Jul 13, 2012

Kerana tempat bersejarah dan Ubat Gegat

ekceli aku kan teringin sangat nak pergi buat lawatan ke tempat bersejarah seperti Memorial Tunku Abdul Rahman, Galeria Seri Perdana, Memorial Tun Abdul Razak, Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan,  dan banyak lah lagi tempat.
ini semua salah Arkib Negara sebab dah buat aku teruja sangat nak pergi tengok macamanalah rupanya tempat-tempat tu.
rabu khamis semalam aku ada kursus oleh Arkib Negara.
itu yang membuak-buak perasaan nak tengok tu.
yelah, asyik ukur keluasan Alamanda je kan.
sesekali nak juga tengok dunia luar tambah pengetahuan ecewah.


aku kan suka benda-benda sejarah ni.
negeri paling aku suka kan MELAKA.
hari-hari pergi melaka pun aku tak kesah tau. sebab aku memang ralit sangat tengok semua yang bersejarah.
Lagi suka, aku suka sangatttttt masuk Muzium.


eh, mohla kita ke tempat-tempat bersejarah.
menambah ilmu pengetahuan.





ok dah. itu je dua gambar aku rajin google. google je lah aku mampu.
nanti kalau aku pergi, aku ambil pic, tempek kat sini hokay.


lepas tu kan.
korang tau tak Ubat gegat?
aku baru tau gegat tu sebenarnya adalah serangga macam pepijat tu.
aku ingatkan gegat tu nama ubat tu.
so sengal. huhuhu.


lepas tu kan.
penceramah Arkib tu boleh pula tanya soklan kat aku.
"tau tak tugu negara terletak dimana?"
aku macam, hah, sudah. aku taulah tugu negara tu tapi kat mana tu aku dah lupa.
aku pernah je pergi masa kecik-kecik rombongan kan.
aku jawab "tak tau"
dia punya terkejut "tak tau??"
dia punya ekspresi terkejut tu macam aku bawa pedang samurai nak mengamuk.
malu aku tau T____T


yelah.
aku bukan ingat tempat dia kat mana.
yang aku tau, tugu negara tu terukir nama-nama perajurit yang terkorban. huhuhu.
oh terletak berhampiran bangunan Parlimen. ohhh baru aku ingat. oohhhh angguk kepala.




kbye.

2 comments:

cha said...

u sebut ukur alamanda td lunch hour i pg alamanda la haha. btw i pun suka sejarahh and i love melaka so much :D

Reena Kamarudin said...

cha:

yeke? hahaha. penat tak ukur alamanda? eh jum pi melaka reramai nak? hehehe