Oct 4, 2012

Kerana kaulah racun kaulah penawar


hahahah.
terus gambar.
saja nak berlagak aku pergi gym after work tadi.
dengan puan.
sebenarnya aku suka bersenam ni. silalah percaya. cuma kengkadang MALAS.
bila ada geng, baru rajin.
nampak kurus sikit kan dalam pic tu.
tapi percayalah itu cuma illusi optik saja. huhuhu.
cermin tu buat kita nampak lagi kecil dari saiz sebenar.
tapi apa pun, i still love u cermin.

borak kosong je la ye kita malam ni.
esok dah jumaat. 
esok balik karak.
minggu depan tak balik sebab ada ngedate dengan kengkawan tqah and farah
minah sorang tu dah nak kawen so nak spend time bersama sebab kot kot la lepas ni tak dapat nak lepak dah dengan dia sebab mungkin lepas ni dia busy tolong hubby dia bisnes pulokkk kan.
so maybe it will be our last time keluar as dia sebagai bujang. 
plannya aku tak tau lagi but ofkos la aktiviti wajib kami adalah karok.

asyik karok jela kerjanya kan. hahaha.
takde kerja lain.
sebab best kot lepas suara walaupun pecah kelaut kelangit semua tapi memang tidaklah ku peduli.
janji nyanyi.
menyanyi lagu tinggi pulak tu bajet kak jiana jain sangat.
bila tak lepas tarik suara mula batuk. huhuhu.

sebenarnya aku rindu zaman aku dan adik-adik masa kecil.
masa kecil semua pun indah.
dan aku rindu zaman adik-adik aku masih kecil.
sungguh aku rindu.
farah dah betul-betul macam kawan aku. dia tempat aku mengadu dan bercerita.
bila ada masalah, kami akan naik kereta round satu karak untuk bercerita.
sambil menyanyi dalam kereta. itu satu perkara yang indah untuk aku lakukan dengan adik aku.
begitu juga dengan faeez. dia pun dah dewasa dah boleh diharapkan.
syera? dia dah pandai buat keputusan dalam hidup dia.
kami berdoa semoga itu yang terbaik untuk dia.

aku rindu masa kami menonton favret lifetime "oprah winfrey"
duduk depan tv kusyuk mendengar segala cerita inspirasi yang oprah paparkan.
pernah juga kami berangan nak hantar emel kat oprah minta oprah datang rumah. wahahaha.
kami berangan tetiba je oprah muncul depan pintu rumah lepas tu menggelabah la konon sebab muka selebet. huhuhu.

aku juga merindui detik indah menonton sitkom yang paling paling kami suka iaitu The Nanny.
my gosh. tengok banyak kali pun tak bosan.
duduklah kami empat beradik depan tv bila The Nanny ditayangkan masa tu saluran Hallmark.
The Nanny will always be our favourite sitcom.

sebenarnya tak dinafikan lah, kebanyakkan cerita favret kami adalah sama.
jadi takde masalah rebut rebut remote ni.
cuma farah dan faeez suka kartun.
aku dan syera tak suka. sebelah mata pun aku tak pandang kartun.

hmmm terlalu rindu dengan semua ini.
bila yang sorang tu dah bawa diri kerja jauh, terasa sunyi rumah tu.
*oh my, tears*

hubungan adik beradik takkan pernah putus sampai bila-bila.
gaduh lah macamana pun tetap akan berbaik juga in the end.
macam aku, pernah juga gaduh dengan farah. 2, 3 hari tak bertegur.
but then tiba-tiba je kami dah berbaik tanpa disangka.
sebab adik beradik begitulah kekdahnya.

kita gaduh bagai nak rak, jeling menjeling hempas pintu.
tapi bila ada orang luar "usik" tetiba je boleh sama-sama sinsing lengan ok tipu mana pernah sinsing lengan.
tapi macam tulah lebih kurang.

aku pernah bayangkan aku akan solo sampai ke tua.
muahaha melampau.
dan aku fikir takpelah.
janji ada adik-adik.
kalau dorang taknak terima aku, aku buat muka bodoh stay juga kat rumah dorang.
aku peduli apa. huhuhu.

masa kecik aku dah kena jaga adik faeez.
masa tu aku selalu bengang dengan ibu sebab bagi aku ramai adik. haha padahal 3 orang jek.
tapi tetap aku bengang dengan ibu dan abah.
aku selalu fikir bestnya kalau aku dan abang aku saja.

tapi bila dah ada otak ni baru aku tau apa hikmah aku ada adik ramai.
katakanlah cuma ada aku dengan abang saja.
nanti aku akan jadi anak tunggal.
sebab abang dah dijemput illahi.
so faham tak, reena?
Allah dah atur hidup kita tu secantik-cantiknya.
so bersyukur dan tak payah nak persoalkan.

adik-adik tu la tempat bermanja.
tempat kita nak peluk peluk. cium cium. main belasah belasah.
tempat kita meluahkan perasaan. tempat buat lawak bodoh lawak kasar tak sentap di hati.
indah sangat.

tapi bila salah seorang berubah, ada lagi tak rasa indah tu?
tak ada :(

kbye.


                                                                                                                                                                                                          







No comments: