Sep 21, 2012

Kerana borak kosong saja dan we are never ever getting back together

selamat petang semua.
ewah ucap selamat segala.

tadi aku asyiklah ulang Video Shila Amzah nyanyi kat pertandingan Asian Wave 2012. sebab entah. rasa sedap sangat dia nyanyi. lepas tu sebab dia cantik sangat pakai tudung. lepas tu sebab dia menang. lepas tu sebab dia pandai nyanyi lagu cina. lepas tu kalau orang lempang kau, reena, jangan kau tanya kenapa. masa tu baru kau tau erti penyesalan. heh.

dulu aku tak minat dia. sebab dia tak minat aku. ok tak kelaka sangatttt. ok dulu aku tak suka dia sebab rasa dia poyo sangat dengan pakwe dia yang saiko dalam drama Bukan Bidadari. eiii serius aku takut dengan watak dia dalam drama tu. kaki pukul kaki jerit. sangat saiko. i iz sooo dont like. eh ni nak cerita pasal Shila ke pasal pakwe dia. 

kawan aku, Ira, la cerita pasal Ira pulak. memang sah krisis identiti. ok, kawan aku, Ira tu pun sama dengan aku je asyiklah duk ulang video Shila tu. best sangat kot. time dia peluk bapak dia masa dia dah menang tu, aku rasa macam mata aku masuk habuk tau. huhuhu. aku kan tak boleh tengok moments yang tacing macam tu nanti mesti nangis. tapi aku adalah sangat jaaaaaaaaaaaaarangggg amboi banyaknya huruf nak membuktikan yang aku memang jarang menangis bila tengok movie yang sedih ni. orang kata Ombak Rindu sedih? aku takde perasaan tengok. tapi cer kalau tengok Bersamamu, memang aku akan sok sek sok sek.
sebab itu realiti. filem tak real.

ok sebenarnya apa aku nak cerita ni? dari Shila lepas tu pakwe Shila lepas tu Ira bawa pula nangis-nangis ni semua apa sebenarnya aku nak buktikan dalam entri ni?

sebenarnya aku nak borak kosong je. nak jumpa korang entah bila boleh jumpa. kalau jumpa mesti best dapat borak-borak kan?

hari tu kan aku cakap aku mintak tukar balik Pahang kan? well, first step is done. walaupun semalam masa Kak Nora hantar fail aku kat bigboss hati aku ada debar-debar juga itu macam ada rama-rama dalam perut juga, adik manis. but then pagi tadi, PA dia letak fail aku atas meja Kak Nora then Kak Nora kata bos dah approve. then terus aku apply JPA. semoga pihak JPA cepat-cepatlah alert dengan permohonan aku tu ye. jangan lengah-lengahkan tau.

hmmm. tak sabarnya nak balik duduk Karak. bangun pagi mesti ibu kejutkan walaupun sebenarnya aku dah bangun dulu. balik kerja mesti seronok sebab tau, ada orang di rumah yang aku sayangi ecewah. berangan je aku ni. entah tahun depan baru dapat tukar. takpelah, janji dapat kan.

cuma yang aku takut persekitaran tempat baru. kawan-kawan baru. aku kan macam pendiam sikit. aku harus cipta imej sopan dan lemah lembut di tempat baru muahahaha supaya orang fikir wah sopannya Reena tu padahal. huhuhuhu.

tempat baru. suasana baru. kawan baru. hmmm aku sangat fobia dengan perkataan baru ni. sedangkan tidur tempat baru pun aku payah nak pejam mata. tapi takpe. tak cuba tak tau kan.

mudah-mudahan segala urusan aku berjalan dengan lancar. Aamiin.

ohya, malam tadi kan masa nak tidur, ada serangga masuk dalam telinga aku dan sekarang aku rasa macam telinga aku pekak sebelah lah. sangat durjana serangga tu takde tempat lain dia nak landing eh.

apa lagi eh. ohya. bila kita dah bahagia dengan apa yang kita miliki, masa tu lah orang yang pernah lukakan hati kita tu nak kat kita semula kan. senang je kau nyanyi lagi Taylor Swift

"We are never ever ever getting back together
You go talk to your friends, talk to my friends, talk to me
But we are never ever ever ever getting back together"



kbye

No comments: