Jul 16, 2012

Kerana aku tertipu tertipu tertipu lagi

sabtu lepas serba tak kena.
terasa banyak yang salah dan tak kena.
tapi abaikan saja. acik ok je. acik cool.


well malam sabtu tu juga, plan dengan member manjaku-sha and kak diya untuk karoke.
weeehuuu teruja sebab lama tak karok kan. 
asyik karok dalam bilik je sensorang lepas tu feeling ada yang menonton padahal dinding je T___T
zupp zappp zupppp zapppp zassssss efek bersiap pakai baju semua.
around 8 lebih macam tu, terus naik rumah sha tingkat 11. aku tingkat 4 cewah nak juga bagitau.
raya datang rumah tau. tapi bawa kuih sendiri-sendiri la.


sampai je rumah sha


sha : yang, u duduk dulu tau. i nak keluar sekejap dengan member i. kejap je.
aku : ala, u nak pergi mana pula? lama tak?
sha : kejap je yang. pergi presint 8 je.
aku : pergi mamak la tu. ala, mamak bawah ni kan ada.
sha : ehhehehe. dah dia nak jumpa kat presint 8. kejap je. u tunggu kejap ya. kak diya pun tak siap lagi tu.
aku : ok yang. cepat tau.


then sha pun pergi, aku tinggal je la kat rumah dia dengan housemate dia.
dalam 15 minit macam tu, kak diya call kata dah ada kat bawah. zasss aku turun.
buka je pintu rumah sha, aku tengok minah tu jalan laju.


sha : geram i yang. gerammmmm sangat! kawan i tu penipu.benci benci *suara sebak*
aku : la kenapa ni yang? dah dah jangan marah marah. cool kay.
sha : sakit hati i tau, yang. benci benci.
aku : cool down yang. cool. eiii memang nak kena belasah la jantan tu *eh, aku pulak yang lebih-lebih. see, perempuan memang gitu*


masuk kereta. aku pun cerita kat kak diya apa jadi kat sha.
pot pet pot pet cerita itu ini.
beli mekdi kat bangi. beli drive thru je.
nak singgah ramai gila orang dalam mekdi. ya ampun.
semua pun berpakat beli mekdi secara berjemaah ke apa ni?
ok, sha belanja mekdi. 


then dah beli, sibuk cari tempat nak makan.
ohya, lupa nak cerita, plan asal nak karoke kan?
tetiba minah dua orang ni kata, karoke tak jadi. 
aku macam, alaaaaa kenapa tak jadi? baru nak feeling dangdut.
hehehe. katanya esok (ahad).
oklah, kita ikot kata majoriti.
dah beli mekdi tak tau nak makan kat mana.
sekali semua pun nak kan ketenangan kan.
pilih jambatan wawasan lampu warna warni.
ketenangan la sangat. sekali ramai gila manusia kat situ.
hoih. semua pun keluar berjemaah eh.


lepas tu dalam kereta ada lighter.
terus syak kak diya merokok eh.
hahaha. memang tak la kan minah tu nak merokok.


sha keluarkan kamera dia ambil pic semua.
so pic semua kat dia.
takde kat aku.
tetiba "happy birthday to you" nyanyi sampai habis.


aku terkejut la kan.
eh celah mana pulak kek ni datang.
sekali dorang beli kek untuk aku lah.
aku dahlah tak suka suprise ni. tapi bila dah ada yang suprisekan, haruslah suka. heheheh.


rupa-rupanya yang sha turun kata nak jumpa member laki dia tu, dia pi beli kek dengan kak diya.
bukan keluar mamak dengan kawan dia. sengal je menipu aku.
lepas tu dah lah pandai berlakon suara sebak bagai kata lelaki tu penipu.
aku kan mudah percaya cakap orang. huhuhu
lepas tu lighter tu untuk pasang lilin. kenapalah aku ni bengap sangat tak dapat tangkap rancangan dorang ni.


tiba-tiba terharu.
yelah even simple but bermakna sangat-sangat.
dah tua-tua ni, ada juga kek kek ni.


dan semalam petang pergi karoke sha belanja sebab malam sabtu tu tak dapat karoke.
pun pic dekat sha.
karoke kat kajang je. cewah, kajang je?
dah tu takkan nak kat kuantan pulak kan.


kalau dorang tak buat semua ni pun aku still sayang dorang.
yelah, susah senang bersama kot.
walaupun tak sampai 3 tahun pun persahabatan kami.
tapi apa ada pada masa dan waktu jika hubungan itu sudah sangat aku sayang.
bila dengan dorang aku happy.
dan aku harap dorang happy bila dengan aku.
kawan baik bukan yang kita borak 24jam.
tapi apabila kita bersama, melayan perasaan, berdiam diri, tapi bila masing-masing nak balik rumah, rasa puas hati bila dapat jumpa. betul tak?


kesian je kot sha dan kak diya.
waktu aku tengah jiwa kacau la sangat tu, setia je dengar luahan hati aku.
eh yeke setia? hahaha. ke macam, eh minah ni bila la nak stop ni?
ah tak kira. dorang suka ke tak suka ke aku tak peduli. janji aku puas. hehehe.


eh tetiba aku cuak.
sebab kawan baik aku nak kawen bulan 11 ni tapi baju kaler oren tangerine takde lagi.
eh ke tak payah?
payah ke tak payah, farah raihana?
kalau payah, aku nak beli ni.
huhuhuhu.


see.
aku kalau dah merepek memang panjang.
tu belum lagi berborak depan-depan.
mau penat telinga korang dengar.
eh tetapi aku pendiam sebenarnya.
dengan member je aku bising.


k lah. bye.

No comments: