Jul 11, 2012

Kerana hari ini hari istimewa aku, hari lahir aku yang ke eh, tak payah tau lah.

semalam petang sampai je rumah dari opis, aku tengok ada 3 lelaki tengah tunggu depan rumah aku.
aku macam ohmaigod siapa ni?
aku macam dah cuak gila. dah takut sangat sebab yelah, buatkan dorang buat jahat kat aku.
rasa nak nangis pun ada.
aku macam teragak-agak nak melangkah lagi macam nak undur semula.
tapi entah, kaki aku terus melangkah dengan harapan, mereka baik.
patutnya aku tak boleh terus masuk rumah.
aku kena turun semula dan ajak pak guard teman aku sampai depan pintu.
perempuan WAJIB ada rasa takut even tak bersebab.
jangan terlalu yakin dan berani.


bila dah sampai depan rumah, dan nak buka pintu, aku pandang je lelaki-lelaki tu.
sebab aku takut dorang terkam aku.
gila psiko aku bukak pintu sambil pandang dorang. mesti dorang pelik kan? hahaha
then salah seorang senyum kat aku.
aku pun beranikan diri tanya.


aku : kau siapa? buat apa sini?
lelaki : saya baru pindah sebelah rumah kamu ini. tapi tunggu kawan, kuncinya pada kawan.
aku : kau orang indonesia ya?
lelaki : ya iya lor.
aku : kau bukan orang jahat kan? *sumpah aku sengal tanya soklan ni. tapi entah kenapa aku nak tanya juga*
lelaki : *sambil senyum* bukan lah kak. jangan risau
aku : baguslah. berapa orang satu rumah?
lelaki : 10 orang kak. akak duduk sama suami ka?
aku : ya dengan suami. lepas tu dengan adik lelaki dan sepupu lelaki.


muahahaha. celah mana suaminya, reena?
saja je aku jawab dengan suami, adik lelaki dan sepupu lelaki.
supaya taklah nanti dorang ada niat jahat.
atleast, dorang rasa macam ok perempuan ni tak boleh buat jahat sama dia sebab ramai lelaki rumah dia. hahahah


boleh pulak aku tanya dorang orang jahat ke tak.
dah kalau dia jahat pun, bukannya dia nak mengaku dia jahat. huhuhuhu.
oh baru pindah sebelah rumah aku ni. maknanya dah tak takutlah aku kan?


ohya.
terima kasih pada yang wish birthday aku hari ni 11 julai.
aku memang tak open wall fb aku.
so banyak wish dekat inbox fb.
thanks korang sebab susah payah bukak inbox dan wish aku. peluk korang ketat-ketat sampai lebam.
tak banyak pun aku minta sempena birthday aku  ni.


cuma aku minta ibu abah adik-adik dan semua family yang tersayang panjang umur murah rezeki dan sihat selalu begitu juga dengan kawan-kawan yang ada time susah senang yang sentiasa menceriakan hari-hari aku dan melayan kerenah aku, gila-gila aku serta kepada pembaca blog aku *if any*, thanks korang sudi juga singgah blog merapu aku ni. sayang korang.


untuk aku?
aku tak pernah kan sebut ni dalam mana-mana entry blog aku?
tapi hari ini aku nak taip. sebab hari ni hari istimewa aku.
untuk aku di hari lahir aku ini aku mohon Allah percepatkan jodoh aku dengan lelaki yang terima aku seadanya, terima family aku seadanya, mampu jadi anak lelaki kepada ibu dan abah dan abang kepada adik-adik aku.
sesungguhnya, bila lelaki itu mengahwini aku, dia bukan saja menjadi suami aku dan ayah kepada anak-anak aku, tapi dia juga harus menjadi anak lelaki kepada ibu dan abah dan abang kepada adik-adik aku.
bukan untuk menggantikan arwah abang aku, tapi sebagai pelengkap hidup kami berenam :) *tears*


dan aku mohon, mohon pada Allah supaya melupuskan ingatan aku kepada masa lalu aku *tears again*.
sebab aku tak mau ingat lagi.
dan semoga aku murah rezeki, menjadi lebih matang tak gedik lagi *aku tak gedik, adik-adik aku je kata aku gedik*, dikurniakan kesihatan yang baik.


hehehehe. tetiba termalu tertulis pasal harapan jodoh pula.
eh kata harijadi aku kan?
haruslah aku yang over.


thanks family aku *ibu abah adik adik mieya*
thanks kawan-kawan *too many to mention*
ewah macam menang award kan?


hehehehehehhe *gelak manja*


bye korang.

14 comments:

Girl Girl said...

Selamat hari lahir! :)

Reena Kamarudin said...

thanks diana ;)

faizal mohd said...

selamat hari lahir!!!

larik sebab takut kena peluk ketat-ketat. hahaha :D

ana fauziana said...

Happy birthday reena. Mg impian & harapan ko menjadi kenyataan. Amin...

May ALLAH bless u...

jgn lupe besday aku sok. Heheheh

khairul said...

happy bday ye cik reena!

mOhd shukOr mOhAmAd said...

Selamat ari lahir choi..

mOhd shukOr mOhAmAd said...

Selamat ari lahir choi.

mOhd shukOr mOhAmAd said...

Selamat ari lahir choi..

Reena Kamarudin said...

pejai :

hahahah. mestilah aku tak peluk kau.

Reena Kamarudin said...

fauziana :

ok, mana boleh lupa. kau kan adik aku. hahahah

Reena Kamarudin said...

khairul :

thanx ya' :)

Reena Kamarudin said...

choi :

kemain sampai 3 kali. huhuhu

Suara Kalbu said...

Akak terlambat ker ?

Selanat Ulang Tahun Kelahiran yang ke...

Semoga apa yang kamu impikan akan jadi kenyataan. Kekal jadi anak yang baik pada keluarga, kekal jadi kakak yang baik pada adik-adik, kekal jadi sahabat yang baik pada teman-teman disekeliling kamu, kekal jadi umat yang patuh pada agama,kekal jadi pekerja yang amanah pada majikan kamu, semoga dikurniakan kesihatan, rezeki yang tak putus-putus.

Dan selamat menempuh setahun pertambahan umur dan menjadi matang dalam kehidupan kamu.

Reena Kamarudin said...

suara kalbu :

thanks akak :)