Sep 4, 2012

Kerana Raya 2012


corat coret raya 2012

1. raya tahun ni raya yang menyeronokkan dan tiada perkara yang teruk berlaku. 2009 arwah abang pergi masa 14 Ramadhan so raya tahun tu memang sangat ala kadar. 2010 something bad happen. 2011 putus cinta so raya macam tak raya muahahahaha gedik yelah, takde raya dengan tersayang dah. 2012, still single but then, happy sebab ada keluarga yang sangat menyayangi aku. 

2. kena tipu pasal kuih raya. takpelah, biar Allah saja yang balas. ikotkan hati aku, aku nak je bersemuka dengan orang tu tapi makteh kata tak payah, biarkan saja, fine, kita ikot kata orang tua.

3. pagi raya bangun dengan sangat bersemangat. raya pertama beraya di seluruh rumah family. tapi dapat kawal lagi nafsu makan. aku memang bukan penggemar lemang ke, rendang ke, nasi impit ke, ketupat ke. aku pun tak tau raya aku suka makan apa. kuih raya favret aku kuih batang buruk tapi too bad, tahun ni tak beli. aku rasa, bila bab makan di hari raya, macam hari biasa. aku lagi suka nasi dengan ikan sardin takpun telur mata. 

4. raya pertama ke kubur arwah abang. ibu nangis bila "berborak" dengan abang. biasalah, hati seorang ibu kan? aku pun sempat berborak dengan dia. 

5. selebihnya duduk rumah pada raya pertama. ohya petang abah ajak cari kedai mamak sebab nak pekena teh panas. sebenarnya aku pun boleh buatkan tapi dah dia kata nak juga ke kedai mamak, so mamak lah kita.
cari punya cari sampai bentong manalah ada mamak buka raya pertama, kan? 

6. raya kedua relaks tunggu orang datang beraya. adik dan abah ke kubur, rutin harian penduduk kampung. bila abah dah balik, ke rumah mak angkat aku kat kampung lengkong, karak. mak angkat ni masa aku dan adik aku farah sertai kem program belia. aku dan farah dapat mak angkat yang sama sebab aku suruh abah kawtim dengan kawan dia yang juga AJK kampung tu sebab aku taknak duduk asing dengan farah. nak dijadikan cerita, anak mak angkat aku ni lelaki, kawan baik kami. so merasalah kami dibuli oleh dia setiap masa. kena kunci dari dalam bilik la, kena masak la. pfttt. tahun 2007 dan sampai sekarang aku masih contact dengan mak aku tu. ekceli aku ada sorang lagi family angkat dari kampung yang sama, pun dari program yang sama masa tahun 2003. mak ayah angkat aku tu ketua kampung tu. tapi sebab aku penyegan kan, so memang tak ke rumah dia. jahat kan aku? entahlah, penyegan sangat aku ni. ikotkan, aku segan juga dengan mak angkat yang 2007 tu tapi sebab ada farah, so aku jadi tak segan sangat. entah kenapa lah aku ni pemalu sangat macam takde hidung :p




aku je yang tak ikot tema. purple atau pink peach. mencik. 

mieya yang rimas
3 angels in my heart. 

takde mamak, lepak kaki lima pun jadilah, mieya.

me and lil sis, syera
me and lil sis, farah

muka penat beraya ke raub rumah pakcik. aku tak suka jalan-jalan. panas dan penat!
hehehe. ringkas je raya aku.
gambar banyak tapi malas nak upload. mostly pic kat rumah tak pakai proper.
so takkan nak upload kan.

till then, bubye

No comments: