Oct 9, 2012

Kerana kau mengizinkan hati kau dilukai

phewww. lap peluh.
hari ini memang busy tahap gila babeng lah. hikhikhik macam kakyong kawasan je bila cakap "gila babeng".
tapi serius.
tepat pukul satu baru aku dapat rehatkan otak.
ceritanya begini. aku kan tanggung kerja orang so kerja tu jadi double.
tapi aku suka busy sebab rasa masa cepat berlalu.
terleka buat kerja tengok jam eh dah pukul 12.48.
nak membuang air pun kena postpone. hehehe maluuuuu.
but aku suka lah busy macam ni. 
terasa sangat penting hidup aku. ewah.
balik pun dah bukan tepat 4.30.
kadang-kadang pukul 5.30 dan kadang-kadang terlajak ke 6.15 pun ada.

ohya.
plan nak keluar dengan sayangs aku, Tqah and Farah Raihana tak jadi.
atas sebab yang tak dapat nak dielakkan.
so Tqah, kau tak payahlah rasa bersalah. aku ok dan faham.
maybe takde rejeki kita nak berjimba on that day.
maybe kalau kita pergi juga, akan ada perkara buruk berlaku.
so fikir je la hikmah di sebaliknya.
to Farah, takpe. jangan fikir sangat.
kau kawen bukan penghujung kepada zaman jimba kita.
tapi tak taulah pulak kan.
so jangan ada sentap dan merajuk antara kita bertiga ok.
ala dah biasa dah plan jadi tak jadi- jadi semula- eh tak jadi pula- sentap- merajuk- menganjing semua ni.
huhuhu.


aku dapat ni dari fb.
terasa soooo true.

sebenarnya kita mengizinkan hati kita di lukai bila kita terlalu ambil peduli pada sesorang atau satu perkara.
cuba kalau kita buat tak heran, mesti hati kita "kurang" terlukanya.

tapi mampukah kita buat tak heran?
itu yang kita kena gali lagi :p

manusia payah nak lupa seseorang yang pernah buat dia terluka.
apatah lagi seseorang itu insan yang paling dia sayang.
tapi kenapa perlu kita masih mengingati insan yang tak pedulikan langsung hal kita?
bila dia melukakan hati kita bermakna dia tak peduli tentang hati dan perasaan kita.

anak yang melukakan hati ibu bapanya bukan anak yang sayang pada ibu bapanya.
kerana jika dia sayang, dia takkan pernah buat ibubapanya menitiskan airmata.
dia takkan pernah membuatkan hati ibubapanya risau dan kecewa.

ibubapa terluka kerana mereka menyayangi si anak.
sayang sehingga sanggup melakukan apa saja untuk si anak.
ingat tak sakit ke bertarung nyawa melahirkan si anak?
separuh nyawa hampir pergi kerana nak memastikan si anak selamat lahir ke dunia.
tapi bila dah dewasa, apa si anak lakukan?
melukakan hati si ibu dan si bapa.
tapi lumrah kasih seorang ibu dan seorang bapa.
walau seteruk mana si anak, tetap sayang sampai bila-bila.
tetap rindu walau si anak ambil keputusan untuk duduk berjauhan.

jangan nanti si anak menyesal.
pulang ke rumah hanya mampu melihat sekujur tubuh terbaring kaku.
masa itu menangis airmata darah sekalipun si ibu atau si bapa takkan kembali.

mana yang kau pilih?
zaman muda atau ibubapa?
pilihan ada di hati kau.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).-Luqman : 14

No comments: