Mar 11, 2013

Kerana dia abah saya, Farah nak kawen dah hoi dan saya simple. Tajuk tak boleh nak panjang lagi ke, reena?

minggu ini dan seterusnya aku busy.
dengan nak handle kursus dan bla bla bla.
dengan persiapan perkahwinan adik aku, Farah. tak lama dah.
hujung bulan ini saja. oh my. i can imagine betapa penatnya aku nanti.
tapi even penat pun, deep inside my heart i am soooo happy because finally, Farah kawen.
huhuhu. being her sister, mestilah banyak cerita kami share kan.
yang tak boleh blah bila dia gaduh dengan tunang dia.
dulu masa sebelum bertunang aku rasa slow je. *tunang dia duduk Kuala Selangor*
tapi bila bertunang aku rasa bertekak tu jadi makanan harian kot. ofkoz bertekak on the phone je.
betulkah dugaan bertunang itu lagi hebat, kengkawan?
Farah dan tunang dia bukan jumpa selalu. masa bertunang aku rasa adalah dalam 3,4 kali kot jumpa *tempoh setahun*
sebab abah tak bagi jumpa. huhuhu.

nasiblah memasing memahami walaupun aku rasa muncung juga si Farah tu khennn.
atenya rindu. orang muda. huhuhu.
aku tak tau lah. ada rasa sedikit sedih bila tiba part macam ni. i mean part kawen ni.
lebih-lebih lagi bila melibatkan adik aku sendiri.
sedih sebab abang kami takde nak tengok hari bersejarah ni.
mesti ibu paling sedih kan.
sekarang ni pun aku tengok ibu kejap-kejap termenung. tak tahu pikir apa.
pikir persiapan kawen tu sudah tentu. tapi mesti dia ada juga pikir arwah kan?
rindu. sumpah rindu :(
kalau dia ada *abah mesti marah kalau dengar aku guna word "kalau"* mesti dia among yang tersibuk sekali.
sebab buat kat kampung kan. so mesti dia yang sibuk pi cari kayu api, sibuk uruskan itu ini dengan muka serius dia tu tapi kelaka.
dengan peluh-peluh dia tu.
dengan bau masam peluh dia.
mesti dia paling tak duduk diam.
aku dapat bayangkan.
tapi semua tu takkan terjadi kan? Allah lagi sayangkan dia.

kalau dia ada *again i used word kalau. sori abah :)* mesti dia banyak tolong abah.
sekarang ni abah banyak buat sorang. faeez pun tolong juga.
tapi tak sama dengan abang kot. abang ni kerja kasar. kerja kuat. kau rasa tapak tangan dia pun kau dah gerun tau. rasa kalau kena pelempang mau senget mulut kau 18 jam.
faeez pulak more to macam budak bandar walau hakikatnya duduk kampung.
tapak tangan tapak kaki alahai kalah tapak tangan aku. huhuhu. so kerja berat dia kurang tapi kalau bab merepair memang dia pakar.

aku dah nekad on farah's akad nikah, i wont cry.
sebab nanti buruk mekap aku hahaha. macamlah mekap ye dak.
i wont cry sebab taknak ibu nangis juga. that's my promise.
tapi kalau ibu nangis terpaksalah aku nangis juga sebab kesianlah ibu nangis sensorang mihmihmih.
alasan. taip entri ni pun dah rasa sebak. kau memang hati kaca, reena. huhuhuhu.



aku snap pic abah ni hari jumaat malam masa aku baru sampai karak.
pi makan kat medan selera karak.
aku order mihun sup but terkejut ah aku makan tak habis.
sebab maybe penat kan, so dah tak lalu kat anak tekak.
masa ni abah dah berhenti makan.
aku tengok je muka dia.
dah ada kedut. lepas tu kan rambut dah memutih.
aku tak tau lah korang kan, tapi aku ada satu sifat tak boleh tengok abah makan.
sebab aku akan rasa nak nangis.
sebagai anak of course aku tau susah payah dan segala jenis dugaan yang dia hadapi, kan.

even muka dia garang tapi jiwa dia lembut.
dan sebab dia berjiwa lembut dan penyabar la orang suka ambil kesempatan.
yang dia tau cakap, sabar lah, biarlah orang buat kita.
perghhh bernanah telinga anak dia ni bila dengar ayat penyabar abah sendiri.

walaupun ada sesuatu yang berlaku sekarang dalam family aku tapi dia kuat.
mungkinlah dia berlagak kuat ke apa ke kan.
tapi yang aku tau, dia tetap nak menceriakan suasana.

yang tak tahan tu, dia dah suka sangat dengan cookies subway.
minggu lepas aku beli sepuluh untuk dia.
pagi tadi masa nak balik putrajaya dia siap pesan beli lagi.
lolololol. susah tau abah nak suka makanan ringan macam tu. coklat pulak tu.
kalah mieya.
dia kata makan sekeping cookies gedabak tu sangat kenyang.

lepas tu dia suka tanya "kakngah ada duit tak nak balik sana (putrajaya)?"

walaupun nafsu jahat kata, cakap je takde cakap je takde, tapi hati baik kata, kau kan dah kerja tak malu ke ambil duit dari mak ayah?
maka, baiklah. cakap saja ada T_____T



well.
salah satu reason why aku suka balik karak is because aku jadi so simple.
nak pergi kedai makan no need pakai beria.
tapi kat sini pun bukan aku melawa sangat pun.
tapi kat karak bila ibu ajak jum makan kat luar, terus ambil selendang dan siap.
semalam baru Farah kata, kalau orang luar masuk karak mesti akan kata "eii pekan apa ni, macam koboi je"
tapi bagi kami, this is our place.
tempat jatuh bangun.
tempat kenal dunia, kenal hidup.
karak dah banyak berubah berbanding 20 tahun dulu.
yang terbaru Balai Bomba dia dah hensem kot.
balai polis masih sama. 
dan karak best sebab ada aku. kbye.

ohmy. nak pikir kesibukan ini pun aku dah penat.
harus bulan 4 pergi bercuti. jum korang???

1 comment:

Cik Rai @SeriGala said...

jom bercuti jom!!!!!!

April is coming! woohoooooo