Apr 9, 2013

Kerana ketua kelas kena belasah

Tertengok video ketua kelas kena belasah dengan budak ada hingus gelar diri lan todak. Todak sangat ke engkau?

Selalunya aku takkan berani tengok video pukul pukul ni.
Sebab aku tak sampai hati.
Airmata mudah mengalir.

Tapi entah semangat laksamana sunan merasuk tadi, itu yang aku tengok.

Yang dibelasah kecil molek.
Jenis budak skema pakai seluar atas perut.
Comel. Memang muka macam mintak dibuli.

Yang tukang belasah macam gangster sangatlah muka tu?

Tapi itulah dia dengan masalah budak sekolah zaman sekarang melayu yang utama.
Berlumba lumba nak jadi lan todak.
Eh lan todak pun kat realiti menangis putuih cinta dengan chinta hati tau. Ok selingan. Very the kak nam kenn.

Budak.
Ramai-ramai beranilah.
Gah sangat.
Semua nak tayang hebat.
Sembang tak jatuh.
Bangsa sembang lebat belasah nak hebat.

Cuba kalau sensorang.
Ada kau berani?
Silap-silap berlari balik rumah cari mak.

Kesian dengan budak kena belasah tu.
Di pukul la macamana pun.
Tetap berdiri.
Tak jatuh.
Steady bro.

Yang tukang rakam pun cerdik sangat.
Dah rakam pi upload.
Baguslah.
Sedekah leher untuk disembelih.

Tak sampai hati nak pikir apa la yang jadi kat budak tu sekarang.
Pikir kalau adik sendiri yang kena.
YaAllah.
Tak sanggupnya.

Harap mak bapak lan todak taklah back up anak--
Eh kat rumah tak macam ni. Kat rumah baik.

Biar di ajar sikit gangster tak cukup umur ni.
Sekolahkan habis habisan.

Dan untuk budak comel itu.
Mak ayah dia kena ada untuk dia selalu.
Bisik kata kata semangat.
Sebab mental orang yang dibuli ni sangat terganggu.
Sampai ke tua dia akan fobia jika tak di ubati.

Dan untuk gangster.
Doa-doalah masuk sekolah juvana kot kot boleh berlakon extra dengan botak untuk juvana 2.
Kot adalah juvana 2 nye.
Takpun tunggu dah cukup umur.
Pi la belasah orang lagi.
Boleh masuk jail.
Abang abang senior dalam sana memang suka muka jambu macam korang.

Sedih.

No comments: