Feb 7, 2013

Kerana terluka hati ini, kiranya tempias hahah Nurul sangatlah kan.

hai sahabat.

saya baru baik dari demam batuk selesama dan yang paling hebat, asma.
eh tak tak. jangan kerut kerut dahi saya "bersaya-saya".
saja nak jadi sopan hari ini. hihihi.
saya ok je kalau sakit sakit ni. tapi biarlah kalau demam, demam je. jangan asma.
then kalau asma, asma je, jangan ada demam.
tapi takdir Allah siapalah mampu mendugakan. kena terima dengan redha.
Alhamdulillah, i'm getting better eventho' ada lagi batuk dan suara awwwww Ella pun kalah.
start teruk hari isnin tu.
tapi boleh lagi datang kerja. tapi dah masuk tengahari rasa dah tak boleh tahan.
lantas dengan pantas ke klinik kerajaan yang oh well what to expect kan.
kenalah bersabar sikit walau kau rasa nak mati sangat.
nak cepat pergilah klinik swasta. jangan banyak rungutan. hehehe.

then ohyeah, kena ambil neb.
ala yang letak oksigen kat mulut dan hidung dan sedut tu.
saya dah biasa dengan menda tu. yang tak biasanya, kejadah pulak MA tu duk tunggu depan saya selama 20 minit. i is malu uoll. dahlah lelaki. adakah kerana dia nak melihat wajah saya yang comel ini kuikuikui.
saya nak camwhore dan masukkan pic dalam instagram pun malu tau.
duklah dia memandang saya sambil bertanya ok tak ok tak.
watdehel la kan.
kau tak rasa nak pergi kencing ke berak ke ambil air ke apa ke. like seriously 20 minutes duk depan saya sambil pandang and keep asking dah ok dah ok.
mestilah tak ok. pakai neb tu cuma boleh melegakan pernafasan kau dalam 60% saja.
lagi 40% memang ada rasa lagi payahnya.
tapi takpe, terima kasih kerana sangat mengambil berat pasal saya.
then jumpa balik MA perempuan dia kata ada lagi so kena ambil second time neb tu.
saya kata takmaulah, setiap kali ambil rasa nak pengsan.
ofkoz la. sebab kita memaksa oksigen masuk dalam paru-paru kita *eh betul ke tak, i is failed in science*
so badan tu akan jadi a bit lemah la.
so tak mau ambil lagi. ewah berlagak. MA tu pun buat muka redha. entah entah dalam hati kata "kau siaplah, esok kalau kau kena datang lagi memang aku kata padan muka degil sangat" heheheh.

and yes. malam tu terjadi lagi asma itu. so pergi klinik swasta bawah flat tu aje.
wooooo hensem kot doktor india ia.
so dia check demam tembak dalam telinga then buat muka terkejut
"ada makan ubat demam"
"takde"
"demam u 40 suhu dia tau. banyak tinggi."
"ohye?"
hahahah jawapan takde perasaan. sebab pikir nak balik nak tidur.

so itulah dia cerita sakit saya.

malam tadi saya mimpi.
saya mimpi saya bercinta dengan vokalis Klangit Band. 
hahaha apsal lah bukan Remy Ishak kan.
mamat rock tu juga yang masuk mimpi tu.
dalam mimpi tu, mamat Klangit tu siap nyanyikan lagu popular dia tajuk Dewi.
in reality memang saya suka dengar lagu tu.
so sweet kalau dipikirin.
tapi yang tak bestnya kenapa dating disebalik tingkap rumah.
saya di dalam, dia diluar.
so kami hanya dating macam tu saja.
then Ibu masuk dalam mimpi saya.
oh rupanya ibu menjadi penghalang cinta kami.
then mamat tu pergi sembunyikan diri.
cisss ingatkan nak la pertahankan cinta dia tapi pergi sembunyikan diri.
tapi tak syoklah sebab bukan Remy Ishak hahahaha malam ni nak jampi mimpikan Remy.

apa rasa ya bila kita rasa dah tak seronok dengan apa yang kita ada sekarang.
eh saya pun tak reti nak tanya korang camner.
macam ni contohnya.
korang ada 3 ekor kucing.
3 ekor ni memang kemana saja bersama-sama.
makan bersama, minum bersama, menggatal cari kucing jantan pun sama-sama.
korang seronok sangat tengok mereka together gether.
then one fine day, ketiga tiga mereka tak lagi kelihatan bersama.
sorang ke utara, sorang ke selatan sorang ke barat.
mesti kita akan rasa, laaa kenapa sampai jadi macam ni.
rupanya ada unsur pengkhianatan dalam perhubungan itu.
mesti kita rasa tak seronok kan.
hmmmmm.

eh nanti sambung semula ya.
nak jadi pekerja cemerlang jap.
bubye.

No comments: