Dec 10, 2012

Kerana pengalaman temu duga dan ya, saya baru berusia 23 tahun

holaaa.
hari ini aku jadi urusetia temuduga Pekerja Sambilan Harian.
ohya sebelum itu, aku adalah sangat happy sebab kontrak pekerja Skim Pekerja Singkat di jabatan aku ini di sambung. kenapa pula aku happy sedangkan aku bukan pekerja kontrak?
sebab bestfren aku, Kak Dhiya tu kan kontrak.
kalau takde dia, sunyilah hidup aku di sini.
so yang, setahun lagi kita berjimba. hehehe.

ok berbalik kepada hal menjadi urusetia.
melihat muka-muka yang cuak untuk di interview adalah sangat seronok.
seumur hidup aku, aku pernah dua kali interview.
pertama kerja swasta yang mana aku berjaya dalam interview tersebut.
kedua kerja gomen ni lah.
bertempat di kuantan pahang.
pepagi buta sebelum subuh dah gerak sebab karak dengan kuantan jauh hokay.
dalam 4 jam. so nak taknak kena pergi awal sebelum pukul 8 kena ada dah di pejabat imigresen *pusat temu duga*. hati berdebar memang tak ingatlah kan.
tapi muka kena maintain cool. jangan tunjuk sangat kita cuak.
kemain ramai yang datang.
dalam hati aku, haih tak boleh jadi ni aku taknak tunggu lelama sebab mood cepat berubah kalau jadi yang ke belakang. apa aku buat? potong barisan. dari nombor puluh-puluh aku pergi ke nombor 3 ye sangat keji tapi aku taknak menunggu kesian abah dan ibu penat *wah macam bapak kau sorang jelah yang penat*
hehehehe.
then bila masuk bilik

Panel 1 : sila kenalkan diri anda.
Aku : bla bla bla
Panel 2 : so datang sini naik apa? jauh tu karak ke sini
Aku : datang dengan mak ayah naik kereta. memang jauh, Tuan.
Panel 1 : pukul berapa bertolak?
Aku : dalam pukul 4 rasanya.
Panel 1 : awalnya. itulah pengorbanan mak ayah awak sanggup hantar awak jejauh semata-mata nak bagi awak hidup yang selesa. awak kena balas jasa mereka.
Aku : kalau Tuan nak saya balas jasa mereka, Tuan kenalah luluskan interview saya ni, then bila dapat kerja, barulah saya boleh balas.
Panel 1 dan 2 : hahaha. pandailah awak ya.

haha aku pun tak sangka aku boleh jawab gitu.
sebab mungkin aku nerbes. so bila aku nerbes aku memang merapu sikit.
nasib baiklah diorang tak tendang aku keluar.
nak buat macamana, hormon loyar buruk memang terlebih dalam badan aku :p
tak sampai 20 minit aku kat dalam.
dalam hati, hmmm sekejapnya, ni mesti tak suka aku ni.
then tak sampai sebulan, aku dapat surat lapor diri. 
tapi tak happy kot. sebab by the time aku dapat surat tu, aku baru kematian abang aku. baru 2 hari rasanya.
so takde perasaan. bagitau abah pun dia sambut dengan tangisan sebab sorang lagi anak dia nak tinggalkan dia walaupun taklah jauh mana putrajaya dengan karak.

dan telah genap 3 tahun aku bekerja, berdikari, mendapat duit sendiri, menghabiskan duit.
sepanjang 3 tahun kat sini BANYAKKKKKK gila dugaan kauuuu.
tapi semua aku harungi dengan jayanya *bangga kembang lubang hidung*
dari seorang yang tak pandai berdikari yelah asyik berharap pada si dia lama-lama ha ambik kau, akulah wanita besi itu wah part over bagilah kat kau.
tapi betullah kan.
aku tak pernah terpikir hidup aku akan berubah.
sebab 3 tahun lepas, impian aku cuma nak kawen dengan si dia. muahahah gila gedik.
dah berangan nak ada rumah kecik je. lepas tu halaman rumah tanam bunga muahahaha
tapi rupanya, abah ada bincang dengan si dia untuk pujuk aku isi permohonan kerja.
sebab abah taknak aku takde kerja kot.
tapi betullah apa abah fikir. bila dah berpisah, mana pergi impian tu? melayang kan?
but at least, aku dah ada kerja.
hilangnya dia dalam hidup aku?? takde de aku nak kisah sekarang.
mula-mula dulu ya, bagai nak rabak mata menangis. sekarang? aku bahagia dengan apa yang aku ada.

eh dari interview lepas ke hal cinta pulekkk.
kata suka merapu khennn.

masa aku tengok muka sorang-sorang yang datang interview tu tadi, aku bersyukur.
sebab aku ada kerja tetap. tapi mereka masih mencari.
tapi takpe, masing-masing muda sangat lagi. 21-23 memasing umur.
jangan putus asa :)
tapi aku suka yang sorang tu, umur muda dalam 20.
perempuan.
ada ke dia kata aku tak gaya 27 tahun.
dia kata aku macam 23, 24.
eiii mencik aku sampai rasa nak cium pipi gebu dia tu. hahhaa.

oklah.
nak siap sedia jadi urusetia sesi petang pulak.
daaaaa

No comments: