Nov 6, 2012

Kerana Tasik Chini ada naga keluar asap ikot mulut?

aku tak pernah sampai ke Felda Chini, Pahang.
dan aku juga tak pernah ke Pekan, Pahang.
oh dan juga Janda Baik. huhuhu. nama je duduk pahang tapi tak taulah apa yang aku buat di Pahang tu.
so bila Abah mendapat jemputan ke perkahwinan saudara dia yang dah terpisah 36 tahun, aku rasa sangat teruja ewah ayat macam nak kena tendang ke dinding.
ekceli abah kata itu adalah kawan baik dia. dulu duduk karak, tapi sekarang dah jadi peneroka di chini.
aku sangat teruja kot sebab aku kalau tempat yang aku tak pernah pergi memang aku akan eksaited macam mental retarded.

but yes. pada aku, chini is sooooo jauh from karak.
bercinta rasanya nak sampai.
sampai sakit vontot rasanya.
aku asyiklah tanya, jauh lagi ke jauh lagi ke nasiblah aku dapat family yang penyabar kalau tak dah lama aku kena campak keluar kereta.
aku pernah ke felda Keratong. pun jauh.
rasa macam dah lama dalam kereta tapi tak juga sampai.
tapi masa tu taklah rasa bosan ke sakit vontot ke apa ke sebab pergi dengan ehem ehem lelaki yang dicintai haktuiii. huhuhuhuhu.
yelah, bila buat dengan kekasih apa pun tak bosan. kalau dengan family cepatlah bosan?? memang dasarrrr.

 eh apsal ada pic budak ni? ok sesaja je sebab pic dia je penuh dalam henfon aku. pffttt.


ini budak banyak buas wooo. dalam kereta takmau duk diam. terpaksa tanggalkan baju dia dulu sebab takot kena coklat. i love u mieya. mummy sayang mieya sampai mati.


khemah lelaki dan perempuan di asingkan. baguslah kan macam ni. takdelah berlaga laga masa nak makan. so ibu adalah sangat risau kalau abah tak boleh makan tanpa dia. my god *mata ke atas* macamlah abah tu baby yang tak boleh ambil makan sendiri. 


 mieya sedang menyepahkan rumah orang. good job mieya.


 adik-adik sedara aku dan adik aku yang hmmm malas nak layan.


 kami bertiga. takpe, kami tetap bahagia walaupun...


inilah orang yang eksaited sangat jumpa kawan yang dah lama terpisah. 36 tahun kot. lama sungguh. tapi boleh berborak macam hari hari jumpa. i mean, takde kekok langsung. kalau aku tu, maunya lambat nak panas.


 lagi. apa lagi lah yang diceritakan itu. huhuhuhu.


 ibu dan anak tuan rumah. tidaklah ku tahu siapa namanya.


 makteh (baju merah) dan mak itam (baju coklat) bila jumpa kawan lama dah tak ingat dunia. masa mula sampai pun, brader tu dah salam makteh. rupanya dari brader tu kecik dia dah kenal makcik.


ecececeh konon la sangat abah ni.

so masa balik, memang kami dah ugut abah nak pergi tasik chini sebab dah tak jauh kot dari felda tu.
kami cakap alang-alang dah datang sini baik pergi sebab lepas ni entah bila dapat datang lagi.
ceyyy. so abah pun yelah, nak kata apa lagi kan. anak pompuan dia kalau merajuk buruk sangat muka so dia tak sanggup kot nak memandang muka gitu.


bacalah sendiri sejarah chini ni. sampai je aku terus terbayang macamanalah yang dikatakan ada naga tu eh. entah-entah ular besar. lepas tu di katakan dalam tasik tu ada kota yang tenggelam.

"Tasik Chini salah satu tasik daripada 12 tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang di Pahang tengah, Malaysia. Tasik Chini yang merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Pinggiran tasik berkenaan didiami oleh orang asli suku Jakun.
Sungai Chini, yang mengalir keluar dari tasik itu, mengalir ke dalam Sungai Pahang. Sungai berkenaan diempang untuk mengekalkan kedalaman tasik tersebut semasa musim kering. Walau bagaimanapun, cara ini akan mengganggu ekologi semulajadi tasik itu dan menyebabkan kematian pokok-pokok pada pesisiran tasik disebabkan oleh kenaikan aras air.
Tasik ini juga terkenal dengan musim berbunga lotus dari Jun hingga September.
Merujuk kepada legenda orang asli, tasik tersebut didiami oleh satu naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum (kadangkala dirujuk sebagai "Raksaksa Loch Ness Malaysia"). [1]Ia dipercayai mengandungi satu bandar purba seakan-akan di KhmerKemboja yang terletak di dasar tasik berkenaan, tetapi projek selanjutnya terbengkalai akibat masalah kewangan.[2]
Satu suku orang asli yang tinggal ditebingnya menjadi tarikan pakar pengkaji bahasa kerana bahasa mereka mempunyai kaitan dengan bahasa Khmer, Kemboja yang menjadi asas kepada teori bahawa penduduk asal Melayu telah turun dari kawasan utara ke selatan"

 aku suka ketenangan macam ni :)


 the jeti. 


 amboi dia ni. melebih lebih pulak.


 yai (adik sedara) dan farah. adik bongsu aku takde. so faeez tu sebab konon dah besar tak cool la jalan dengan family. heh! 


 cantik kan?


 nyawaku.














harga nak naik bot. semua menggelabah nak naik. aku je yang cool. padahal aku takot air. takot naik sampan, takot naik bot. sebab aku rasa dekat sangat dengan air. takot tetiba muncul je binatang yang tak disukai macam boye ke, uuuuu ke, dah tu tetiba naga kejar dengan api api di mulut, acanner? oh no no no.


mereka-mereka yang menggelabah nak naik. yang tak naik cuma aku ibu abah mieya makteh dan mak itam. yang lain, dipersilakan naik. aku jadi penunggu saja di tepi. 


ibu menunggu dengan sabar anak-anak pulang ke desa jeti. lama gila kot nak tunggu 30 min tu. dari duduk tingkat satu, naik tingkat dua la aku menunggu dengan bosan. lepas beli air, beli air beli air dan eskrem. lama gila kot. korang kemana? beramah mesra dengan tok batin ke hapa?


 the kaunter.








inilah naganya. tak nampak sangat sebab ada cahaya keimanan.

terasa puas hati aku dapat tengok tasik chini ni.
dah lama kot nak pergi tapi asyik lupa je. boleh?





2 comments:

diana aziz said...

Tetibe sy rse nk g scuba kat situ n tgk kota khmer tu.... tkt kne telan dgn naga ke ape, tu lain citer. hehehe!

Anonymous said...

ok, disebabkan entri ni, aku rasa macam terpengaruh nak pergi. entah apa aku buat kat malaysia ni, tasik chini pun tak pernah sampai.