Jul 8, 2012

Kerana hal yang bermacam

Dulu, sebelum aku kerja di putrajaya dan duduk di karak, aku memang ok
tidur lambat. Pukul 2,3 pagi aku ok je. Relaks je makan kuaci depan
tv.
Tapi bila dah kerja di putrajaya, dan bila lama-lama mata aku dah di
ajar tidur sebelum 12.
Ok, apa sebenarnya aku nak bagitau adalah, tadi pukul 9 malam family
aku (bukan tadi saja, tapi hari-hari) akan main badminton. Aku kenalah
ikot sebab ehem ehem takot ehem ehem duduk sensorang.
Apa yang aku nak cerita adalah, family aku ni stamina dorang camner
eh? Minum tongkat ali eh?
Aku dah ngantok sangat-sangat tapi dorang relaks je.
Huhuhuhu.

Siang tadi aku ikot abah pergi kenduri saudara kami.
Kira pangkat ayah saudara lah. Nama dia aku panggil pak andak mustafa.
Anak dia kahwen.
Pak andak mustafa ni ajar mengaji untuk golongan orang tua. Betolkan
bacaan, tajwid serta hal-hal agama lah.
Salah seorang pelajarnya adalah abah.
Dan disebabkan dia adalah guru abah, maka, abah sangat-sangat sanjung dia ok.
Hormati dia.
Sepanjang balik dari kenduri, dia cerita pasal guru dia. Kami dengar
jelah. Lepas tu, bila masuk topik lain, tak lama lepas tu
"abang mustafa tu kalau nak tau..." cerita sampai habis.
Lepas tu, topik lain.
Lepas tu "abang mustafa tu mengajar..."
Aku dan adik nak tergelak je.

Aku ok je.
Sebab hormat juga. Muka dia, suara dia menggambarkan ketenangan.
Tapi abahlah. Comel je.
Sayang sangat dengan abang mustafa dia ye.

Comel macam aku.
Eh, tetiba.

No comments: