Oct 2, 2012

Kerana hidup ini adalah pencarian

Don't rush things.
if something bound to happen, it will happen.
in the right time, with the right person and for the best reason.

faham?
meh nak terangkan.
betullah tu kata ayat di atas tu.
hidup ni jangan tergesa-gesa sebab nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
bila Allah kata "kun fayakun", maka terjadilah ia walau kau cuba elak sejuta kilometer pun.
tapi bila Allah kata, ini takkan terjadi, walau kau cuba mengejar lari pecut mengalahkan Usain Bolt maka kau takkan dapat.
bila ianya akan berlaku, ia akan berlaku dengan perkara yang terbaik untuk kau.
pada waktu yang baik untuk kau.
pada alasan yang terbaik juga untuk kau.
dan dengan dia yang terbaik untuk kau.
sebab kau istimewa.
aku tau kau istimewa.

dan ya.
hidup ini merupakan sebuah pencarian.
mencari apa yang yang terbaik untuk diri kita sendiri.
mungkin di dalam pencarian itu kita akan kecewa dan terluka.
atau mungkin saja kita bahagia.
tapi tidak mengapa.
kita manusia tidak sempurna.

Worry less, smile more, accept criticism, take responsibility, listen & love, don't hate, embrace change, and feel good anyway.



1 comment:

Encik Suami said...

Better kite dahulukan apa yg lebih penting.tue jln yg terbaik la kot.

jemput terjah new entry

http://enciksuami.blogspot.com/2012/10/tahniah-utk-anak-ayah.html