hidup ini.

aku pengguna tegar Instagram.
maksudnya suka perasan syok sendiri but who cares kan.
aku lagi suka snap pic pokok dan langit.
dua keindahan ciptaan Allah yang paling aku kagumi.
aku sanggup berhenti bila berjalan semata-mata nak ambil gambar langit petang.
perasaan itu tak tergambar bahagianya.

dan kebelakangan ini aku suka mengikuti instagram seorang guru di Cameron Highland.
Instagram Bungolale.
aku panggil dia kakak. tak pasti umurnya berapa :)

dalam hidup ini, tak setiap masa kita bersemangat, hyper, gembira dan huahua kan?
ada masanya rasa macam alahai kenapa malas sangat ni?
alahai takde mood.
alahai bosan. alahai sana alahai sini.
moody sana moody sini. malas nak buat itu ini.
mood sangat down dan rasa nak tidur saja. pernah tak?
rasa macam nak lari dari dunia realiti? nak berehat sensorang dan tinggalkan segalanya?
tak bersyukur dengan apa yang ada sekarang? orang itu lebih kaya, terus rasa why not meeeee????? whyyyyy?
hikhikhik motip sangat nak jerit dalam hati korang ni.

Kak Bungolale ni cikgu di sekolah rendah Lemoi, Cameron Highland. betul kan kak? hehehe. kalau salah, maaplah.
dan ianya adalah tempat tinggal orang asli.
karak pun ada orang asli. tapi believe me. orang asli karak dah moden.
moden sangat aku rasa.
tapi orang asli di Lemoi ni aku rasa masih jauh ketinggalan. aku rasalah. tak pernah pergi, main rasa-rasa je sebab tengok pic Kak Bungolale.

and yes.
i just love all the captions yang Kak Bungolale selalu ungkapkan di setiap gambar.










ini antara pic dia yang aku ambil setelah mintak izin dari tuan punya badan.
thanks akak.

rasa macam biasa saja kan?
kejap aku upload lagi


berani sungguh Kak Bungolale lalu titi ni.
kalau saya kak, dah menjerit-jerit dah ni.
kayu tu mesti licin sebab hujan kan. akak memang hebat sangat. hehehehe.


jalan nak ke sekolah. naik motor.
lumpur selut.
kau mampu.
aku terus terang aku tak mampu.
aku bukan manusia yang boleh susah sangat macam ni. susah tu ok tapi bukan yang macam ini.
aku tak boleh hidup seperti akak ni hidup.
dia boleh. sebab dia kuat.
dia seorang pendidik.
pendidik kena kuat.
jangan harap nak pakai high heels, pakai baju cantik-cantik, handbag di bahu masa nak datang kerja.
jangan harap nak datang berlenggang lengguk ke opis.

kehidupan di sana mesti serba sederhana, kan?
tapi semua pic yang akak ni ambil menggambarkan, tak punya segala takpe janji kami bahagia.
how i wish i have that kind of thought.

memang aku kagum sangat dengan akak ni.
kalau aku? huhuhu hari-hari nangis telepon ibu mengadu.
bukan tak pernah susah, tapi aku rasa aku tak boleh hidup di tempat yang macam ni.
sedangkan pergi kawasan yang takde line telepon boleh pun aku boleh meroyan inikan duduk tempat yang you know, pendalaman macam ini.
setakat nak pergi berjalan duduk sehari dua, yes aku suka.
sebab akukan pencinta alamsemulajadi.
suka hirup udara segar.

Kak, saya tahu akak baca ni. sebab akak mintak link blog saya kan? hehehe.
saya bukan nak bodek akak tau sebab akak jauh nak bagi saya hadiah kalau saya bodek. hahaha.
saya cuma nak cakap, saya suka sangat dengan kehidupan akak. 
apa yang akak share. 
ungkapan gambar akak. 
anak-anak itu semua---Bunga, Taye, Indah, Matyo, Iqmal. 
antaranya. 
saya suka.
terima kasih buat saya rasa ada maknanya juga saya buat akaun instagram ni.
teruskan akak share gambar-gambar kehidupan di sana. 
dan terima kasih untuk satu ajaran kepada saya--hidup ini bukan setakat berkisar pada hal kita saja.
satu ajaran bahawa, yang sebenarnya takde line internet itu taklah teruk sangat.
ikan cencaru takde kat kafe pun takpe dah selepas ini.
baju tak berganti selama sebulan pun apadehal.
kalau nak dibandingkan dengan apa yang ada di sana-pos lemoi.
sederhana tapi tenang *mungkin*

saya teringin nak pergi sana. insyaAllah kalau DIA izinkan.
nak rasa sendiri apa yang akak rasa.

terima kasih Kak Bungolale untuk satu pemandangan indah ini :)

nah akaun instagram kak bungolale bagi sesiapa yang nak follow 

BUNGOLALE

last pic 

alo omey omey.

p/s: kak, kalau nak pos barang kesana macamana?

2 comments:

Unknown said...

Dia ada blog gak..akak duk follow..kapalterbangkertas rasanya..tp dah sebulan dia x hupdate

Unknown said...

Waa... Best nyer.. Rindu suasana kt sne..... Mse kt ex opis penah msuk sana.... Air sg nyer sejuk... Bersih x t'cemar kecuali waktu hjn lebat sbb m'bawa hakisan tanah2 tebing...