Sep 3, 2012

Kerana inilah pengalaman tak seberapa saya :)

holaaaa. hari ni first day kerja selepas bercuti dan dicutikan. hehehe.
muka dah ok cuma meninggalkan parut hitam. tak sukeeee.
asyik pandang cermin je belek belek muka.
yela, sebelum ni pun muka bukan flawless pun tapi puas hati la juga kan.
setakat parot jerawat secoet tu tak kesah pun.
ni parut hitam-hitam banyak pulak tu terus rasa down.
then malam tadi tengok berita tv9 pasal seorang makcik kat lanchang, pahang *20min dari karak*
yang ada sakit kulit menggelupas teruk sangat, menderita selama 30 tahun.
terus menitis airmata.
ya Allah, sedihnya. aku ni ha baru kena air panas sikit *sikit ke?* dah meraung satu rumah.
terus insaf terus letak cermin ke tepi tapi dalam 10 minit je lah insafnya then tengok cermin lagi.

so pagi tadi semangat gila kot datang kerja sampai opis 6.45 pagi. muahahaha.
dari pagi sampai sekarang soalan yang aku dengar adalah "reena dah ok dah?"
semua yang jumpa tanya. mana yang tau je lah. so kita ni tersipu-sipu je lah menjawabnya. huhuhu.
terharu dengan concern itu :)
paling terkejut, my big boss pun tau *encik M*.
tanjat gegel tau bila dia datang kat aku dan tanya T____T
ni baru cara kena air panas kat pipi. kalau satu badan, oh taknak cakap sebab taknak kena lagi.

lepas tu kakak-kakak opis pun kata yang parut aku akan hilang lah, tak nampak sangat lah, jangan risau lah, yeeehaaa sukanya hati barulah tak down lagi.
lepas ni memang akan double hati-hati bila pegang air panas.

ohya. ni nak cerita hari kejadian.
aku nak buat susu mieya anak sedara kesayangan.
macamana ianya tertuang kat pipi tembam aku ni, aku pun tak tahu. tiba-tiba. dalam sekelip mata.
ok masa dah kena pipi tu first yang aku buat adalah panggil ibu. ibuuu ibuuu aku panggil.
pedih kot.
lepas tu aku pi cucur pipi aku dengan air sinki.
ibu pun datang. adik-adik semua datang.

ibu : kenapa ni? kenapa?? *suara cemas*
aku : *sambil nangis* kakngah kena air panas
ibu : ya Allah, cepat jirus dengan air lama-lama. macamana boleh terjadi ya Allah.
aku : ibu, sakit buu *nangis lagi*
ibu : ye ibu tau. jirus lagi muka tu.
aku : ibu, nanti muka kakngah cacat *sambil nangis lagi*
ibu : jangan nak ngada-ngada. pergi klinik cepat.

sangat drama ok. sangat drama queen.
muahahahaha. aku kan tak boleh sakit sikit. serius, aku memang tak tahan sakit.
badan je besar tapi kena cubit sikit pun dah macam kena tikam.
ok sambung semula.
lepas dah setel jirus muka, kena pergi klinik.
kau tau, masa ni nak tunggu abah siap mandi macam nak tunggu pengantin siap.
sebenarnya cepat je dia siap tapi bila dah tak tahan sakit, jadi lama.
sementara tunggu abah tu aku duk temenung dalam bilik sambil menangis.
hahahaha. poyo.

sampai je klinik aku dan farah terus ke kaunter. cik kaunter tanya kenapa, farah tolong jawabkan.
terus dia suruh aku ke bilik kecemasan.
sampai je bilik kecemasan ada nurse. so dengan pantas nurse tu suruh aku baring.
dia lalukan muka aku dengan air garam. ala air yang masuk dalam badan kita tu kalau kita demam.
air tu katanya untuk matikan kuman dengan sejukkan muka.
bestnya masa dia lalukan air tu ke muka. sejuk je. lega je rasa.
lepas tu dia kata "dada awak pun kena, awak tak perasan eh?"
aku : ehyeke? tak perasan sebab saya lebih fokuskan kat muka

basah lencun baju aku.
lepas tu dia kata nak cucuk vontot aku.
aku relaks je sebab aku tak takut kena cucuk. yang aku takut ambil darah je.
tak rasa apa-apa pun. aku siap tanya farah, dah siap ke dia cucuk?
farah kata sebab banyak lemak memang tak rasa. yelah kot.
so dua tiga hari lepas baru terasa sakit tempat kena cucuk tu.
nak duduk tak selesa. sakit sengal semua ada.
adik-adik aku kata sebab dos cucuk tu tak sampai lagi sebab dia sesat banyak lemak kat vontot.
so dia baru sampai destinasi tu yang aku baru rasa sakit tu. kuajorrrrr.

lama juga lah aku kat klinik.
doktor bagitau itu begini aku dengarkan je.
sebab dalam hati rasa nak balik dan tidur.

bila dah ok ni, boleh je gelak-gelak dah jadikan ia satu perkara lawak.
cer time tu kau gelak kan aku, memang aku sentap lah.

ohya, aku rasalah kan, salah satu penyebab aku sembuh cepat sebab satu produk ni.
aku rasalah.
sebab memang nampak bila aku pakai, terus jadi kering tempat melecur tu.
apa dia??
nanti aku bagitau kay.
aku nak upload pic aku masa kena air panas tu tapi aku malu.
tengoklah bila dah hilang maluku, aku buat entry tu.

bubye.

p/s : baca ENTRI ADIK AKU KLIK SINI pasal aku mencuri cili kat rumah angkot bawa balik putrajaya. woii bukan aku tak mampu tapi sebab cili kedai mamak tu tak pedas hijau hijau besar.

No comments: