Oct 4, 2012

Kerana capati oh capati

well.
semalam teringin nak makan capati.
sebab ada yang bagitau capati takde lemak. hahah.
ok aku baru tau. so aku nak lah try sebab tak pernah makan.
kalau tosey tu pernah lah. sedap tosey. cubalah.
capati belum pernah so semalam text sha ajak lepak mamak pekena capati.
minah tu hover kata nak order 2 keping sebab sekeping tak cukup.
so dia bagitau Zu dan aku bagitau kak dhiya.
plan asal nak makan kat mamak belakang rumah je.
tapi dah bertukar ke mamak bistro presint 15.
sekali tutop daaaa.
so takde pilihan, mamak tapah je lah.
misi nak makan capati kan?
so order la capati.
bila dah sampai tengok eh apa ni? ni capati ke kain lap pinggan?
hahah kemain melampau. tapi memang betullah.
keras, sejuk dan grrrrr.


saya sangat kecewa dengan awak tau.
saya dah ghairah sangat nak makan awak tapi awak telah membuatkan nafsu saya mati.
eh?
so tak habis.
tinggal. membazir. syaitonn pun suka berdendang sayang :(
order pulak roti cheese.


bolehlah.
tapi tapi tapi tak habis juga.
ok syaitonn pun gimme five.
maafkan saya.
tak boleh nak telan kalau dah tak kena dengan tokak den ni ha.

sha yang order 2 keping pun tak habis.
kan kena leter dengan Zu sebab taknak order sekeping dulu. hahaha.


zuria ayu berbaju kurung.


yang ni bajet artis takmau pic nya di ambil.

kak dhiya tak mau balik lagi ajak pergi warta bangi.
so pergilah kami berempat yang hanya Sha je mandi balik kerja.
yang aku dan zu dari opis so tak naik rumah dah memang tak sempat nak mandi.
kak dhiya tu ha, dah kat rumah pun tak mandi juga.
so hanya sha je yang fresh semalam.
yang lain, hahahah sendiri mau ingatlah.

hahahah apakah?
motip nak ambil pic rumah?



aku tak faham kenapa mereka bertiga ni gila sangat dengan karpet.
sebelah mamak tapah tu pun ada kedai karpet pun mereka singgah.
sungguh acik tak faham.

kedai dua hengget.
dengan ini aku melantik diri aku sebagai Duta Lantik Sendiri kedai ini.
sebab kedai ni ada macam-macam, meriah dan fun.



rindunya nak bela ikan.
tapi terasa tak sampai hati sebab in the end, ikan tu mesti mati.




ehem ehem.
hak yang pink tu berdarah hidung aku tengok.

comel kan macam aku.
comel sangat.
tak boleh tahan aku tengok barang comel ni.
mesti nak ambil pc juga
bawah belah kanan tu tabung tau bentuk tandas duduk.
hahah cute seh.

well.
itulah aktiviti aku di sini.
kalau tak lepak mamak, karoke tak pun tengok wayang.
kalau tak lepak makan-makan mana-mana kedai.

balik kerja kan.
dah penat.
so nak jimba beria tu idaklah.
sabtu ahad pula sibuk balik kampung memasing.
puan kata seronoknya jadi bujang macam reena boleh kemana saja.
eh ye ke?
yelah. kadang-kadang kita rasa hidup orang tu lagi best dari kita.
padahal dia pula rasa hidup kita lagi best dari dia.

kbye

2 comments:

SURIA AMANDA said...

jam meja hello kitty tu santekkk

chenta dan cermin hati said...

nampak capati tu pun dh mcm xde selera, capati ni kalo kena gayanya, 3 keping pon boleh settle.. tapi mesti la tebal2 sket, kenyal2 sket.. makan gan sambal sardin.. perghhhh mmang sodap!! hehe