Dec 26, 2012

Kerana inilah hidup

dalam dunia ini, apa aku pentingkan adalah kebahagiaan ibu dan abah.
Melihat mereka tersenyum adalah kebahagiaan aku.
Semua itu takkan dapat aku beli di mana-mana pasaraya. Takkan. Tak sesekali.

Dan bila kau rosakkan senyuman itu, aku sangat marah dan benci. Tapi
abah pernah pesan, kita tak layak membenci orang. Ya. Aku dengar kata
abah tapi hanya sekejap. Kerana aku anak yang degil. Aku tetap mau
benci kau tapi separuh jiwa aku mati kalau aku terus membenci kau.

Impian aku adalah kita semua. Kita semua adalah impian aku. Gelak.
Ketawa. Beriman. Bertakwa. Bahagia. Ceria. Itu impian. Tapi mengapa
payah kau nak faham?

Jika aku mampu undur masa, akan aku perbaiki segalanya. Demi kita
semua. Demi dia. Demi mereka.

Jika mampu ku pilih antara nyawa ku diambil dan kebahagiaan ibu dan
abah, aku rela pilih nyawaku diambil. Susah untuk kau mengerti.

Inilah hidup.

1 comment:

outbound malang said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Imajinasi lebih penting daripada pengetahuan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..