Sep 25, 2012

Kerana kenangan semalam

semalam.
jumpa dia.
ada hal yang perlu dibincangkan. 
then masa nak isi minyak kereta.
dia keluar dompet.
dia hulurkan duit merah.
"ini duit RM10"

aku jawab
"RM10 je bagi saya? mana cukup"
ewah demand.

"bukan bagi kamu. tapi ingat tak ni duit RM10 yang terkoyak tu lepas tu kita koyakkan terus jadi dua then kita berdua tulis nama kita atas duit tu? inilah duitnya. dah 5 tahun kita simpan"
dia, dengan nada bangga.

"ohhhh" aku jawab.

dia lagi "yang kamu punya mana? nak tengok"

aku selamba.
"yang saya dah koyak the day masa kita berpisah. saya koyak jadi kecik-kecik. padan muka ia"

dia
"kamu memang. tak hargai"

aku
"boleh blah"

adakah lelaki ini lagi menghargai setiap detik kami pernah bersama-sama atau dia tak pernah tukar wallet dia selama ini?
aku syak, dia tak pernah tukar wallet dia. tengok fizikal wallet pun dah tau. ada hati mengaku masih menghargai.
heh!

sekarang kami bukan lagi kekasih.
tapi kami adalah biznes partner.
ceh. 
biznes tak start lagi.
ada hati.

kbyeee.

No comments: