Apr 19, 2013

Kerana cinta aku tersiksa, kerana cinta merana. tajuk takde kena mengena

Kita cerita random sajalah ya.

1. aku dan bos, encik S ada hobi baru. tengok google maps. lepas tu tengok rumah sendiri T___T. macam tadi putrajaya hujan terus dia datang kat aku "reena cepat tengok kat maps ada hujan tak?" nak tau kenapa? sebab kitorang kagum ohhhh dengan google maps. tapi sampai sekarang kami tak dapat jawapan sama ada kalau hujan boleh tau ke tak? tapi memang dalam maps tu tadi putih je langit. 


so inilah puncanya kami kagum dengan google maps. bimbo tak? hahaha. cer korang taip sekarang. nampak tak orang tengah heret mayat berdarah masuk dalam tasik? tapi baca kat komen katanya lelaki dan anjing. hahhhh peduli apa aku janji aku terkagum.
buatlah buatlah pleaseeee hahaha nak heret korang sekali jadi kagum sat.

2. aku kan tamak. aku pinjam 10 buku. 7 dari bilik Tan Sri aku, ewah tansri aku katanya. 3 dari library. semangat bekobar ni nak baca. sekali balik rumah hmmmm hmmmm dan hmmm lagi. why la pengaruh internet lagi kuat ni hah? aku rindu nak jadi ulat buku macam dulu. boleh habis satu novel dalam masa setengah hari. lupa makan minum. why??


inilah bukunya. banyak kali ok banyak kali pinjam tapi tak baca pulang semula ke library. banyak kali. sampai librarian JPM ni memang dah mark muka aku selalu pulang buku lewat. dan yang beli lagi pun tak baca. ohmy why la aku jadi macam ni. rasa nak lelong semua novel aku tu. satu buku 5 hinggit.

3. malam tadi bergayut sat dengan member aku. malam pukul 12 call semata-mata dia bosan. lepas tu adalah suara budak menangis.

dia : suara apa tu?
aku : suara budak nangis tu
dia : yeke?
aku : why nak yeke? memang betullah suara budak nangis.
dia : takdelah. kalau budak nangis takpelah.
aku : ko kenapa? 
dia : yelah, kalau budak yang betul-betul manusia nangis takpe. kalau yang bukan, hehehehe. dekat pulak tu bunyinya.
aku : shuttt uppppp.

terus ha amekkaw. meremang segala bulu roma.
memang hampes betul.

4. aku perhati, bebudak rumah aku. masuk je rumah waktu malam *balik kerja. diorang kerja salun* mesti bergelak bagai nak rak. dalam sejam dua senyap. lepas tu mulalah pasang ayat kursi. ya memang terpuji. aku pun suka, rasa tenang sangat. tapi yang tak tahan tu, merepek bebukan kata ada lintasan la, tak sedap hati la, makhluk itulah inilah. watdehel? aku yang berani *dabik dada* ni pun jadi penakut. cer la bawa bertenang.

eh oklah nak balik Karak.
daaaaa.
selamat berhujung minggu uols.
hati-hati di jalan raya.
nanti tak sempat nak pilihanraya.

2 comments:

Ann Ishak said...

tetiba teringat movie Karak tu, scary

::FAIZ:: said...

sayapun suka main google map