Oct 1, 2012

Kerana hari penuh bermakna saya *tajuk mesti bagus-bagus*

hari jumaat lepas aku balik karak.
ada yang cakap, reena ni selalu sangat balik karak. ya. ada yang susah hati serabut kepala aku balik karak selalu. aku nak bagitau.
sekarang ni ibu selalu tak sihat.
ditambah lagi dengan hal-hal keluarga yang diciptakan oleh manusia tak matang.
membuatkan emosi ibu terganggu. 
jadi, aku wajib balik karak bila ada kesempatan.
sebab hati aku tak tenang selagi tak jenguk keluarga.
aku kan kakak kawasan bak kata adik aku. huhuhu
so biarlah aku balik karak selalu.
aku tak pernah menyusahkan kau pun.
duit pun aku tak minta kat kau.
heh!
selagi ada mak ayah ni la aku nak jenguk mereka.
nanti bila mereka dah takde, aku nak jenguk siapa lagi.

ok jumaat tu tunggu bas kat pekeliling macam biasalah.
sebab takde anak raja nak jemput aku itu pasal aku naik bas hahahah ok tak kelakar.
gila ramai umat kat pekeliling semua pakat-pakat nak balik kampung tengok mak ayah.
Alhamdulillah. dari yang stay bandar semata-mata nak dating dengan pakwe di hujung minggu. heh, ada nada jeles di situ.
yelah, manalah tau nak dating kat KLCC beli buku lalu tag di fb. LOLOLOL.

sementara tunggu bas, perut lapar hoi.
tekak aku kan asyik nak makan telur dadar telur dadar telur dadar sangat murahan tekak ni punya selera.
so aku dengan beraninya melangkah ke foodcourt untuk makan.
pertama kali wa cakap sama lu makan sensorang. pertama kali.
pertama kali order makanan dan tunggu makanan sampai ke meja.
terasa dah besar diri ini kahhhhh.
tapi dalam pada berani tu tengok juga kiri kanan takut ada penjahat.
aku kan terlebih fobia.
sebab dah banyak kali kena.
ok kita pilih kedai yang tak ramai orang.
sedap tak sedap itu belakang kira.
janji tak ramai orang dan aku tak macam jakun sangat.
aku kan bila sensorang mulalah tercanguk canguk macam mental.



teh o ais yang ada dua layer.
layer atas air putih.
layer bawah teh o ais.
sejuk tekak dan sejuk hati dapat minum.
rasa macam vah vah vah.


dah 3 sudu suap baru ingat nak ambil pic.
tomyam ayam favret ever.
dan telur dadar idaman kalbu.
entah pasal aku nak makan telur dadar dari hari tu lagi.
ohya, macam biasalah, tomyam lebih banyak sampah dari isi.
tapi takpe, lapar punya pasal, kita belasah saja.

sabtu.
dengar suara ibu mengejutkan aku bangun untuk bersiap ke kenduri kawen budak sama kerja dengan dia.
ekceli aku pun kenal kakak tu.
sebab dulu aku kan duduk kuarters jabatan perhutanan.
so kenal lah.
kendurinya di buat di Kampung Teluk Sentang, Temerloh.
aku dapat bayangkan seronoknya masuk kampung orang.
walaupun aku duduk karak. dan karak tu pun kampung tapi percayalah, kampung kat karak tak best sebab dah tak macam kampung.
aku bayangkan suasana kampung yang damai dan hmmm ala macam kampung lah. tak reti nak terang macamana dah.

so untuk sampai ke rumah pengantin, memang kena lalu banyak kampung ok.
ada Kampung Bali. Kampung Bintang, Kampung apa lagi entah namanya.
but sangat fun.


abah dan mieya.
ada yang tanya mieya ni siapa ya?
dia cucu kandung abah.
jangan ditanya lagi :)


itu pengantinnya.
masa pengantin lelaki tiba aku terus kata kat ibu
"ibu, pengantin lelaki macam muka Ebby Yus pelawak tu la"
rupa-rupanya memang ramai yang perasan.
pengantin lelaki tu pun satu tempat kerja dengan ibu.
alololo sweet jumpa jodoh di tempat kerja.
baju hijau tu?
kau akan jumpa banyak lagi pic dia kejap lagi.
gambar dia banyak dalam henfon aku.
aku perhati je perangai dia.


ibu dan abah sambil makan borak pasal hal-hal tempat kerja.
itulah kelebihan suami isteri satu tempat kerja.
sebab kenal dengan orang yang sama. 
lepas tu bila jalan mana-mana terserempak dengan kengkawan macam tak jumpa 18 tahun dia punya lama borak sampai kematu kaki aku menunggu.
abah la ni. biasaaaa dia ya!






aksi Mieya kesayangan.
kau tu budak kampung je mieya.
kat rumah wan teh pun ada ayam.
tapi kat sini juga lah kau nak kejar ayam tu. saja je nak bagi makcik-makcik kau hilang ayu hari tu.
nak kejar dia kemain laju berlari.
lepas tu jadi diva hari tu bila photog tu asyiklah ambil pic dia.
banyak pulak tu.
cer la ambil pic aku ada jugak pekdahnya.



aku : kau pergi ambil pic pengantin tengah makan
farah : kenapa aku pula?
aku : sebab kau muka tak tau malu.
farah : *muka bengang*


see.
cantikkan?
dikelilingi pokok kelapa.
tenang je rasanya.


fokus pada pic lelaki pakai baju hitam belah kanan.
siapa dia?
malas aku nak cerita.
tapi dia crush farah. eh tercerita pula.


gila dapat bergambar dengan kereta pun menjadi.


abah saya yang masih sihat. walau dah 62 tahun
Alhamdulillah.
semoga abah sentiasa sihat. 


gila kali kedua.


kami. 


gila kali ketiga


gila kali keempat.


cun kali pertama.

ni semua sebab tunggu abah dan ibu berborak lama tepi jalan sebab jumpa member lama.

  
cun kali kedua
ada kawan ibu tegur 
"dah dahlah tu bergambar dengan pokok getah tu" hahaha.
saya memang camni makcik.
saya pun tak faham mengapa saya macam ni.
eii baju batik sutera ni buat aku lagi gemuk kot. ceiii padahal.
tu dalam cubaan nak jadi penoreh getah.
sedih je aku bila abah pernah cakap
"tu abah tanam pokok getah untuk anak-anak abah bila abah dah takde nanti'
sobsss.

getah kan dapat hasil sepanjang tahun.
kau menoreh kau dapatlah duit.
lepas tu harga getah kadang-kadang naik mencanak.
yelah abah rajin sangat tanam getah tanam pisang.
kami tak pernah menolong.
tolong nyibuk adalah.
tapi abah tak pernah kata penat ke apa ke bila dia buat semua tu.
lepas tu durian pun dia ada tanam kat tanah dia.
dia kata untuk generasi anak-anak kami.
sedih sangat hati aku bila abah kata gitu.
terasa macam cepat sangat masa berlalu.



tiga kesayanganku.
selagi ada hayat aku, berdenyut jantungku aku takkan lupa mereka.
dan aku tau adik-adik aku pun macam tu.

balik tu pujuk abah singgah mekdi.
abah ni payah tau nak ajak singgah memana kalau dia dah penat.
tetiba hari tu dia terajin pula.
kalau tak jangan harap la kau nak singgah memang terus balik rumah.
sebab dia penat yelah drive kan. kita yang duduk sesaja dalam kereta ni memang tak rasa penat.

singgah Star Mall.
yelah, at least aku dah boleh kata aku dah pergi star mall. hahaha.
buka pada awal tahun ni kot terletak di Mentakab.
so tak payahlah lagi orang karak mentakab temerloh nak ke KL kalau nak tengok wayang.
kat sini pun ada tau *muka berlagak*


tapi wa cakap sama lu itu bangunan ada retak retak.
kesengalan apakah ini baru siap dah ada tampal-tampal sebab retak?
ni kontraktor mana punya projek ni? wah.


aku tak faham apa yang Mieya cuba sampaikan melalui ekspresi wajah itu.


abah perhati je perangai Mieya.


kami bukan buruk lantak ok.
ni dah pukul 4 lebih. 
makan kenduri pukul 12.30.
hahah perlu ke explain supaya orang tak fikir kau buruk lantak eh reena.
tak, cerita dia macam ni. hahah aku dan family aku memang jenis kat rumah kenduri memang makan sikit.
tak tau kenapa. bukan sebab tak sedap ke apa ke.
tapi entah.
so memang by the time sampai rumah memang akan lapar lagi T_____T


ibu dengan ais krimnya.
aku ni mungkin garang sikit kot. kalau ibu nak makan ais krim aku akan berleter sebab yelah nanti sakit dada.
tapi ibu memang jaaaaarang makan ais krim.
tapi dalam pada garang dan suka berleter kat ibu dan abah, aku belikanlah juga.
bukan selalu ibu makan ais krim.
tapi yang bukan selalu tu lah yang akan buat dia tak sehat. 
lepas tu bila aku berleter, dia akan kata "yelah" bunyi macam merajuk.
tapi dia tau aku lemah dengan bunyi "yelah" dia tu. so aku belikan lah.


aku makan McChicken je.
aku rasa ini je yang boleh masuk tekak aku.
aku langsung tak boleh masuk berger daging daging ni.
rasa tersekat kat tekak.


"nasib kau cucu aku kalau tak aku sekeh sekeh budak ni" ok tipu lah dialog abah cenggitu.




petang tu pulak ke rumah makteh sebab nak makan jagung hasil dari kebun pakcu aku.




jagung makan puas sebab banyak.
pakcu aku ada rule.
kau dah bukak kau kena makan tak kiralah isi dia banyak ke tak.
so aku pilih lah yang aku rasa ok.
sekali bila bukak, tak cantik.
nak letak dah tak boleh so makan je lah T_____T
rule yang sangat kejam!
huhuhuhu.

OKBYE

No comments: