Oct 11, 2012

Kerana otakku sungguh sesuatu dan dua lelaki di kedai mamak

hari ini hari yang kelakar kot bagi aku *padahal rasa nak menangis. haha sikit sikit nak nangis*.
pagi tadi nak pergi kerja tunggu lif dengan seorang minah ni.
dalam 2 minit macam tu lif pun sampai.
minah tu masuk dulu.
tak sempat aku nak masuk, pintu lif dah tutup betul-betul depan muka aku.
hanya beberapa inci dari muka aku. beberapa inci. nasib tak terkepit hidung aku *cey macam hidung mancung sangat*
aku tergamam. 
tak sempat nak tekan butang kat luar tu.
sebab aku bajet, minah tu tekan butang hold kat dalam lif.
sebab memang lumrahnya kalau kau masuk lif dulu, kau mesti tekan butang hold/buka untuk bagi laluan pada yang masuk kemudian.
tapi minah tu tak tekan dan dia hanya perhati je muka aku. hahahhahah.
ok aku tak hahaha la kan. dalam hati aku dah menyumpah dah. huhuhuhu.
so dah lambat, aku turun tangga je la.

tadi.
dalam pukul 10 aku start menaip aturcara segala jenis menda untuk kursus minggu depan.
punya tekun aku buat sambil mengunyah kerepek bawang.
tepat pukul 12.30 tadi, siap.
lega sangat.
then telefon berbunyi aku angkat dan dengan otometik aku tekan butang pangkah.
perasaan aku tak tau nak menangis ke nak gelak. ehehehehe.
adoi. betul betul menguji kesabaran.
after 2 pm ni kena buat semula.

dalam bas pagi tadi ada seorang kakak dan anak lelaki dia naik.
anak lelaki dia dalam 4-5 tahun rasanya.
anak duduk kerusi depan. mak duduk kerusi belakang.
dia minta tiket kat mak dia. ala bebudak biasalah mesti eksaited nak tiket bas.
bila mak dia bagi dia cakap " terima kasih mama" alolololo sweetnya.
lepas tu dia mintak izin mak dia nak tekan loceng bila dah nak sampai. mak dia kata "tekanlah"
dia cakap "terima kasih mama"
bila nak turun dia cakap kat pakcik drebar bas "terima kasih uncle"
soooo sweet.
aku percaya asuhan yang baik bermula dari kecil kalau tak mana nak datang peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.

isnin tempoh hari aku, kak dhiya, zuria dan sha melepak mamak selepas balik kerja.
wah macam lelaki pula rasanya melepak mamak selepas balik kerja.
depan meja kami ada dua lelaki.
kejap kejap pandang kami. kami taklah syok sendiri rasa menyampah lagi ada.
apekejadahnya kau sampai teleng teleng kepala pandang kami.
memang diakui la kami kalau berborak memang tak reti slow.
dah kalau ada empat mulut nak bercerita jadi macam apa la kan.
bila kami borak je diorang pandang then sengih. macam nak sangatlah join perbualan kami
sambil pandang diorang senyum konon senyum menggoda la tu kan.
lama juga lah diorang kejap pandang kejap pandang.
tiba-tiba diorang bangun nak balik.
sempat lagi bagi nota kat sha
"ada ore nak berkenale"
ok fine. itu motip kau pandang-pandang kan?
please la. itu biadap namanya. kalau kau terpikat kat sha sekalipun, please jangan kejap kejap pandang sebab kami tak selesa.
bukan kami menggedik pun kat situ yang ada aksi boleh buat kau memandang.
sha simpan je number tu sebab lelaki tu cute. hahaha. dasar gatal. ala taklah cute sangat tapi bolehlah. 
*macam kau lawa sangat, reena*

so tak sangka minah tu boleh mesej lelaki tu yang kata namanya wan dan apit.
wan kata sebenarnya dia nak berkawan dengan kami berempat.
aku kata kat sha, kalau nak kawan boleh tapi minta FB sebab dari FB la kita tau kejujuran dia.
sekarang bukan boleh percaya sangat.
kalau dia laki orang kita boleh tau dari FB dia. tak banyak sikit la mesti ada clue mengatakan dia laki orang.
tak pun dari FB kita tau perangai dia jahat ke baik ke gatal ke alim ke.
yelah kalau dah komen pic pun ada perkataan blue maknanya gatal la tu. so toksah kawan.
tapi kau tau mamat tu jawab pe?
"fb baru kena hacked. lagipun tak heran sebab saya buta it" 
gotchaa.
nampak sangat menipunya.
dan dan kau punya FB kena hack.
lepas tu buta it? hello nenek tua pun ada fb tau. setakat fb tak payah tunggu kau celik it la, bro.
eh ter-emo ek? taklah. kau bacalah dengan intonasi manja tau. baru bunyi tak marah.

so dari situ dah tau kan takat mana diorang jujur atau tak.
bukan nak sangat add FB diorang pun. cuma aku nak uji je.
so kami sepakat untuk melempang lelaki itu bila terjumpa lagi di mamak. hahah macam berani.
takdelah. takkan tetiba nak melempang anak orang.
bukan dia ada buat jahat pun.
dia bagi number telefon je.
so terserah pada kami nak contact ke tak.
kalau rasa nak, contact. lepas tu, kalau jadi yang buruk biar aku cakap padan muka kat diri sendiri dulu sebab aku yang mengizinkan lelaki tu buat jahat kat aku dengan membalas perkenalan itu.
kalau taknak perkara buruk, sila buat tak tau.
so it's simple.
jangan mengizinkan orang buat jahat dengan diri kita.

dah dah.
nak buat kerja tadi yang tak save tu.


koranggggggggggggggggg.
jum pergi pantai nak?????

kbye.



No comments: