Mar 12, 2013

Kerana jangan jadi pengadil yang tak adil

ada satu cerita.
jumaat lepas di Plaza Pekeliling.
aku lepak tunggu bas ke bentong. sambil dengar lagu, baca novel.
tiba-tiba aku nampak budak lelaki lebih kurang 19-20 tahun lah umurnya mundar mandir depan aku.
aku pun bukalah earphone sebab nak tahu kenapa.
sambil tu di belakang dia ada 3 orang kawan dia pun sama ikot dia.
then aku dengar budak lelaki tu kata

"mana perginya? takkan cicir kot. ala, tak jumpa. camne ni" 

muka dia memang risau gila lah wa cakap lu.
aku macam, eh, dia hilang henfon ke wallet ni?

then kawan budak lelaki tu kata

"ala, dah hilang nak buat camne. lagipun RM12 je kot bukan 12 ribu. anggap jelah takde rezeki kau"

budak lelaki menjawab

"kena cari juga sampai dapat"

kawan yang sorang lagi pulak nak masuk dalam ini cerita

"kemonlah. RM12 je kot. dah takde tu takde jelah"

aku pun nak masuk juga dalam itu cerita tapi setakat dalam hati jelah. hati aku berkata, a'ah dah hilang tu hilang jelah. 12 hinggit je kot.

budak lelaki menjawab

"memang 12 ringgit je. tapi itu saja yang aku ada. itu saja duit untuk tambang aku. aku mana ada duit dah" 

muka sugul.

Ya Allah.

terasa malu aku di situ.

cepat sangat aku judge orang kan. terasa malu berkata dalam hati "12 hinggit je kot" kalau sebenarnya 12 hinggit je kot itu besar nilainya bagi seseorang.

betullah kata pujangga ecewah.
jangan cepat menilai kehidupan seseorang jika kita tidak cuba untuk berada dalam kehidupan mereka.

kalau tak mampu nak membantu, jangan di tambah lagi rasa susah hati mereka.

itu pengajaran.

mestilah dalam hidup ini kita banyak mengadili seseorang secara diam kan?
kenapa dia macam tu? sedangkan dia boleh jadi macam ni?
kenapa dia buat begitu? kenapa dia tak begini?

aku selalu ingatkan diri aku, stop judging other people.
kalaupun tak secara nyata, tapi terdetik dalam hati juga. heheheh.

sebab memang lumrahnya manusia macam tu.

tentang budak lelaki di atas.
kawan-kawan dia sikit sorang bagi dia duit.
sooo sweet.


2 comments:

Unknown said...

reena tlg juga ker?

Reena Kamarudin said...

hehehe.kalau kawan dia tak bagi maybe reena yang bagi.