Jan 31, 2013

Kerana entri banyak gilerrrrr gambar dan Ustaz Don weh!

amboi lamanya tinggalkan blog.
nasib baik ingat lagi password. kalau tak, nangis lari lari masuk bilik hempas badan atas katil.
tak taulah ngape malas benor aku ni nak menghapdet.
tapi korang bukan kesah pun kan aku hapdet ke tidak.
aku pun tak kesah korang kesah ke tak kesah. 
ha nampak tak? nampak tak aku sebenarnya dalam mood jiwa kacau?
nampak tak?
sampai taip pun ala-ala tanggechi punya ayat.

well.
mana ada jiwa kacau. saja bikin gempak.
kalau jiwa kacau pun bukan ada dah yang nak pujuk.
sebab yang tukang pujuk tu la penyebab jiwa aku dikacau kacau.
ha sekali lagi nampak tak aku bagi klu apa kat korang?
nampak tak?
ok sori merapu.
rindu nak merapu.

entri kali ini baiklah mulakan dengan aktiviti yang orang akan kerut dahi kat aku bila aku cakap aku sertai aktiviti ini.
iaitu "Sambutan Maulidurrasul Peringkat Kebangsaan".
choi sangat ada yang tak percaya aku join.
apa? susah sangat eh aku nak bangun pagi?
mana tak susahnya kalau malam sebelum tu duk keluar sampai tengah malam.
ala keluar pun dengan Dhiya dan Sha.
bukan dengan Fariq ke, Osman Jailani ke, ataupun Setapa.
takde.
korang takkan baca yang aku keluar dengan lelaki di sini *kaver*
kalau aku keluar pun, aku rahsiakan. eh dah bagitau tak jadi rahsialah kan.
apa-apa jelah bedah.




aku combinekan jelah.
kau tengok muka jembek toyee aku.
aku kuatkan semangat je tau.
walhal mata memang hazabedah sangat time ni.
sebab malam sebelum tu duk pi ukur keluasan uptown the mines.
kereta hitam tu kereta Yang DiPertuan Agung.
aku tunggu turn nak ambil pic sebab ramai sangat orang berebut nak ambil pic kereta ini.
daaaa kereta je kot.
aku pun mengundur lantas sedar diri dan hanya ambil keretanya saja tanpaku disisi kereta tersebut.



ini ke uptown.
masa ini hujan. tapi aku sangat mengagumi kegigihan aku, Dhiya dan Sha dalam mengharungi hujan bersama demi shopping.
well actually taklah shopping sangat.
cuma nak cuci mata saja.
dengan air yang bertakung, aku redah jua.
demi shopping.

ok.
abang ni sangat peramah.
aku ada pic dengan dia sebab dia paksa aku ambil pic dengan dia.
tapi tak kosser aku nak masukkan dalam blog aku.
hahaha.
tapi abang ni kau puji puji sikit kata dia baik, nanti dia turunkanlah sikit harga walaupun sebenarnya harga asal baju tu memang harga yang dia turunkan tu.
takpe, otak bisnes, i like.
dia jual pelbagai jenis cardigan.
rasanya ini kali kedua kami bertandang ke kedai dia.
orang kelantan dan sangat peramah. penat nak menjawab soklan dia.
lepas tu sibuk suruh aku add fb dia.


budak baju kuning ni jual tudung dengan jahit manik.
jahitan dia sangat cantik dan kemas uols.
aku rasa nak sorok muka bawah jentolak lantas dilenyek jentolak tersebut sebab well, aku dengan jarum bukanlah gandingan yang baik.
tak pernah ngam.
budak ni pun peramah. aku rasa semua penjual peramah kan.
kalau kau pendiam masam mencuka memang tak laku lah barang kau.
kat kedai dia ni je, Sha borong 7 helai tudung.
murah rezeki budak ni.
ohya aku ada ambil namecard dia.
incase aku nak dia jahit manik, bolehlah.


taraaaa.
inilah jam yang aku beli di situ.
bapak kuat gila jam ni boleh pedih telinga kau.
tapi kerana dialah aku boleh melangkah penuh keyakinan dan kebanggaan di dada ke mesin punchkad dan fingerprint tetiap pagi.

seterusnya semalam.
yang ni tak sabar nak cerita.
aku bukanlah fanatik sangat dengan Ustaz Don.
tapi kalau ada 30 Minit Bersama Ustaz Don memang aku suka tengok walaupun bukan selalu.
tapi semalam........




hahaha dah macam apa entah ambil pic bergerak.


aku jumpa beliau tau.
walaupun sejam je ceramah dia tapi tetap meninggal kenangan terindah bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu wah gitu.
memang beliau sangat kelakar.
sangat hensem.
sangat friendly dan spontan orangnya.
dan aku rasa dia ni memang ustaz yang rock sebab semua filem dia layan.
narnia, LOTR, harry potter, 300 dan macam-macam lagilah.
lepas tu Pedang Setiawan lah, Dragon Ball lah.

tapi dia jalan laju gila.
tak sempat aku nak snap pic dia properly.
takpelah. janji jumpa dan dengar ceramah dia.
hehehehe.

ok.
pasal balik kampung pulak ye.
kampung dengan makan adalah sinonim.


atas ni antara makanan BBQ kami sekeluarga.
buat kat rumah makteh.
tukang sponsor aku dengan ibu.
tapi adalah juga makcik makcik menambah makanan yang lain.
mendanya tak plan pun.
pagi ke pasar, terus beli, malam terus bakar dan makan.
takde proper sangat.
ada juga mihun sup, dan macam-macam lagi lah.


hak kanan atas tu asam pedam ikan merah abah masak.
abah ni kan, dia sangat comel tau.
dulu aku pernah puji dia punya asam pedas sangat sedap.
so dia akan selalu lah nak masak.
tapi memang sedap pun dia masak.
cukup rasa. 
putu piring aku beli di pasar malam mempaga dengan seorang kakak yang juga kenalan fb.
dia punya putu piring perghhh memang sedap sangat.

antara makanan lagi. hmmm.
jogging jommm. naik basikal pun takpe. huwaaaa. tak sedorrr diri dah ni.

lepas tu dating dengan dua minah ni.
lama tak jumpa titeww winduuu shangat shangat loh.


bakal pengantin dengan bekas pengantin.
lama gila lepak Oldtown sambil bercerita pasal hidup memasing.
puii macamlah setahun tak jumpa.
tapi memang banyak menda pun cerita.
sampai tak cukup masa.
takpelah next time ye bebehs ku.

maaf.
muka putih melepak cahaya keimanan terserlah.
hahaha. tak tak.
tu flash tu. kemain kuat flash dia. sampai gelap seminit dunia aku.






ini malam tadi punya pic.
menggila dengan Sha dan Dhiya pukul 10.30 malam lepak depan KLCC sebab alasan lama tak tengok lampu KLCC. boleh?
bolehlah kan. janji kau ada tenaga lagi.
hahaha. padahal masing-masing penat kot tapi tak tau kenapa bila tiba nak keluar je terus jadi Hulk Hogan.
KL dah dihiasi dengan menda bulat bulat gongxifachai tu.
banyak lampu.
cantik je.
apa? korang dah tau? ala, saja je nak bagitau lagi.

meh nak habaq.
aku memang dah ketagih dengan coolblog ni.
tiap-tiap minggu mesti kesini.
aku tak heran sangat dengan air dia.
tapi aku suka dengan pearl dia.
petang semalam baru tau pearl dia diperbuat daripada tepung ubi.
ohhhhh.
nanti bolehlah mintak kat adik tu "nak smoothies coklat tepung ubi satu"
hekhekhek.

me and mieya.
love u mieya. mmuuaaah


dua beranak memilih barang untuk bukak stall.
adik aku Farah dengan Faeez nak menjual beger tepi rumah.
aku paling seronok walaupun aku tak menyumbang apa pun.
cuma sumbang suara je.
pengeluar modal adalah ibu.
so otometik ibu adalah CEO eh?
huhuhu bolehlah tu.
warna stall adalah pink. hahahaha. sebab aku suka pink.
dan farah pun suka.
maka faeez terpaksa redhooooo saja.


tettt. takde motip. saja up pic naik basikal.
basikal ni jepun mari.
makcu aku beli hak yang tsunami tu. memang best. ringan je.


tempat lepak best.

atas bukit presint 11.

ok.
banyak tak pic.
ni cara orang malas tahap dewa update blog.
semua di combinekan jadi satu.

nanti aku update lagi ya.
bye.

No comments: