Sep 18, 2012

Kerana ayat jiwang jatuh cinta dan Ustaz Don duduk di flat hijau?


Aku bukan lemah tanpa cinta 
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita


Dia hadir mengubatkan rindu 
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka


Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta


Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi


Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta


amboi. kemain lagu Deja vu shila amzah ye.
suka lagu ini sekarang.
yela, sekarang ini aku kan suka update status kat FB ayat-ayat jiwang.
adalah suara nakal awwww nakal katanya mengatakan aku sedang dilamun cinta.
eh kalau tak bercinta pun aku memang jiwang tau.
kalau bercinta lagi double jiwang.
tapi takde maknanya aku nak jiwang segala.
kadang-kadang aku online sambil dengar lagu.
sambil baca newsfeed, aku dengar lagu.
itu yang terkadang, lirik lagu jadi status aku.
ceaaa denial.

aku baru perasan perangai hodoh aku.
bila jumpa dia yang pernah bertakhta di hati ini puiii hahaha.
perangai aku jadi macam badut.
macam tak tentu arah lepas itu macam menyampah pun ada.
semalam pagi aku jumpa Roy bukan nama sebenar.
terus otomatik aku jadi minah gelabah tak tau nak buat ekspresi muka macamana.
padahal jumpa sebab hal penting dan tak sampai 10 minit pun.
aku drive kereta pakcik aku.
kereta saga kuning enjin dah macam turbo tak menjadi, macam kereta apa dah.
memang nampak sporty la kan. kereta tu jelah. bukan aku.

then aku berhenti jauh dari dia.
aku nampak dah dia pandang aku.
lama.
aku malaslah nak turun.
aku nak dia datang kat aku.
tak kosser aku nak tayang muka depan orang.
masa dia berdiri sebelah aku, jantung aku berdegup laju.
terus sistem dalam badan jadi tunggang terbalik.
sistem respirasi pun hancur.
kalau masa bercinta, semua muka hodoh, perangai hodoh aku pernah buat depan dia.
takde maknanya aku nak kontrol.
tapi bila dah takde apa-apa ini, kenapakah aku berperangai yang tak boleh diterima akal ini?

dia : ingat penyangak mana tadi sebab kemain pandang macam nak makan orang.
aku : kuajorrrrr

then diam.
dia hulur barang then aku terus pergi.

sangat sesuatu perangaiku ini. aku perhati je dari dulu.
tak payah exboyfriend la.
dengan crush dulu-dulu pun aku memang gini.
padahal takde menda pun.
crush aku pun tak tau pun aku suka dia.
tapi bila terserempak, aku jadi terencat akal.
jantung laju semacam. dah tu nak buat ekspresi muka macamana pun aku tak tau.
hell sangat.

khamis lepas balik kerja.
adalah seorang brader ni aku duk usha sebelum ini.
taklah usha nak mengorat ke apa ke.
tapi sebab suka tengok muka dia ala-ala ustaz don.
tapi aku syak dia bukan duduk kat flat aku tu. sebab aku pernah dengar dia borak dengan member dia yang dia nak menumpang dua hari je.
nak je aku jawab, kenapa dua hari je? kenapa tak selama-lamanya?
tapi sebab yelah, kang di cop menyibuk hal rumahtangga orang, so baik diam berdiri dalam lif.

khamis tu, yesss dia naik lif sama dengan aku.
eh aku tak gatal eh aku cuma cari peluang.
brader tu senyum kat aku. aku balaslah selebar-lebar yang mungkin dengan harapan dia akan mimpikan aku malam ni lantas menunggu aku lagi keesokkan harinya oh sangat setan perangai.

masuk je bilik macam biasalah, tanggal tudung sambil tengok cermin.
sekali mata fokus pada gigi.
terus darah menyerbu ke muka.
terasa malu.
terasa nak rewind semula waktu.
demmyuuu cili kenapa time ni kau melekat di gigi.

aku terus terfikir oh berapa ramai yang dah nampak.
then terus jadi lega sebab teringat aku makan popia pedas dalam bas masa perjalanan pulang.
maknanya hanya brader tu saja yang nampak.

dan jika sebelum ini aku berharap untuk terserempak dengan dia untuk ambil berkat muka ustaz don dia tu.
tapi mulai khamis aku berharap yang aku takkan jumpa dia lagi.
kita putus!

No comments: