Jan 21, 2013

Kerana sesuatu bernama kenangan

hai semua :)

petang aku disulami dengan lagu Ella.
hikhikhik.
layan ella makcik reena korang ni tau. sebab dah tersuka pada lagu Tiada Tangis Lagi.
semalam dalam LRT kepala layan dengar lagu tu.
ekceli tak pernah tau pun ada lagu tu dalam henfon.
tetiba je ada. saja je tau nak bagi aku feeling jiwangs.

ya.
aku adalah seorang makhluk Allah paling seksi yang sangat menghargai kenangan.
be it kenangan pahit atau manis.
semua masih ada dalam fikiran aku sehingga kini.
mana yang muat lah. yang tak muat tu dia auto-delete la.
pandai-pandailah memori tu cari tempat lain.

1. mesej/teks/picture.

masa bercinta tipulah kan kalau takde mesej jejiwang dari arjuna/dewi. betul tak? atleast, ucapan 

"selamat pagi, sayang. pergi kerja elok-elok tau. i love you"
"i love you too"
"sayang tengok bintang tu. banyak kan? cuba kalikan bintang itu dengan 1juta, macam itulah sayang saya pada sayang"
"malam tadi saya tengok ada 100 bintang di langit. tapi malam ini ada 99 saja. sebab satu tu dah ada dalam hati sayang"

ewah.
mesti adakan. kalau tak jiwang sangat pun atleast adalah bunga-bunga jiwangnya like

"take care, dear"
"sampai rumah bagitau. love u"
"rindu sayang"

simple tapi bermakna, kan?

tapi lepas dapat teks macam tu, korang padam tak? mesti tak, kan? kalau ada yang padam tu, hmmm, suka hati koranglah. haha.
even bila dah kawen, si isteri still akan simpan teks jiwang dari suami. 
ingat ya, yang jiwang saja.
mesej seperti "k", "ya", "hmmm", "kejap lagi" itu bolehlah di hantar ke tong sampah henfon.

aku mengambil masa 6 bulan selepas perpisahan untuk memadam semua mesej jiwang *taklah jiwang mana tapi pada aku jiwanglah tu* dari si dia.
susahnya nak padam.
sebab pada fikiran aku, bila dah padam maknanya, otometik 100% aku hilang dia.
ya. level bengap aku adalah 99% time itu.
dah kalau putus, memang aku dah hilang dia lah kan.
wakpee nok simpan lagi mesej dia *versi zizan nampok sama tapi bukan dia*




2. lagu

setiap lagu ada kenangan.
kihkihkih.
bukan setakat kenangan bersama si dia, tapi juga dengan adik, dengan kengkawan dengan makcik cleaner hatta driver bas sekalipun.
tapi paling banyak mesti dengan chenta hati *untunglah shila amzah ada chenta hati*
masa dalam kereta pergi dating, siap declare

"dengan ini saya mengisytiharkan, ini adalah lagu tema cinta kita"

dan dan lagu cinta ya.
tapi memang ya.
memang ada. 

hinggalah lagu tema cinta kita menjadi lagu kenangan cinta kita.
hanya kenangan.
so lame.
as for me, lagu Pastikan-Dato' Ct is forever kenangan.


3. tempat.

woahhh.
aku rindu airterjun. sebab kami adik beradik suka mandi airterjun. dan ya, itu adalah tempat kenangan. tempat degil. abah tak tau pun kami pergi. zaman nakal katanya. kalaulah masa tu something bad happened kat adik-adik aku, mau aku kena dengan abah sampai ke tua. maaf abah, kakngah degil sangat time dulu.
huhuhu


see.
aku seorang yang suka mengingati masa lalu.
bukan bermakna aku suka hidup dibayangi masa lampau tapi ianya sesuatu yang seronok.
kenapa kita mahu lupakan kenangan lampau sedangkan ianya boleh mendatangkan satu perasaan indah dalam hati kita?

past is past.
but then, ia masih diizinkan untuk diingati.

till then, bubye.

No comments: