Feb 18, 2013

Kerana kalau taknak sakit hati, pergi makan hati ayam

Bersiaran secara langsung dari blok B5 jabatan perdana menteri untuk kursus. Hebatkan. Padahal sebelah blok opis je. Huhuhu.
Mata adalah well tak reti nak cakap sebab sangat mengantuk. Adalah kerana malam tadi tidur lewat sebab balik rumah lewat sebab ada hal penting yang perlu diuruskan vah vah vah macam kakak kawasan pulak khenn.

Lately hidup aku macam banyak sangat kejutan. Banyak sangat unexpected things. Perkara yang tak pernah terlintas di fikiran aku, terjadi. I was like yeahhhhh mari kita hadap one by one.
Macam kes malam tadi di damansara. Aku tak pernah terfikir aku akan berada di sana untuk sama-sama selesaikan masalah kawan baik aku. Memang aku taklah pi selesaikan 100% just that i was there untuk bagi semangat pada kawan baik aku. Wah macam penting sangatlah bunyinya.
Kawan baik aku tu pernah kata aku adalah kekuatan dia. Ada aku dia kuat. Wah bodyguard sangat la aku ni. Well well well. Tak ke kau terharu bila kawan kau kata gitu. Perasaan dia macam pakwe kau kata kaulah nyawaku. Kekdahnya.

Jujurnya aku bukanlah kawan yang baik. Sejujurnya banyak kekhilafan di pihak aku. Tapi aku cuba ya. Cuba untuk jadi at least sikit terbaik.
Malam tadi tetiba aku bagitau dhiya. Aku rindu zaman remaja. Hehehe. Zaman gila gila yang sangat enjoy. Bagi yang tak kenal rapat mesti ingat aku sombong dan pendiam. Hehehe. Tapi bagi yang kenal taulah aku sedikit gila gila. Sikit jelah. Tak banyak.
Dan bila umur makin membesar ni hahaha umur ke badan yang membesar ok apa apa jelah, terasa janggal bila nak tergila sikit. Bukanlah gila havoc huahuahua tu. Cuma yeah you know gila gila dalam definisi sendiri.

dulu masa remaja akal tak berapa panjang emosi menguasai diri, aku suka menyakitkan hati aku sendiri.
faham tak maksud sakitkan hati sendiri?
macam ni.
kau dah putus dengan pakwe kau.
tapi kau keep stalking fb dia.
dan kau baca segala komen dia dengan new girl dia.
tapi niat dia bukan nak sakitkan hati kau. sebab korang dah berpisah so dia ingat ok kita move on.
tapi kau? kau duk lah stalk fb dia. sehingga kau sakit hati selalu.
tak ke namanya kau sakitkan hati kau sendiri?
kau ada option. kau boleh block ex kau then move on, get a life or kau teruskan sakitkan hati kau dengan cara gila kau.
ok tu sebagai contohlah. takdelah korang gitu kan.
guna contoh cinta ni senang sebab remaja kan. hikhikhik

i've been there before.
masa mula berpisah, aku keep asking apa dia buat, dia mesej siapa, adakah dia dah ada girl lain.
sehinggakan aku buat bermacam cara untuk dapatkan perhatian dia.
ini cerita dulu. bukan sekarang.
cerita zaman tak matang.
dan ya, akhirnya aku terluka. sakit hati. spoil mood.


lebih kurang ginilah aku dulu tapi takdelah sampai nganga mulut  gitu. hodoh sangat kot. bagilah aku marah tapi tetap cun.

tapi tingggg. Aku dapat hidayah hewhewhew.
bila dah semakin meningkat umur, aku ignore semua perkara yang buatkan mood aku spoil.

takmau lah lagi menyakitkan hati sendiri.
same goes dengan kehidupan seharian aku yang lain.
i mean apa yang aku lalui.
bukan tiada yang mengata aku, membenci aku atau pun menyampah dengan aku.
but then aku ambil pendekatan ada aku kesah ke der?
kalau asyik pikir tentang orang-orang yang sakit jiwa ni, kita pun akan sakit jiwa.
gitu.
sampai bilakah? sampai bila?
sampai bila kita nak ambil peduli setiap kata dari mulut mereka.




dan ginilah rupanya bila emosi dapat di kawal. dengan rambut yang ditiup angin kipas ahhhh sungguh nyaman.

ini rahmat Allah.
rahmat DIA kerana telah bagi aku mengawal emosi aku.

bukan aku nak kata aku dah bagus.
tapi aku suka dengan sikap positif aku.
walau tak banyak sikitlah.

to you.
yeah you. *you know la who you are"
ingat tau.
kita tak mati dikeji.
jangan pikir menyampah orang pada kita.
kita pikir positif.
kita pikir dia punya life tak sehappening life kita.
jeles leteww kita sangat awesome.
dia? sedih.


Kalau taknak sakit hati, jangan ambil peduli.



No comments: