Sep 28, 2012

Kerana lepak dan kursus

pagi ni datang kerja dengan kepala sakit yang teramat sangat.
terus fikir ada kanser otakkah aku ini. melampau.
sakit sikit terus nak kanser otak. 

then tadi telan 2 biji panadol aktifas.
tak hilang juga.
pesan kat kak nora beli extend. baru kurang sikit.
aku syak sebab malam tadi aku melepak berembun sampai pukul 12 malam.
ni semua salah kak dhiya. hehehe.
ajak aku melepak lelama macam ni.
lepak pulak dengan abang-abang opis. panjanglah ceritanya kan.
dari aku tak tahu apa-apa terus jadi tau. wahhh gitewww.


ni air aku coklat ais blended. rasa dia bolehlah. so so jelah.
aku sebenarnya mengidam nasi putih dengan telur dadar.
aku dah siap bagitau sha yang aku nak makan telur dadar.
tapi bila sampai kedai makan, lain pula jadinya.



simple je.
roti john share berenam. hahaha gila jimat.
then fries 2 pinggan.
selebihnya jual airliur.




me and sha.
kau tengok muka sha. flawless kan?
dia pakai sama produk dengan aku.
aku syak kalau aku tak kena airpanas tu aku lagi flawless dari dia la. heh!
tapi ni edit sikit sebab kalau kau tengok muka kami yang tak edit malam tadi nescaya, mimpi ngerilah korang.
hehehe sebab very oily.
yelah lepak foodcourt kan.
apa nak expect dengan masakannya, orang ramainya.
haih, entah bilalah nak ngedate kat hotel ni. muahahaha.

ada sedikit pic dari kursus semalam.
sebenarnya ok je jadi urusetia ni.
cuma tu la. bosan sikit lah.
yang bestnya part makan free je.



amboi ceria muka kak lin bila time makan ye.
aku bagi peserta makan dulu.
aku yang urusetia ni makan last pun takpe.
sebab in case makanan tak cukup, parah oh.
so takpe. korang makan dulu, satgi aku melantak pulak.
huhuhu



sesi penyampaian sijil oleh Vision Karisma, syarikat yang menganjurkan kursus ni.
aku duka Executive dia, Cik Ju.
comel sangat.
pakai braces.
aku sukalah tengok perempuan pakai braces.
sebab nampak cute sangatttttt

aku duduk luar masa kursus berjalan.
kau tengoklah kiri kanan depan belakang sunyi kan?
cuak juga sebenarnya tapi takpe ada akak-akak cleaner asyiklah memekak cerita pasal pakwe.
ada yang pakwe curanglah. ada pakwe yang takde duit lah, kaki kikis lah.
haishhh. ini kerja korang eh.
tapi aku faham, masa untuk berehat sebentar kan.
lepas tu abang opis yang otai  kejap kejap keluar mengacau ketenteraman aku.
dia nak pi beli air, aku pow air milo setin.
huhuhu.

dan acara wajib aku















hahahaha marahlah tu.

eh dahlah.
aku nak turun bawah cari nasi aku lapar.
nak cari telur dadar.
bubye.

No comments: