Jan 17, 2013

Kerana bulan itu bulan cinta

kita borak kosong aja la ye.
almaklumlah, nak masukkan pic i is so malas.
malas yang ko pun tak mampu bayangkan kemalasan aku itu tahap mana.
bulan januari ini bulan malas aku, boleh?

malam semalam aku sakit perut oi.
dalam pukul 12 macam itu perut memulas. so aku pergilah membuang.
then lega, tidur semula.
then sakit lagi.
pukul 4.30 baru aku ok dan start tidur lena.
but, by the time dapat tidur lena, dah nak pukul 6 kan.
so aku memang mengantuk, penat dan moody.

so semalam di opis, aku memang diam je.
aku buat kerja aku, aku ulang alik ke toilet sebab masih lagi sakit perut.
plus, aku memang penat.
so banyak diam saja lah.
boss aku pulak tak boleh tengok aku diam.
dia rasa ada something wrong somewhere. huhuhu.
jadinya, kejap kejap dia tanya aku ok ke tak, ok ke tak.
haih. malas aku nak menjawabnya.
lepas tu semua pun buat spekulasi, aku sentap dengan bos aku.
sampaikan big boss aku tanya, "reena, awak sentap dengan siapa ni? dengan Encik S ke?"
aku hanya mampu gelak je lah. memang taklah aku nak sentap dengan Encik S kan.
atas sebab apa? lagipun, aku dan dia sama sama suka membahan.
hahahah. so memang takde makna aku nak sentap.
biarlah mereka terus membuat spekulasi, i tak dapat menghalang ewah artis sangat ko ni.
lepas itu, aku dah plan, balik rumah aku nak membasuh baju yang agak boleh tahan banyaknya.
tetapi, ada plan last minit aku dengan Dhiya dan Sha so balik rumah, mandi semua terus keluar.

ok tukar topik. biarlah aku dengan penat aku.
nanti dapat gaji, boleh shopping, hilanglah penat aku tu. otometik hilang.
alangkan ke mydin dulu semalam pun hilang penat aku, inikan pulak tempat lain.
tapikan, antara Alamanda dengan The Mines, aku lagi prefer The Mines.
sebab The Mines banyak sangat pilihan.
i mean, kasut. banyak kedai dan pilihan.
banyaklah kalau nak dibandingkan dengan Alamanda.
ini aku cakap mana yang terdekat ye dengan Putrajaya.
tempat lain lagi banyak pilihan.
Alamamda? hmmm sedih. hahahah.

cinta. lama tak cerita pasal cinta. terasa kosong hidup tanpa cinta awwww menyampah.
aku ada baca blog cousin lelaki aku. entahlah aku ni tak taulah hujung pangkal ceritanya.
tapi apa yang aku faham dari pembacaan aku, cinta dia tak dibalas. eh betul ke.
anggap sajalah betul kan.
tapi mereka rapat. then bila cousin aku meluahkan perasaan, that girl kata "hanya kawan"
alololo cinta remaja khennn.
macam ni. ada sesetengah girl, dia akan selesa bila berkawan dengan lelaki.
dan ada sesetengahnya melayan kawan lelaki macam bercinta.
padahal, hanya kawan.
ini tak bagus ya adik-adik.
meletakkan harapan namanya.
ada sesetengah lelaki akan "perasan" yang kawan perempuan dia tu suka dan cintakan dia.
sebab yelah, dah dilayan macam pakwe. bersayang berbaby berdarling bagai.
tapi cuma kawan. dan girl tu pun memang takde perasaan cinta pun pada lelaki tu.
malah dah ada steady boyfren pun.
sebab itu, lelaki perempuan tak boleh jadi kawan baik. selain kerana hukum syarak which is aku pun tak berapa pandai nak explain, tapi korang boleh pikirlah kalau lelaki perempuan berkawan baik, mampukah korang menjaga adab korang as a muslim?
then second, ha macam ni lah. mesti salah seorang akan ada perasaan cinta.
tapi bila tak dibalas, mulalah kecewa.

to my cousin yang muda remaja masih di kolej, belajar dulu. tumpukan pada pelajaran.
kejar dulu cita-cita.
memang zaman kolej adalah zaman paling indah untuk bercinta.
yelah, boleh makan sesama, tunggu kekaseh di kafe untuk lunch, pergi library sesama etc.
tapi di luar sana, i mean, zaman bekerja kau akan jumpa lagi ramai perempuan amboi ramai katanya.
dengan jalan cerita yang berbeza.
sikap yang berlainan.
suasana yang lagi asing.
betul, ada yang kata, zaman belajar ni la nak cari jodoh.
ok fine, aku tak iyakan dan tidakkan.
tapi tak bermakna kita memaksa diri kita mencari jodoh.
tak kira nak juga jodoh time belajar, nanti lambat kawen.
no. bukan macam itu.
yang dah ada jodoh, biarkanlah.
kita yang tak dapat jodoh *yang sepatutnya kita cari ilmu kenapa nak cari jodoh* teruskan belajar, dapat kerja then insyaAllah berjodoh juga nanti.

chill ok adik adik.
cinta ini hanya satu perasaan. kuat kita, mudahlah hilang cinta itu.
kalau ikot sangat, itu yang belajar pun tak mau. asyik dengan bercinta, pelajaran pun entah kemana.

amboi kemain bagi nasihat doctor love sangat ya.
aku bukan apa.
dalam friendlist aku ramai bebudak sekolah.
yelah, mana yang jiran, mana yang kawan kepada adeq.
tapi aku tengok most of them update status pasal cinta.
orang kata baru nak kenal dunia, sudah ada masalah macam orang dewasa.


pakwe tak padam pic bekas makwe then gaduh besar di fb.
makwe tak balas mesej selama 10 minitt dah umumkan akan block makwe.
eh tapi, takpe. sebab aku suka baca. sebab nanti aku gelak sensorang.
ianya macam hiburan pada aku.
update bebanyak masalah cinta korang then ahkak akan buatkan status korang sekelakar maharaja lawak.

like come on, u're just 16. enjoy zaman remaja.

jangan babitkan hati perasaaan cinta.
itu yang jadi hidup macamkan ada masalah dunia sangat.
padahal pada umur 16, pergi enjoy dengan family.
keluar shopping dengan mak then selitkan seketul dua cadbury dalam troli, bila time nak bayar, mak mesti pelik masa bila pula aku ambil coklat ni.
umur 16, pergi mandi sungai macam kanak-kanak, sebab ya, pada fasa ini, kita masih dalam dua fasa kanak-kanak-remaja.
enjoy it.
have fun.

ok itu saja dari ahkak.






yang dah setahun lebih single, *wakakakaka*

Reena Beckham.








No comments: