Dec 26, 2012

Kerana aku anak kampung

banyak sebenarnya nak taip tapi tengoklah rajin ke tidok aku ni.
kalau panjang berjela tu maknanya rajinlah tu.
so balik karak pada jumaat lepas. jadual adalah ketat. seketat hatiku kini haha *gelak tak ikhlas*

1. Kenduri kahwin anak sepupu ibu yang dah 30 tahun tak jumpa. gila hebat lama kan?

ibu dah bagitau aku one month earlier yang dia nak aku ikot ke majlis kahwin anak sepupu dia yang dah lama tak jumpa. almost 30 years. lama seh. macamkan jauh sangat lah Raub dengan Karak tu kan. tapi tu lah, bila memasing dah bekeluarga, masing-masing sibuk dengan kerja dan family, memang takkan ada masa nak berjumpa lelebih lagi bila dah lost contact takde telefon khennn. nasib baiklah sekarang ni ada FB, twitter kalau tak, maunya aku pun macam ibu. huhuhuhu.
memang aku semangat kalau kenduri dibuat di kampung. because i love kampung so much. walaupun aku pun asal kampung tapi aku suka nak tengok kampung orang. aku suka suasana kenduri kampung, bau pokok *macam tau je bau pokok kan* dan aku suka everything about perkahwinan di kampung. 

layanan saudara mara ibu was superb. mereka sangat peramah, sangat baik hati dan sangat well pemurah dengan bagi kami too much goodie bags untuk dibawa balik. terharu. orang Raub memang peramah-peramah. 

suka sangat ibu ya dapat jumpa saudara mara. ibu happy, 
aku happy. itu sudah cukup bagiku :)



perasan tak kat mulut aku tu ada macam benda kilat? tu glitter tau datang dari mana pun tak tau. Farah kata susuk aku keluar. cibs betul. susuk aku tak pakai kat muka tapi kat tempat lain. heh.


anak-anak terbiar di tangga surau. senang sangat pengantin ni tau. rumah dia berdepan dengan surau je. akad nikah lepas tu turun tangga pi makan beradap. sangat simple dan best. apa yang best pun aku tak tau tapi aku tak jumpa perkataan yang terbaik untuk digambarkan. dengan kata lain, aku malas T___T

 err whatever la korang. 
 ni satu lagi, whatever la. 

 pink+ungu? well sweet tapi macam dah ramai sangat kan guna ni.




2. Abah yang Hero.

masa kat karak, aku sangat teringin nak makan sambal jering ibu masak. sebab aku suka jering. petai memang aku tak makan tapi jering ni tak tau kenapa favret sangat. masa balik dari kenduri tu kami pusing ikot Lipis then Mela then Jerantot dan Mentakab. memang jauh kot kami pusing then singgah minum di mentakab. masa tu hujan renyai. dan depan kedai makan tu ada pasar malam mentakab. agak jauhlah. kalau jalan kaki, basah jugaklah baju kau. then abah kata, "abah lari sekejap ke pasar tu beli jering". aku macam, terharu sangat kot. yelah, anak dia mengada tekak nak makan, si abah pulak susah payah lari-lari anak pi cari jering. masa dalam kedai sementara tunggu abah, aku asyik fikir je, abah sanggup buat apa saja untuk anak-anak dia, abah memang hero. walaupun apalah sangat pada fikiran abah tu lari-lari anak dalam hujan tapi aku tetap nak kata abah hero. kalau abah demam sakit selesema lepas tu, mesti aku rasa bersalah.
tapi sikitpun abah tak merungut basah masa dia masuk dalam kedai selepas beli jering tu. oh abah sangat hero. i love u abah.

sebab tu aku suka duduk jauh sebab rasa sangat penting bila balik rumah. hehehe.

3. Kampung Gali Hilir.

hari isnin 24hb ibu ajak sekali lagi pergi Raub tapi kali ni balik rumah nenek sebab nak ambil buah rambutan yang banyak gila tu.

well sepanjang ada kat rumah nenek tu lah hati aku sayu gila nak mam. sebab rumah nenek betul-betul dah buruk. sangat.

nenek aku adalah seorang yang pembersih dan pengemas. sesiapa yang pernah datang rumah dia taulah betapa kemasnya rumah nenek baik dalam dan luar. sedikit habuk pun takde. rumah atas kayu, bawah batu separuh.

hampir setahun aku tak balik rumah nenek. ibu dan abah selalu la juga balik. aku ni ha yang payah nak balik memang terkejut sangat sebab rumah nenek dah tak macam masa nenek dan atok ada. yelah, what to expect rumah yang kena tinggal, kan?


rambutan ni la yang aku bawa balik ke putrajaya bagi kengkawan rasa.


tangga merah adalah trademark rumah nenek.
dulu tangga ni memang bersih. merah berkilat. dan satu sampah pun takde keliling tu. siap ada pokok bunga keliling. sekarang kau tengoklah macamana pakcik Indo ni jaga rumah nenek. memang dia tak jaga.
dulu aku dan adik beradik dan anak jiran suka main kat tangga ni. suka gelongsor kat tangga ni yang tepi tu. banyak kali juga aku jatuh terlentang hahaha.

pokok limau bali depan rumah nenek.






 rumah nenek depan jalan besar raub-kelantan. so dulu kan takde fb, internet, laptop segala bagai teknologi ni. so permainan aku dengan arwah abang aku dan farah adalah mengira kereta cantik yang lalu lalang. kau ambil kereta hala ke kelantan aku ambil kereta hala ke raub. begitulah kekdahnya. siapa paling banyak kereta cantik lalu, dia menang.
lepas dah penat, tunggu benggali jual roti lalu. bila dengar je bunyi hon motor benggali tu cepat-cepat panggil nenek nak mintak duit.
ya Allah, rindunya saat itu :'(

 rumah jiran.

percaya tak disebalik belukar pokok semua tu ada rumah? 
rumah atokngah dan nenekngah, kakak nenek.
pun dah terbiar. sebab anak-anak dah merata duduknya.



 dulu tepi ni memang bersih. clean and clear. 

 dari sisi. tingkap tu dulu dihiasi langsir yang nenek jahit sendiri yang jahit. 

rumah nenek dari depan.
halaman yang dulunya terang benderang bersih sekarang begini jadinya. huhuhu


tingkap yang selalu nenek ada untuk basuh pinggan.
kat tingkap tu ada sinki.
so everytime kami balik, mesti nenek tengah basuh pinggan.
lepas tu nenek mesti tersenyum lebar tengok kami dah sampai.
rindunya kenangan itu *tears*

entahlah.
kepulangan aku ke kampung nenek kali ini betul-betul beremosi.
mungkin aku rindu nenek dan atok sangat-sangat.
dan mungkin aku rindu nak mempunyai nenek hehehe.
tapi tak la aku tunjuk depan ibu dan abah yang aku emosi khenn.
dahlah diorang tengah kait rambutan dan langsat.
aku sedap-sedap ambil pic.
aku bukan apa, aku tak suka nak redah semak samun yang basah sebab ada pacat.
lepas tu dalam kereta tetiba kaki farah berdarah.
perggghh pacat kot panjat kaki dia sampai dah kenyang.
errr geli geleman aku.
see that's why aku taknak redah semak samun. 

4. aku dan aku lagi heheheh



















hahahah jangan muntah kay.

daaaa

No comments: