Sep 12, 2012

Kerana baru saja mohon tapi hati dah sebak :)

lately aku rasa sangat tak bersemangat.
setelah dengan apa yang terjadi kepada keluarga aku dua tiga hari ni.
tapi kehidupan harus diteruskan. and aku sebagai anak sulung harus kuat dan tabah.
kalau tak kuat pun, buat-buatlah kuat ye tak.
nak nangis ke apa ke, nangis sensorang.
tak mau tunjuk depan ibu abah.

ini dugaan.
ini yang harus kami terima.
Alhamdulillah, ibu dan abah sedikit tenang kini.
kalau tak, aku yang susah hati nak tinggalkan mereka.
ibu minta aku tukar ke pahang.
dia kata kalau aku ada depan mata dia, hati dia lagi senang.
maka, baiklah. aku rela berkorban.
maka tadi aku telah isi borang permohonan bertukar ke pahang.
mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusanku.

belum lagi hantar, baru isi borang, hati aku dah sebak.
sesungguhnya, Putrajaya menjadi saksi segala perubahan hidup aku.
di sini aku belajar berdikari.
di sini aku kenal segala jenis dugaan dan rintangan.
menangkis segala kesedihan.
mengumpul segala keindahan.
di sini mengenali kawan-kawan yang sangat seronok untuk didampingi.
ada yang sentiasa di sisi tika susah dan senang.
di sini cinta aku pergi :)
dan di sini aku belajar erti, tanpa dia, aku tidak mati.

pilihan aku adalah Temerloh.
itu pilihan pertama aku.
sebab aku suka bandar temerloh.
aku suka tempat-tempat yang hala ke kuantan macam lanchang, temerloh, mentakab dan jerantut.
pada aku ianya tempat kenangan :)
dan dari kecil pun aku memang suka tempat-tempat ni semua.
pilihan kedua, Bentong.
itu saja yang aku ada. pilihan tak banyak.
aku pilih tempat yang boleh aku berulang dari rumah.
berapa lama baru dapat jawapan pertukaran tu aku tak sure lah.
mungkin lambat kot baru diluluskan.
minta-minta cepatlah kan.

oklah itu saja buat masa ini.
terlalu banyak untuk aku ceritakan tapi nanti dulu lah ye.
till then, bubye and take care sayangs.




duckface? suka hati aii lah :p


3 comments:

faizal mohd said...

pandai buat duckface. ajarkan? hehe :)

awat pindah? *okeh tak patut nyebuk hal orang. :D

Reena Kamarudin said...

faizal mohd :

hahaha no duckface no no ok. pindah sebab perlukan perubahan ecewah.

Kakcik Seroja said...

Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya. Amin. :)