sebab katanya tensen kan lolololol.
aku karok lagu
1. i dont want to miss a thing-aerosmith
masa di rumah sebelum gerak aku dah tanam satu keazaman nak nyanyi lagu ni.
maka keazaman haruslah dilaksanakan demi kebahagiaan anak tekak dan telinga.
best juga aku jadi steve tyler malam tadi hahahaha.
2. anggapanmu-ziana zain
lagu ni lagu yang selalu aku dan adik aku, farah nyanyi dalam kereta bila kami round kampung waktu petang.
ianya satu terapi yang sgt bagus, tau. bila malam tadi dapat nyanyi menggunakan mic, terasa puas. puas.
3. terlalu cinta-rossa
sumpah itulah last aku akan karok lagu ni sebab aku macam membaca. aku salahkan melodinya.
aku bukan buta tone *memetik kata-kata azmeer*
4. teman pengganti-black
aku ambil part rap saja. so RJ, boleh bersara dah sekarang.
5. soledad-westlife
saja nak mengimbau zaman boyband. zaman menggila dengan westlife
6. crazier-taylor swift
muahahahah susah kot nak bawa lagu ni.
7. ditelan pahit dibuang sayang-legacy
woot wooot. lagu rock kapak mana boleh dilupakan. haruslah feeling jiwang.
ada lagi kot aku dah lupa.
keseronokkan sementara.
balik rumah fikir semula serabut di kepala.
tapi takpe i had fun.
malam tadi.
muka putih suci murni janganlah tertipu.
aku nasihatkan korang pi download Camera360 hahaha.
tapi ni sekali dengan flash tu yang macam hantu cina tu.
atas camera360
bawah neutral.
vahvahvah.
macam takde beza kan. hahah.
maaflah hari ni terasa nak puji diri sendiri jek.
sebab takde nak puji aku.
muka aku sunburned la balik dari kursus di sungai pahang tu.
terasa lagi pedih teriknya.
sebenarnya muka aku biasa-biasa saja.
taklah teruk sangat *ayat konfiden*
dan tak flawless pun.
jerawat akan tumbuh bila mana aku stress. aku perhati je jerawat ni tau.
sekarang dia pi landing baik kat bibir aku dan hidung. sakit gila nak mam.
tapi yang pasti muka aku berminyak sebab guna krim.
canne eh nak buat muka tak berminyak?
jangan makan menda yang berminyak eh?
ke kena tepek kertas serap minyak selalu ok tak kelaka.
ah tak kisahlah ye. janji ada muka.
last week aku balik karak.
adik aku si faeez cerita.
dia, ibu abah dan farah pi makan sarapan pagi kat kedai.
then farah terdengar perbualan si ayah dengan si anak umur dalam 5-6 tahun la macam tu.
tau tak apa si ayah tu kata?
"ayah pun takde duit ni"
mungkinlah si anak lapar nak makan so ajak ayah dia masuk kedai untuk makan.
sebab situ memang medan selera pun.
dah jauh sikit farah dan faeez nampak si anak seluk kocek dan kirai-kiraikan kocek macam nak cari duit tapi yela, manalah ada duitnya kan.
muka dia sedih sangat farah kata.
then faeez tanpa banyak soal berlari ke arah si ayah dan si anak terus hulurkan duit.
faeez kata si ayah tak habis-habis ucap terima kasih. terus dia bawa anak dia pi makan.
masa aku dengar cerita ni serius aku nak nangis.
aku tak heran lagi kalau orang tua yang susah tak makan semua tu.
tapi sebab ada budak kecik kan.
aku cerita ni bukanlah nak up family aku baik ke apa ke kan.
kalau korang ada kat situ pun korang pun akan buat menda yang sama.
cuma betullah salah satu ujian Allah untuk kita apabila dia datangkan seseorang yang susah kepada kita.
supaya kita dapat kongsi rezeki kita dengan yang lebih susah dari kita.
kita mungkin susah bab lain, mungkin bab duit kita ok.
tak salah bersedekah.
tapi kesian kan.
nak pi manalah kan dua beranak tu.
aku tak rasa pun mereka tu pengemis sebab abah kata lelaki tu memang duduk bentong.
petang ni nak balik karak.
sebab nak tengok apa lagi yang boleh di tolong.
farah kan nak kawen hujung bulan ni.
orang kata langkah bendul ya.
tapi abah taknak pun adat langkah bendul ni.
dah nak jadi bini orang dah ye adik aku tu.
sedih pun ada rasanya.
we share so many things together.
bukanlah lepas kawen tak boleh share.
dia pun duk karak juga lepas kawen kalau tak siapa nak jual berger kan.
just that, bila dah kawen mungkin terbatas sikit.
huhuhuhu.
No comments:
Post a Comment