Nov 1, 2012

Kerana Jejak Mahira. Keturunan Adi Putra serta Don.

entri tertunggak sebab malas. huhuhu.
sabtu lepas adalah diadakan Perhimpunan besar-besaran Keluarga Mahira.
aku sebut Mahira tapi ibu abah kata sebutannya Mahire. dah bertekak di situ.
atenye ejaannya adalah Mahira. A ok bukan E.
so Mahira la.
tapi memang pun, masa gathering tu semua pun panggil Mahire Mahire.
tension aku. ejaannya Mahira. tapi kau boleh E kan yang A tu.
sama macam nenek sedara aku.
namanya Merah. so aku ingat sebutannya should be Merah, macam kita sebut warna merah.
tapi eh tak. sebutannya Merah. macam kita sebut lelah. oh apakah.
orang tua memang macam ni eh suka salah sebut.
tapi memang betul semua pun panggil dia Wan Merah *macam sebut Lelah*.
kalau sebutannya macam warna Merah kan cantik.
takpelah, nanti aku letak nama anak aku Merah. Merah Jambu binti dot dot dot.

so siapa Mahira?
Mahira adalah nenek kepada moyang aku.


Mahira berasal daripada keturunan Tok Persada Kaya Adiputra.
la patotlah aku suka Adi putra. aku keturunan itu rupanya. hehehe.
masa memula aku tau aku keturunan Tok Persada Kaya Adiputra terus zasss aku bayangkan
yang muka dia macam Adi Putra pelakon tu. melampau. huhuhu.


so Mahira pun berkawen dengan suami pertama dan dapat Awang dan Yang.
kemudia mereka berpisah.
bila Mahira kawen dengan Jaafar maka dapatlah 4 putra iaitu Imam Yusuh, Khatib Mail, Haji Ishak dan Haji Kassim.
so aku adalah dari keturunan Khatib Mail. dan moyang aku adalah Imam Don. see i told ya. patotlah aku suka Ustaz Don, moyang aku nama Don. huhuhu. Imam adalah gelaran yang dikurniakan kepadanya secara rasmi. so nanti aku akan letak nama anak aku Don bin dot dot dot. 
so Imam Don kawen dengan Mai maka dapatlah atok aku. atok aku kawen dengan nenek aku, dapatlah abah. 


pandai-pandailah korang besarkan bijik mata tu nak baca.
dikatakan Mahira ni cantik, putih kemerahan. oh memang taklah. aku adalah hitam kekelabuan.
hidung mancung memang ada sikit. ada sikit kemek. huahhuahua.

masa aku baca cerita di atas, terus aku dapat bayangkan suasana pertemuan Mahira dengan Jaafar tu.
mesti masa tu Jaafar tengah angkat barang tiba-tiba dia terpandangkan Mahira. lepas tu Mahira pun terpandangkan Jaafar. then Jaafar pun senyum kat Mahira. Mahira membalas senyuman sambil malu-malu dan kemerahan muka dia serta hati berdegup laju. ewah. kau ingat ni drama kau ke, reena.

so on that day, bangunlah aku seawalnya sebab katanya majlis stat pukul 9.
sampai-sampai je orang dah ramai.
terkagum kejap aku.
betapa perasaan yang berputik antara Mahira dan Jaafar melahirkan zuriat dan waris seramai ini.
ramai kot. macam kat konsert pulak aku rasa. tinggal lagi, aku tak menyanyi je.


pi daftar dulu.
macam biasalah, Farahlah yang kena. aku cuma suruh je.
dia ni memang adik yang baik la *mata ke atas*
rajin tangat tangat awwww hehehe. lempang sedas.






us. love u. muah


nama adik beradik abah.
Abu Nayik sepatutnya. ada orang typo booo booo sama dia.
Abu Nayik paklong aku. dah meninggal.
Ali Razman *nama yang aku suka sangat. haih bilalah nak ada anak ni*. ni pakngah aku. pun meninggal.
Nordin, pokde aku, masih hidup.
Samsudin adalah abang kembar abah. mukanya sebijik. pun meninggal.
kalau tak mesti bestkan ada pak sedara muka sama dengan abah.
terjadilah perebutan antara kami adik beradik siapa antara kami yang akan dapat anak kembar.
sangat choi.
Yahya adalah adik kembar Zakaria.
haih, memang keluarga kembar.


salasilah Mahira yang ditampal.


antara warga emas yang masih hidup. Alhamdulillah.

 ini baru suku.


family potrait yang tak macam potrait sangatlah sebab tak semua join.
sebab ada yang duduk di dapur tugasnya sediakan makanan.
ada yang tugasnya si angkat barang.
ada yang kehulu ke hilir *akulah tu*.
panas seh masa ni. pedih kulit kena panas *oh neraka lagi panas. sila sedar diri*



tempat makan.

tqah dan farah raihana mesti kenal salah sorang dalam pic aku ni.

itulah antara pic sekitar yang aku sempat curi.
yang lain malas nak masuk.
aku rasa separuh daripada penduduk karak tu sedara aku kot. huhuhu.
ada kena mengena.
dan ada yang datang dari jauh.

aku sebagai generasi muda *katanya ada 8 generasi*
sangat suka bila adanya gathering macam ni.
atleast, aku tau oh makcik tu sedara aku. oh pakcik tu sedara aku.
oh mamat cute tu sedara rapat aku rupanya.
ewah, mamat cute aje.

lepas tu ada acara cabutan bertuah tau.
hamper dan hadiah sumbangan setiap satu keluarga satu hamper atau hadiah.
so family aku pilih hamper.
dua hari aku dan farah mengulang ke kedai beli barang untuk hamper.
sebab rasa macam tak puas hati.
padahal taklah beli banyak sangat pun.
so bila nama-nama yang bertuah di panggil, kami tunggu jelah dengan sabar.
sebab kalau kena, MC akan panggil nama ketua keluarga. so dalam family aku, abah lah.

lama kot tunggu tak juga bertuah nama abah.

farah : abah tak daftar kot.
aku : abah daftar. percayalah, kalau ada aku, mesti bertuah punya. sebab aku tak pernah miss cabutan bertuah *riak kot. hahah*

then taraaa 


alolololo abah siapa yang comel pakai baju melayu lengkap bersamping tapi pakai kasut sukan ni.
huhuhuhu.
kan dah kata, sabar. mesti dapat punya. huhuhuhu.

next year buat lagi ok.

bye.

3 comments:

mazru said...

assalamualaikum...tahniah di atas pertemuan saudara keluarge Mahira...

ingin bertanye tentang nama-nama lain selain Mahira,seperti Tok Tangguk tu...dimane agaknye saya boleh dpatkan kisah tentang yang lain2 tu?ade lg ke org tua2 yg dpt dihubungi utk mendptkan info tersebut...

terima kasih

juju said...

salam perkenalan reena...sy cicit Hj Ishak..cucu hj Shahabudin generasi ke 7..mase perjumpaan tu x p coz anak kecik..jadi dgr cite je...mohon sy nak copy yee salah silah ttg keluarga besar MAHIRA..tq jemput dtg je blog sy..

Unknown said...

Saya adalah mohd al iezdat ulhaieq,cicit kepada tok muda haji muhammad tok setia haji ishak,cucu kepada siti hara.anak kepada suhaimi bin muhamed (jimmy).saya bekerja di avisena hospital di shah alam.jika ada perjumpaan lagi sila hubungi sy 0163488427..terima kasih