Jan 10, 2013

Kerana terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Selepas kemenangan lagu Terukir di Bintang-Yuna di AJL 27, ramai tak puas hati yek.
sebab lagu tu dinyanyikan Aizat eh? ke sebab lagu tu terlalu oldies rentaknya?
pada aku, lagu itu memang sedap.
aku bukan peminat Yuna apatah lagi mengikuti perkembangan dia tapi aku suka lagu Terukir di bintang sebab lagu tu memang unik.
aku bila dengar lagu tu mesti aku bayangkan si gadis duduk tepi tingkap waktu malam sambil merenung bulan dan bintang dan menyanyikan lagu tu wahahaha macam dalam filem p ramlee je la pulak kan yang dia nyanyi lagu " malam bulan di pagar bintang" huhuhuhu.
tapi awas. jangan sembarangan menyanyi tepi tingkap sebab mungkin anda akan berduet dengan cik ponti.
errrr.

dan ada yang menyampah dengan Aizat nyanyi lagu tu.
hey u ols ni, Aizat sangat cute hokay malam itu.
dengan misainya omaigod memang cute.
nampak matang dan so 60s.
gediks. huhuhuhu.
korang dah tengok tak filem Istanbul Aku Datang?
korang kena tengok ok. dalam tu ada Aizat. dalam filem tu Aizat macam tak banyak dialog but still ok.
dan satu lagi dia memang agak kayu berlakon tapi pedulilah kan. dia bukan pelakon tegar pun.
cara dia berlakon dalam tu macam tak berlakon pun ada aku tengok.

korang kena tengok filem tu *abaikan tomok yang errr aku tak suka dia berlakon dalam ni* huhuh sebab ada Lisa Surihani yang sangat cute.
baju dia cute. suara dia cute. perangai dia pun cute.

tadi aku terbaca amboi terbaca katanya.
pasal si pakwe shila amzah tu kata dia kongkong shila sebab shila bakal isteri dia.
aku memang alergi kot kat lelaki yang suka mengongkong tanpa ada ikatan.
buat itu tak boleh. buat ini tak boleh.
lepas tu bila kita keluar rumah, pun tak percaya dan mulalah nak pikir bebukan.
seolah-olah didikan ayah kita belum mencukupi untuk kita berdikari.
selagi ko tak jadi laki aku, jangan nak mengongkong sangatlah kan.
bila dikongkong macam kita ni takde mak ayah kan?
macam si lelaki tak hormat ayah kita.
dah tentu ayah kita akan sentap kalau tau ada lelaki yang mengongkong terlampau anak perempuan dia.
wah emoooo. huhuhuhu.
kalau nak kongkong sangat kan *anggap je aku bercakap dengan pakwe shila tu ye*
cepat-cepat akad nikah.
itu jam kalu, nak kongkong nak tambat, nak ikat kat kaki kerusi suka hati kau.
eh macam mendera pulak ye.
tetiba aku tergelak depan pc sekarang. saiko sebab macam kelaka sebut perkataan kongkong banyak kali.
macam kingkong je.
tinggal lagi aku tak berdiri atas kerusi sambil tepuk-tepuk dada macam kingkong
*jangan bayangkan*.




cute kan Lisa.
aku pernah jumpa dia di KL sentral.
masa tu dia lalu depan aku tapi aku buat tak kesah je sebab nampak macam orang biasa lalu lalang je.
sebab perempuan kan. kalau lelaki tu aku noticed la juga wakaka.
lepas tu dia lalu lagi betul-betul depan aku.
then barulah aku perasan, Lisa rupanya.
sambil bawa buku. beg sandang. jeans dan kemeja.
no mekap. rambut lurus panjang.
serius dia cantik. muka dia flawless seh.
kulit dia fair. tak putih sangat tapi bersih.
amboi kemain puji. 
teringin je nak tegur nak bergambar tapi tetiba aku tak jadi.
tetiba aku pandang keliling kot-kot ada kamera dia tengah shooting ke. 
then terpandang diri sendiri, oh memang taklah aku nak bergambar dengan dia. hahaha.
sedih! 

pic di atas ambil di sini
atas ni lisa pakai dalam cerita tu.
cute kot.
lepas tu kan kan kan, aku pun macam nak jugak.
merata cari sampai ke bangi tapi tak jumpa.
bukan apa, nak la pakai kat rumah.
takdelah muka macam mak lampir kan.


No comments: