Mar 1, 2013

Kerana sibuk.

lately aku memang super duper busy.
hal kerja usah cakaplah memang busy pun.
tapi tak kesah pun sebab aku suka sibuk taklah rasa masa lambat berlalu.

selain daripada hal kerja yang mem-busy-kan aku, hal peribadi pun turut menumpang sekaki untuk mem-busy-kan aku.
sehinggakan aku rasa aku dah takde masa untuk diri aku sendiri.
tiada masa untuk bersendirian.
buku-buku pun aku tak sempat nak habiskan.
novel, buku motivasi dan komik yang aku beli tak sempat nak khatam.
sangat duniawi kan huhuhuhu.
tiada masa sehinggakan jerawat tumbuh pun aku dah tak sempat nak risau. gitewww. over kau tahap busy aku. apakah jalanan hidup aku begini?
hidup aku membosankan kot.
huhuhuhu redhooooo je cakap hidup sendiri bosan.

lapang sebelum sibuk. memang patut kita hargai masa lapang kita, kan?
sebab bila dah busy macam ni, kau akan merangkak memerlukan masa lapang itu.

tahap busy aku taklah sampai tak sempat nak makan. itu sempat kot. sentiasa sempat.
cuma aku dah takde masa untuk diri aku sendiri.
takde masa nak rendam kaki dengan air garam bukit.
takde masa nak baca novel cinta.
tulis diari. letak masker di muka.
picit black/whitehead.
picit jerawat.
cuba-cuba eyeshadow.
cuba stail mekap sesuai tak dengan muka.

nampak macam iye ke ko ni reena semua tak sempat.
jawapannya iyeeeee aku tak tipu.
bukanlah tak sempat langsung cuma buat tak perfect lah.


cantik tak?
cantik?
cantik kan? indahnya ciptaan Allah.
aku snap di Bandar Tasik Selatan.


No comments: