Dec 12, 2012

Kerana ketawa bersama, menangis bersama

lately,
hidup aku macam banyak sangat perkara nak kena setel.
banyak sangat perkara nak kena fikir.
dan macam sekarang, kawan baik aku sedang ada masalah yang sangat besar.
besar mana eh? besar sangat. korang pun tak boleh fikir sebesar mana masalah kawan aku tu cewah.
so masalah dia memerlukan khidmat aku dan kak dhiya untuk sama-sama selesaikan walaupun sehingga ke saat aku menaip entri ini, aku masih tak jumpa jalan penyelesaiannya.
cuma, as a friend, walaupun aku bukan kawan yang baik, tapi aku cuba untuk membuatkan dia rasa aku ada untuk dia.
last week memang hebat.
pergi balai polis buat report then ke Damansara buat spotcheck memang mencabar jiwa hehehe.
tapi itu saja yang termampu aku dan kak dhiya lakukan untuk dia.
dah macam detektif dah aku rasa.
aku dan kak dhiya selalu contact even di opis untuk mencari idea how to solve this matter.
but still, tak nampak lagi.

cerita pasal Damansara.
dahlah kami ni tak tau jalan.
macam aku pernahlah 3,4 kali pergi tapi bukan aku hafal jalan pun. sebab bukan aku yang drive.
tapi hari itu memang kena pergi pun sebab macam dah terdesak sangat.
then aku call Fauziana tapi hampeh minah tu tak angkat phone.
so gamble. tengok google maps kat henfon sampai habislah bateri aku.
so dengan berpandukan henfon tu berjaya juga sampai ke destinasi yang dituju.
gila kembang hidung aku sebab dapat baca peta dengan bagus sekali.
dah dapat apa yang kami nak walaupun still blur eh mengapa, kenapa, betul ke.
too much questions.
semuanya tak dapat dirungkai.
but then aku rasa yeah, it's time to berserah pada Allah.
tetapiiiiii....
kita ni kalau ada masalah *selalunya aku* aku memang tak boleh just sit there and relax.
tak boleh. cannot go.
aku mesti nak buat something at least sampai aku nampak sedikit jalannya.
so kami pergi pula ke tempat "punca masalah" kawan aku ni.
balik kerja terus pergi. penat toksah nak cerita kat sini.
dalam keadaan macam ni kau pilih :

1. pilih penat kau, balik rumah, mandi dan tidur dan biarkan kawan kau menangis sensorang.
2. pilih kawan kau supaya dia tak rasa keseorangan dan lupakan penat kau.

aku rasa korang semua pun akan pilih no.2 macam aku.
korang kan baik macam aku. hehehe.
aku berharap akan nampak jalan penyelesaiannya.
kalau tak nampak jalan, hmmm, kena bagi nampak juga.
ada yang kata, sia-sia buat semua ini *tolong kawan aku ni*
sebab jalan masih buntu.
tapi pada aku, bila time huahua aku dan dia boleh bersama, kenapa bila time susah aku kena tinggalkan dia.
wah terasa mulianya aku. hahaha.

those yang ada kawan baik akan taulah sakitnya bila tengok kawan baik kita itu dikhianati dan disakiti.
seperti kita pula yang dikhianati.



1 comment:

wisata bakti alam said...



kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)