Oct 3, 2012

Kerana coklat yang sentiasa yummeh

aku adalah penggemar coklat.
tapi tak semua coklat aku belasah wey.
aku cuma makan kalau yang Cadbury hanya Milk saja.
then aku hanya makan dark coklat/bitter coklat.
aku suka coklat pahit/hitam sebab itu saja yang kena dengan tekak aku.
yang aku suka adalah Dove, Tudor dan Camior.
camior adalah legend di hati aku.
susah nak jumpa coklat ni.
dulu ada juga kat 7e sekarang ni macam takde je.
lepas tu adalah juga dulu kat stesen minyak BHP tapi sekarang takde juga.
yang ada cuma di Famos Amos. tapi itupun payah nak jumpa yang perasa dark/bitter.
hoi. payah sangat selera gini.
dulu bila merajuk je si dia akan belikan aku coklat. selalunya Mars lah.
lepas tu lepas tu lemak pun bertambah.
dulu lah. dulu punya cerita :p

antara kelebihan dark coklat


  • Mengandung flavonoid yang disebut procyanidin dan epicatechin. Flavonoid merupakan sebahagian dari kelompok antioksidan yang dikenali sebagai polifenol yang turut terdapat teh, anggur merah, serta berbagai buah dan sayuran. Ia bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan melindungi tubuh dari penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Mengurangkan risiko pembekuan darah.
  • Meningkatkan aliran darah dalam arteri.
  • Menurunkan tekanan darah yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa sepotong kecil coklat hitam setiap hari dapat mengurangi tekanan darah kepada pesakit darah tinggi.Menurunkan oksidasi LDL (kolesterol jahat). Coklat hitam dapat menurunkan LDL sampai 10%.
  • Dapat meningkatkan mood dan kesenangan dengan merembeskan kadar serotonin, yang memberikan perasaan senang. Ia jugak bertindak sebagai anti depresi.
  • Coklat mengandung banyak nutrisi. Coklat juga merupakan sumber tembaga yang baik. Coklat dengan almond atau kacang tanah akan meningkatkan nilai gizinya, terutama protein.
  • Coklat hitam dapat membantu penyembuhan cirit birit menurut laporan Children’s Hospital & Research Center Oakland tahun 2005. Dalam kajian yang dilakukan,para pengkaji telah menemui bahan kimia dalam biji koko yang dapat mengurangi perkembangan cairan yang menyebabkan cirit birit.
so senang hati tak nak makan coklat hitam?
senang hati kan?
tapi memang betul pun bila aku moody esp bila period memang makan coklat membantu.
kau takkan mahu berada di sisi aku bila aku period. muahahaha.
so coklat sentiasa berjaya membuat aku tersenyum *muka bahagia*

bos baru aku yang aku panggil Puan sangat sporting.
yang lama bukan tak sporting tapi yang lama agak berusia so ada gap.
Puan yang baru ni beza 5,6 tahun tua je dari aku.
so mesra tu lain macam.
Puan ni la bezikir kat telinga aku dan Nora untuk ke kilang Beryl's di Seri Kembangan.
hmmm aku lah yang teruja sebab Beryl's ni pengeluar coklat Camior.
siapa yang suka?
aku.
siapa yang bersemangat?
aku.

so tadi pergilah kami.


taraaa inilah kilangnya.
tapi di luar kilang ada buka kedai untuk sesiapa yang nak beli.




murahkan?
nanti sesiapa nak kawen bolehlah guna coklat ni untuk letak dalam goodie bag.




aku : Puan, birthday reena nanti reena taknak apa-apa reena cuma nak botol pink hello kitty tu je *belah kanan*

puan : hahaha. birthday saya lagi 2 minggu patut awak bagi saya.

ok motipnya sekarang siapa nak bagi aku mendalah pink tu?
ala harga dia tak sampai RM20 pun kahhhhh




inilah puan saya.






Puan kata, baguslah tu lahir tahun lembu ambil pic kat lembu 









yang ni aku tak tau apa benda.



eii rasa nak tampar je replika ni menakutkan je muka dia.
biasa dia tu! *lempang manja*



inilah kilangnya.
terletak di Seri Kembangan jalan nak masuk UPM.

so marilah kita reramai ke kilang Beryl's untuk beli coklat.

kbye

4 comments:

diana aziz said...

tak beli pon kat sy! majuk... hahaha... *mcm la awk nk pujuk kan?

Reena Kamarudin said...

alololo janganlah majuk. nanti kite pi sana sama2 kay :)

Unknown said...

kt klcc ni belambak mak ngah..tp opkos la mahal kan..walhal bu bpe hengget je kt luar..dulu kt central market pn ad jual..tp skrg xtau la kn..da lama x g sana

Reena Kamarudin said...

huhu nak ke klcc tu la yang bercinta mummy yaya oiii