Feb 14, 2013

Kerana indahnya semua ini seindah wajahmu

bila kita stress banyak kerja or ada banyak menda nak pikir mesti kita mula rasa nak pergi bercuti kan.
tak kiralah kemana pun janji jauh dari tempat kerja or rumah.
kalau boleh nak tinggal cepat-cepat semua sampah hamboi sampah katanya dan pergi bercuti.

percutian idaman aku adalah di tepi pantai.
BERSEORANGAN.
taknak pergi dengan sesiapa tapi hanya ada aku.
ewah. perlu ke nak elaborate maksud BERSEORANGAN.
dah kata idaman tak semestinya jadi kenyataan sebab aku adalah penakut.
aku takut berseorangan ya, dalam kubur itu lain cerita.
of course aku akan bawa family aku.
baru happening.

tapi dalam keadaan yang busy macam menggila ini i mean, kerja berlambak yang rasa serba salah nak ambil cuti apakah solusi kita untuk menenangkan fikiran.
ya. itu dia. apa jawapannya?
hah, tidur? itu menambahkan lemaks.
ini solusinya.
pergi google dan taip pemandangan indah.
kuikuikui.
maka kau akan disajikan dengan berjuta pemandangan indah di serata dunia.
sejuk mata memandang wa cakap sama lu.


errr memang nampak cun kan tapi macam scary je tempat gini. memang taklah aku nak pergi.

omg lawanya indahnya rumah ke restoran ni. ah tak kiralah janji cun tapi tapi macam seram je kan. tak runtuh ke weh.

tengok tempat ni teringat cerita ALIVE lakonan ethan hawke. filem kegemaranku.

tiba-tiba kau kena serang dengan samurai hahaha. 

hoi cantiknya rumah gini. ni tokey balak mana punya rumah ni

teringat cerita ala-ala robin hood

Subhanallah cantiknya. 





macam dalam kisah dongeng cerita apa entah aku lupa



no no no aku takkan naik mendalah ni.







macam dalam cerita Bridge To Terabithia. cool kan.


see.
tenang tak mata tu hahah mata pulak tenang ye.
inilah kerja aku.
bila aku rasa mata penat ngadap pc tengok kejap pemandangan cun maka muka aku pun berubah jadi cun
lolololo gurau je itupun nak jebik muka.

aku kan suka fantasy.
bukan fantasy football tu ye.
tapi aku suka tengok filem tentang kisah dongeng.
sebab pemandangan dia mesti cantik dalam filem tu.
ok lah nak kembali ke realiti.
kerja berlambak.
daa daaa ayam.


1 comment:

syaqirin said...

slm..yg last tu mcm best je..
nti sngah sni + join ye
http://sophiepariskiosk.blogspot.com
mekaseh..