Jul 6, 2012

Kerana teringat arwah abang, kamarul azreen.

Sekarang kan aku guna bilik arwah abang aku. Dah banyak berubah bilik
dia. Katil pun katil baru. Katil lama dia terlalu 'bujang'. Tak sesuai
dengan aku. Aku harus kena tidur diatas katil tilam yang empuk.
Huhuhu.

Takde apa sangat nak cerita. Just that, bila dah guna bilik dia, aku
rasa dia ada dalam bilik tu. Rasa dia sentiasa hidup. Bulan 9 ni,
genaplah 3 tahun dia pergi. 5 september 2009, 7.30 malam, tepat-tepat
azan maghrib berbuka puasa, dia hembuskan nafas terakhir.

Walau dia dah takde didunia, dia tetap ada di hati kami sekeluarga.
Sehari tak mengenang dia, memang tak sah.
Bila duduk berkumpul berenam (abah,ibu,aku,farah,syera,adik) mesti ada
keletah arwah yang akan kami cerita.
Sebagai kenangan.
Sebagai ingatan.
Supaya dia tetap ada dengan kami.

Antara yang kami ingat, ayat "boleh juga" dia.

Contoh.

Ibu : abang (arwah di panggil abang) awak nak nasi lemak tak?

Abang : boleh juga.

Contoh.

Abah : awak nak air kopi ke tak? (Untuk tapau)

Abang : boleh juga.

Contoh.

Aku : abang, awak nak tak tolong basuh baju, sapu sampah, cuci lantai
dan sidai baju?

Abang : boleh juga.

Ok tipu. Takde der aku berani suruh dia buat kerja. Kalau dia dah
longgokkan baju kotor dia depan aku, silalah basuh cepat. Jangan
banyak bunyi. Sebab dia abang.

Selepas dia pergi, ayat "boleh juga" menjadi ayat epik bagi kami berenam.
Kadang-kadang saja bergurau sesama sendiri
Eh, kau nak makan nasi lemak tak?
Boleh juga..
Huhuhu.
Lepas tu, mulalah semua diam.
Sebab sebak hati.
Hehehe.

Benar dia telah pergi.
Kami juga akan pergi suatu hari nanti.
Tapi, dia tetap ada di hati kami selamanya.
Suara dia, keletah dia, lawak dia, garang dia, libasan getah paip dia
kat syera, nasihat dia, masih segar di ingatan.

Abang, kami rindu. Rindu awak.
Rindu sangat-sangat-sangat.
27 tahun Allah pinjamkan awak di bumi ini.
24 tahun hidup dengan awak.
Kami sayang awak.
Awak tetap ada.
Ada dihati kami.
Jangan risau, kami takkan sesekali lupakan awak.
Awak best.
Awak abang yang the best.
Siapa boleh lupa epic awak libas syera dengan getah paip depan rumah.
Epic sungguh.
Berbekas di belakang.
Awak hulur minyak gamat suruh sapu.

Alfatihah untuk awak, abang.

9 comments:

cha said...

al fatihah

Suara Kalbu said...

Tetiba akak pulak yang jadi sedih :-(

Al-Fatihah untuk abg Reena.

::FAIZ:: said...

dia meningal sebab apa?

::FAIZ:: said...

alfatihah utk arwah

Reena Kamarudin said...

Cha : thanks. Alfatihah.

Reena Kamarudin said...

Suara kalbu : thanks akak. Alfatihah.

Reena Kamarudin said...

Faiz : bisol besar di leher. Dia tak sakit kuat pun. Bleh lagi berjalan. Cuma 3jam b4 dia g, dia dah xlarat.
Thanks.

faizal mohd said...

semoga beliau tenang di sana.

Reena Kamarudin said...

Pejai : mudah-mudahan. Amin