Jan 7, 2013

Kerana kali pertama memang mendebarkan


Di kala ku kesepian
Dihanyut ombak yang resah
Kau mengubati kerinduan
Di kala ku keresahan
Dihanyut malam nan gelap
Kau menerangi hidupku
Kini segalanya telah berubah
Cintamu hanya memori indah
Ku ditinggalkan kesepian
Pilu hatiku
Kembalilah kepadaku
Selamilah jiwa ini yang terluka
Ikatan kita berdua
Sayangilah diri ini
Belailah jiwa nan sepi
Kelayuan... dedaunan keguguran
Dahan-dahan nan kerapuhan
Bunga-bunga cinta... layu di pusara
Di kala ku kerinduan
Dihembus angin nan pilu
Kutatapi wajah dirimu
Di kala ku keseorangan
Dihanyut asmara cinta
Kau membelai jiwaku ini
Hanya satu kupinta oh darimu
Hargailah cinta kita oh...
Gelora menikam jiwa ini
Berada di hati
Deraian cinta yang suci
hahahaha
tak menahan lagu Misha Omar tu.
aku suka lagu ni lebih-lebih lagi malam tadi masa AJL misha opening.
memang serius aku ternganga ok tipu. aku nyanyi sekali :)
matiklah budak rumah kata aku meroyan.

heh. hai semua.
one week tak berupdate blog ni. 
entah. banyak je menda nak cerita tapi macam takde mood nak kongsi.
kalau kongsi dengan korang pun bukan korang nak belanja aku aiskrim ke, subway ke ewah subway pulak.
sejak bila pandai makan subway.

cerita pasal subway.
ekceli aku dah lama dengar pasal subway ni.
cuma tak pernah try.
yelah, tak pernah nampak depan mata.
kalau nampak depan mata macam mekdi ke, kepci ke, harus aku try juga.

so pada satu petang yang indah, my sayangs, Dhiya dan Sha ajak pergi subway Metropoint Kajang.
mula-mula masuk dah blur sebab tak tau kaunter mana satu.
nasib Dhiya memang dah pernah 2,3 kali pergi.
kalau tak memang melanguk depan tu je. huhuhuhu.
oh kena pilih roti mana, apa inti dia semua. hahah sumpah aku tak tau.
tapi sekarang aku dah tau.
so sesiapa yang nak bawa aku pergi subway, sila jangan malu dah ya.

aku memang macam tu.
mula-mula memang rasa macam takut nak try.
sebab aku takut macam eh, salah ke aku buat macam ni, betul ke order macam ni.
tapi kau, bila aku dah pandai, senyap-senyap aku pergi sensorang. muahahaha.
contoh tengok wayang.
selama aku tengok wayang aku tak pernah beli tiket wayang.
semua orang yang belikan.
aku cuma tunggu kat tepi.
tapi bila di putrajaya, aku rasa teringin sangat nak tengok sensorang.
so aku tengok je budak depan aku buat macamana.
bila dah pandai, baru aku pergi beli.
rupanya, senang sangat je yek? aku je yang takut nak cuba.
lepas pada tu la aku suka tengok sensorang.

cerita lain.
kita ni kalau buat apa pun dengan kawan baik memang seronok kan.
ada je menda kelakar nak ketawa.
ada je menda nak cerita.
ada je menda nak diimajinasikan.
seronok. hilang segala masalah sementara waktu.
macam hari tu pergi bangi *muka kami memang muka bangi. duta bangi barangkali*
boleh kata tiap petang ke bangi. cari apa pun tak taulah.
ohya kami tu-aku, Dhiya dan Sha.

so nampak orang jual kepak, paha dan tongkeng ayam madu tepi jalan.
so singgahlah berhenti.
dah siap beli, tak menyempat, makan kat depan abang jual tu juga tapi dalam kereta.
senyap memasing dapat makan kepak ayam, dia punya rakus macam dah 20 tahun tak makan.
tetiba Sha gelak besar.
lepas tu aku pun gelak sekali, diikuti oleh Dhiya.
walaupun Sha tak cakap pun kenapa dia tetiba gelak tapi aku dan Dhiya seakan memahami kenapa dia gelak. then Sha kata "kenapalah kita jadi macam ni ya"
then sambung gelak lagi.
hahaha memang kelaka masa tu.
dengan masih berbaju kurung kerja, makan tepi jalan mengokak kepak ayam.
entah macam apa. macam musafir pun ada.
yelah mak bapak jauh.

setakat ini Allah masih mengizinkan kami bersahabat.
semoga jodoh persahabatan kami berkekalan.
banyak perkara kami dah lalui bersama.
ibarat duit kau, duit aku, duit aku, duit kau.
macam tu lah lebih kurang.

eh banyak menda nak cerita tapi nanti la ye.
sambung nanti.






1 comment:

Unknown said...

subway.. klu g jgn lupe ajak.. kt cni susah cri.. lastly.. kt tp hgway serdang bru bukak kt petronas tu.. asal lalu je mesti nyinggah m'beli... klu beli breakfastnye murah skit siap dpt air g...