Oct 16, 2012

Kerana cikgu macam Usop Wilcha dan Kamal Adli oh so sweet

pagi tadi aku jaga kaunter. then ada cikgu call.
ikoti perbualan aku bersama cikgu tersebut *amacam boleh buat dialog cerpen tak*

aku : selamat pagi. SPP.
cikgu : selamat pagi. saya cikgu dari bla bla bla saya nak tanya mengenai surat panggilan temuduga.
aku : ya encik.
cikgu : macam ni, kawan awok dah dapat surat tu. makanya awok ni belum dapat lagi. awok ni hati dah tak tenang. dah 3 hari cuti duk menung sana menung sini. cer cik tolong kabor sikit bila awok boleh dapat?
aku : *tergelak. serius aku tergelak sebab mula-mula aku pelik kenapa dia cakap awok awok ni dia tuju kat aku ke awok awok ni. lepas tu aku baru teringat Usop Wilcha. sejibik*
cikgu : cik gelak ke awok ke?
aku : eh tak encik. tak. *tahan gelak* kejap ya encik, saya sambungkan ke bahagian bla bla bla
cikgu : ha, cer lekas.

aku tak tau la memang stail bercakap dia macam tu atau dia saja nak usik aku.
huhuhu. cikgu, you made my day la :)

ok.
sebenarnya aku ni jaaaaarangggg sangat tengok tv.
kalau astro pun aku banyak layan AXN dengan Hallmark (sekarang DIVA).
so drama bersiri melayu memang jaaarang aku layan bukan bajet bagus tapi entah, aku kureng sikit.
apatah lagi Indon ataupun Telenovela sebab aku tak suka menunggu episod seterusnya.
filem melayu?
aku layan juga la filem yang aku rasa best. sekarang dah banyak filem melayu yang best.
so hero tiptop dalam hati aku tentulah Remy Ishak. kedua Adiputra.
kalau dua lelaki ni memang aku sukaaaaa sangat2.
entah kenapa lately aku sukaaaa sangat dengan Kamal Adli after tengok satu drama dia kat tv9.
lepas tu after dia ditemuramah oleh wartawan Galaksi aku rasa dia kelakar.
pada aku he is such a sweet guy.

so bila Kak Shima ajak aku ikot dia ke majlis pratonton filem Kamal Adli aku tak fikir panjang.
sebab aku nak sangat tengok dia face to face.
balik je kerja aku terus zassss balik rumah untuk bersiap.
memang tergesa sangat.
tapi kerana kamal, aku sanggup muahahahapoyo.
dalam kereta aku tanya Kak Shima apa tajuk filem tu huhuhu.
Kak Shima ada bagitau tapi aku lupa.
tajuknya Pe3.
antara pelakonnya adalah farid kamil.
ok aku tak minat farid so takdelah eksaited pun.








farid kamil sampai dulu.
aku tenguk semua pun kerumun dia tapi aku relaks je duduk.
sebab aku tak minat so malas.
takpe bagi peluang untuk yang minat.
aku tunggu hero aku sampai wakakaka.
kau tengok wartawan melodi tu kemain terjah farid.
masa ni juga farid umumkan dia akan bernikah dengan Diana pada 3 november.
well farid ni boleh tahan hensem juga la. takdelah tinggi sangat kot.
huhuhu.




then Diana pun sampai.
aku sempat tengok Diana buat isyarat mata dengan Farid macam nak bagitau dia dah ada kat situ.
huhuhu macam kiah propa tak aku?


ni budak melodi ni. asyik terjah orang je. menyampah.
hahah tetiba menyampah.
yelah bila lelaki buat gosip-gosip ni macam hey u're not man enough hokay.
joyah sangat kau ni. tapi lupa nama dia.
aku cuma ingat yang Zuan tu je. ada gak semalam tapi tak ambil pic dia.



dua pelakon ni aku tak sempat gugel namanya.
tapi aku kenal la kan. cuma tak tau nama T___T


then kamal adli sampai.
terus aku suruh Kak Shima ambil pic banyak-banyak heheheh.







dia cute ok.
dalam tv dia tak cute sangat tapi kat luar cute sangat. hahahaha 

and lastly




aku : kamal *ewah macam sedara belah emak ko je*, nak ambil pic.
kamal : ok ok boleh
klik klik
kamal : ok? dapat dah?
aku : dah. thanks ya.

muahahha sememeh muka tudung semua sebab tergesa-gesa bersiap tapi takpe tak kesah bukan aku nak ngorat kamal pun. kalau aku ngorat macam dia nak. huhuhu

pe3?
oklah. 2/5 aku bagi.
pergilah tengok.

kbye.

p/s : hahahah entri macam bengong sebab malas.

1 comment:

uncle gedek said...

Gambar last tu.... Eceh ceh ceh...!