Dec 14, 2012

Kerana selamanya Harimau Malaya dan pengadil yang jahat.


walaupun aku tak minat sangat bola, setakat kenal beberapa pemain, dan hanya David Beckham saja yang sentiasa buat hidung aku berdarah dengan kehensemannya.

dan walaupun aku tak reti langsung main bola dan aku tak faham pun offside tu macamana walaupun abah dah terangkan berjuta kali pada aku tiap kali aku tanya.

dan walaupun aku baru saja kenal muka Fadli Shas malam tadi saat dia keluar padang dan baru malam tadi aku tahu betapa kelakarnya rambut Coach Rajagopal.

dan walaupun cutenya Azamuddin Akil dengan kulit tanned nya wah menggatal di situ. *Farah Raihana's hubby, Ridhuan malam tadi tak habis-habis mengejek Hasbullah Awang sebab asyik sebut perkataan "di situ". sebagai contoh status Ridhuan di FB 


"Jaringan tidak berjaya dilakukan disitu. Minit 92"
"Permainan tak berjaya disitu oleh safee. Minit 92"
"Berjaya ditepis...ditepis disitu okeh farizal...minit 88"
"Safee sali dipersalahkan disitu. Minit 87"

memang takde kerja betul suami ko ni Farah. hahaha.

dan jahatnya pengadil Korea tersebut sejahat Benjamin Netanyahu.
dan buruknya padang bola tersebut seburuk muka pengadil tersebut.

dan ya.
kita gagal ke final.
baru je nak pergi beli jersi harimau malaya yang pattern baru tu nampak kurus sikit kalau pakai sebab kiri kanan warna hitam.
baru je nak tempah tiket ke final tengok bola kat stadium hehehe.

tapi takpe.
kita kecewa, pemain Malaysia lagi kecewa, kan?

tapi.
terima kasih kepada pemain Harimau Malaya kerana telah membuatkan bolasepak Malaysia menjadi sangat menarik dan sensasi wah kiah propa sangat ko ni.
terima kasih kerana membuatkan aku minat tengok bolasepak.


terima kasih Alex sebab hmmm sebab awak buat saya 
tercari-cari kelibat awak atas padang.




terima kasih kat ko juga sebab membuatkan newsfeed fb 
aku dipenuhi makian dan carutan daripada kengkawan aku. 
you deserved it. kau bina mahligai dari airmata Fadli Shas dan seluruh Malaysians.
hahaha emo sangat.



2 comments:

smbotak said...

Aku sempat tengok 1st half je. Pada aku, semasa main 11 orang pun aku tak nampak kita boleh layak.

Aku lebih puas hati masa kita kalahkan garuda tempoh hari. Tambahan pulak, aku tengok live kat stadium...

miss kecoh said...

hehe.. ntah.. pgadil tu dsuap tomyam kot. pemain dia mmg btenaga laa.. mcm cengkerik bnyk sgt kot hohoho...