Jan 16, 2013

Kerana cerita hantu, abah yang degil, lemang dan semuanya. apa lagi kau nak?

bos aku boleh pulak cerita hantu kat aku tadi.
nak angkat kaki, dia yang datang kat tempat aku.
terpaksalah hadap je. tapi takdelah aku takut sangat ececeh.
sebab dia taklah cerita details.
dia cuma cerita dulu dia pergi kursus di Perak then kena ganggu kaw kaw kat sana.
lepas tu kan, dia cerita satu hari dia balik lewat dari opis.
masa kat koridor, ada perempuan lengkap berpakaian bertudung jalan tunduk je. ewah pandai hantu tutop aurat. huhuhu kau main-mainlah reena. kau tu dahlah penakut.
tapi bos aku taklah tegur sebab dia macam dah tau yang tu setan bertopengkan hantu. yelah waktu pukul 8 kan. dah tu jalan tu gelap. kalau aku pun, mau aku pengsan seminit kat situ.
tapi lelaki kan, memanglah berani. eh tak semua lelaki tu berani.

ok tukar topik. satgi ada yang tidur buka semua lampu, tv terpasang sampai subuh. aku letewww.

ok.
hidup manusia ni ada pasang surutnya kan.
macam tadi masa meeting kecik, my boss said, ada satu saat, kita bangun pagi, rasa malas sangat nak pergi kerja, moody dan rasa meluat dengan kerja kita.
macam aku, aku rasa nak muntah hahaha kemain hover.
tapi ada masanya, kita akan rasa tak sabar nak pi kerja dan buat kerja dengan rajin berdedikasi serta istiqamah. tengok jam eh dah pukul 1 so jum pergi lunch.
begitulah kekdahnya. itu dikatakan pasang surut kehidupan.
tak selamanya kita rajin, tak selamanya kita malas.
macam aku, peratus rajin adalah lagi tinggi dari malas lalalalala.

ok. cerita lain.
malam tadi masa tengah kemas bilik, aku terpandangkan jam loceng aku.
so aku pun nak kunci jam siap-siap.
bila aku pegang je jam tu, aku nampak ada cicak kat belakang jam.
apa lagi, tercampaklah jam tu.
hasilnya, jam jahanam.

ok. cerita lain.
ibu dah pencen tau.
so ibu dah jadi surirumah sepenuh masa. happy sangat.
sebab dari jaman sekolah aku berangan ibu jadi surirumah.
time dalam kelas berangan apalah yang ibu masak waktu tengahari.
rasa nak lempang je kalau member duk cerita hari ni mak aku masak tu masak ni.
aku? cuma makteh je yang masak. sayang makteh. ok ok sayang ibu. dan abah juga.

ok ini ada cara-cara nak hilangkan moody


·                     Jauhkan diri daripada situasi yang boleh membuatkan diri kita moody.Sekiranya ada orang yang menyebabkan kita menjadi moody,jauhi daripada berada dekat dengannya 
·                     Makan makanan yang sedikit manis atau bergula seperti gula-gula,aiskrim atau apa-apa sahaja manisan kerana gula mempunyai bahan yang boleh merangsang saraf dalam badan kita untuk membuatkan kita ceria.
·                     Bawak diri ke tempat-tempat yang boleh menenangkan jiwa atau perasaan seperti pantai,kawasan air terjun untuk menghilangkan marah itu
·                     Basuh muka berkali-kali dan melihat cermin untuk melihat diri sendiri di dalam cermin.Kemudian berkata pada diri sendiri,"Aku tidak boleh tunjuk moody depan orang ramai sebab aku seorang selebriti dan selebriti mesti menjadi contoh kepada orang ramai."
·                     Bersukan atau beriadah bersama-sama dengan rakan-rakan.Dengan cara ini,anda boleh melepaskan geram terhadap seseorang.(Dinasihatkan anda berlatih gusti sebab boleh tumbuk punching bag)
·                     Sentiasa bersama dengan rakan yang boleh membuatkan anda semua tersenyum dan gembira kerana apabila anda bersama dengan rakan-rakan yang sentiasa gembira dan kelakar,anda mampu menghilangkan dan melupakan perasaan marah itu
·                     Berwudhuk dan lakukan solat sunat serta berdoa kepada Allah untuk hilangkan perasaan moody itu.


gambar farah dan adeq.
sabtu lepas diorang jual lemang di dataran karak.
lemang dibuat oleh pakcu, adik abah.
dari pagi sampai malam diorang menjual. hebatlah. kagum aku.
tapi kami adik beradik memang suka menjual pun. seronok.
dulu, dululah kesah dulu. 
kami jual air, keropok dan pisang goreng depan rumah.
laku kot. lepas tu mesej kengkawan paksa datang beli.
seronoklah zaman dulu.
rasa macam nak ulang semula.
masa mengubah segalanya.
kau yang merubah segalanya haha tetiba fauziah latip sangat.


ni pokok getah ye kengkawan yang feeling bandar sangat.
sekarang abah menoreh getah. lepas pencen ni apa jelah orang tua tu boleh buat selain kerja kampung. abah memang tak boleh duduk diam.
tanam pokok getah. pokok pisang. jagung dan macam-macamlah.
nanti pisang dah berbuah, aku nak jual. 
so last monday tengah aku sedap tidur pukul 7 lebih tak silap. pagi.
abah call.
anak dia tengah syok mimpi time tu.

abah : ngah *singkatan kakngah* tolong hantar nasi lemak ayam kat abah. abah lapar lah. hantar kebun ya. ajak farah. farah tau jalan.

aku : *terus celik mata. kesiannya abah awal lepas subuh dah pergi kebun. ni mesti ibu tak sempat masak. eh tapi kami jarang masak pagi. selalu beli je. ni mesti abah tak sempat makan kat kedai ni*sob sob. sedih kot. anak nyenyak tidur ayah kelaparan. huhuhu. ok *aku jawab*

mandi zuzzz zazzzz terus ajak farah pergi.
jauh kot kebun getah tu. 
serius aku nak bagitau korang, bau getah memang busuk gila tapi once kau dapat duit hasil jual getah,bau busuk tu akan hilang hahahah.

abah memang.
tak boleh duduk diam. nanti akan rasa tak sedap badan.
aku ni ha, kalau boleh taknak dah dia buat kerja berat.
tapi katanya, tak berat pun berkebun.
keluar peluh lagi ada.
hmmmm.
ikot suka abahlah. kakngah cuma mampu doakan keselamatan abah saja.



mieya dan dieya.

dan last cerita



























ok takde cerita saja nak up pic.
hahahahahaha.
bye.

No comments: