Feb 26, 2013

Kerana taip lelaju, entri rindu dan gambar Kursus di Pekan

last week aku kan jadi Urusetia kursus dia Pekan Pahang.
pergi khamis balik sabtu. so memang tak boleh balik karak lah.
dan memang aku dah rindu dewa kat family aku.
limit aku cuma seminggu. kalau masuk hari ke8 memang rindu sangat-sangat.
entah macamana Allah mendengar rintihan hati aku wakakaka dan mendatangkan family aku ke putrajaya khas dari karak.
semalam dalam pukul 2 ibu call bagitau nak datang putrajaya sekeluarga.
aku apa lagi, hepy la kan.
tak tenang aku nak buat kerja huhuhuhu 4.30 dah terpacak depan thumbprint.

it was so fun.
sebab first time mereka boleh berlama di sini.
hari tu ibu datang sekejap je itu pun singgah je.
masa ibu kata nak singgah rumah aku, aku dah alamak nooo nooo noooo.
rumah aku bersepah apatah lagi bilik aku.
yelah aku kan baru balik kursus mana sempat nak ngemas.
hahah alasan.
balik sabtu sampai pun dah malam.
lepas tu ahad sibuk berjimba pun sampai malam.
isnin (semalam) dah pi kerja so ingat petang bolehlah mengemas tapi ibu abah semua dah serbu dulu.
maka ya mendapatlah aku leteran percuma dari ibu. huhuhuhu.

aku bawa mereka ke Alamanda sebab abah dan adik Faeez nak beli seluar.
so kita layankan je lah.
dah siap tawaf, aku bawa mereka makan. request nak nasi ayam penyet.
so ayam penyet it is.
total untuk 6 orang makan sekali air RM85.00
oklah not bad.
aku order nasi lebih in case abah nak bertambah.
memang ya. bertambah orang tua tu. lapar ya abah.
then after tu bawa mereka pusing satu putrajaya.
macam aku yang dah nak masuk 4 tahun duk sini memang rasa alahai apalah yang ada kat sini.
tapi family aku  ke orang luar ke mesti nak tengok bangunan yang berlampu cantik semuanya kan.
aku pun terpegun kengkadang tengok lampu cantik sangat.

walaupun kejap je i mean bukan sehari suntuk dengan mereka tapi happy sangat.
yelah aku dah rindu kot. rindu mana boleh di tahan tahan. hahaha
takde pic pun aku snap sebab apa eh? sebab aku malas kot nak keluarkan henfon.
ada satu pic je iaitu pic Mieya Ezzara.

ini pun printscreen dari ig je.
love u my baby.
menangis nangis nak naik menda ni.
sabar jelah. dahlah lari kemain laju. ini budak tak boleh leka sikit wooo.
kang ada yang menangis hilang anak.
huhuhuhu.
so pukul 9 malam mereka gerak balik karak.
dalam pukul 10 lebih ibu bagitau dah sampai. lega sikit aku.
aku ni ada satu pesen selagi tak sampai rumah selagi tu aku tak senang duduk.
korang pun gitu juga kan. huhuhu.
lepas tu shoot pi batu caves sebab ada hal.
so now tell me, ibu, bila masa anakmu boleh mengemas bilik? hehehehhe.

eh nak tengok tak pic masa kursus kat Pekan tu?
wa cakap sama lu la eh, kursus tu sangat best.
resort dia tepi sungai pahang je.
rasa tenang. rasa hilang segala masalah.
rasa segar je. fuhhhh.
masa atas bot, aku sentuh air sungai tu, terus aku rasa something yang sebak huhu over tak?
sebak sebab aku dapat sentuh air sungai pahang. sebak sebab aku anak pahang. hehehe over kau.
pahang, i love u.


nampak tak yang ada hutan kat tengah sungai tu? itu pulau tau.
di sebalik pulau tu ada lagi sungai.
so jangan ingat itu adalah seberang sana.
huhuhu.

jungle trekking sepanjang 3km.
gila tak pecah lemak aku. huhuhu



 masa ni dah tamat jungle trekking so peserta kena buat rakit untuk ke pulau tadi.















































lepas berakit, semua kena masak dalam hutan.
masak tengahari.

tugas aku?
jadi urusetia.
jadi pembekal ubat dan nurse.
tukang tangkap gambar seperti di atas.
tukang bawa rokok dan barang-barang peserta tapi barang kecik kecik je.

berakit? memang tak lah kan. aku takut kering sungai pahang tu bahahahah.
water confident? memang lagi tak la kan sebab nanti basah beg yang ada kamera rokok dan ubat. cewah.

pacat?
gila takde.
tapi aku banyak kali kot tengok kat kaki aku masa dalam hutan.
macam takde.
sekali bila dah balik resort tengah aku lepak bawah pokok sekali aku rasa gatal je kat kaki.
bila aku angkat seluar, ha amekkawww dah gumuk dah dah kenyang hisap darah aku.
hampeh punya pacat. 

sebenarnya banyak lagi pic.
nanti lah entri lain pulak.
bye.

No comments: