Jun 3, 2012

Kerana dingorat oleh budak sekolah

Tadi aku turun bawah nak ke kedai.
Bawah rumah aku ada taman permainan. Situ jadi tempat melepak
budak-budak muda. Tempat dating pun boleh jadi. Tak faham aku. Takde
nyamuk ke?
Malam-malam memang ramai lah yang melepak.

Masa aku melalui sekumpulan budak muda yang aku kira masih sekolah
menengah, semua memandang aku. Bukanlah aku perasan aku hot bila
mereka pandang. Aku cuma rasa, aku pakai seluar koyak ke? Selipar aku
lain sebelah ke?

Aku buat tak tau jelah kan. Sebab yelah, budak sekolah, muka muda
sangat lagi. Kalau lelaki-lelaki sebaya aku, boleh juga berdebar-debar
mata bertentang mata. Nampak tak aku gatai miang di situ? Nampak tak?
Tolong lempang.

Ok, bila mereka pandang, aku jalan je lah. Tetiba aku dengar
"hai boleh berkenalan?" aku pun buatlah tak tau.
Dalam hati aku mesti mereka kata kat bebudak perempuan belakang aku.
Tapi bila dah jauh, aku toleh belakang, takde pulak sesiapa. Ok, aku
pun abaikan.

Bila dah siap beli dan belah, aku lalu lagi jalan yang sama. Sebab
memang itu jelah jalannya. Bebudak yang sama masih melepak.

"hai,boleh berkenalan. Jangan sombong sangat" budak tu bangun dan
jalan seiringan dengan aku. Aku macam, ha sudah budak ni.
Aku diam.
Dia bunyi lagi.
"jangan kerek. Saya nak berkenalan je" kawan-kawan dia pandang je aku.

Aku malas nak berkurang ajar.
Sebab bebudak tu memang selalu aku jumpa.

"ye dik. Nak berkenalan? Kejap, akak mintak izin suami akak. Adik
tingkatan berapa? Akak 26 tahun dah. Umur adik berapa?"

Lepas dengar je jawapan aku, kawan-kawan dia gelakkan budak tu berdekah-dekah.
Aku pun nak tergelak sekali.
Terus dia duduk semula. Aku pulak yang malu kena ngorat gitu.

Nampak muda sangat ke aku ni? Mestilah tak.
Hahaha. Jangan nak perasan. Ke bebudak zaman sekarang suka perempuan
tua? Kahkahkah. Tak kelakar.

4 comments:

ana fauziana said...

awek muda la kan...
suke tau...=)

umur dh meningkat tp klu jln sblh dak sekolah org kate form bape? Hehhee...(ada pengalaman kne ngorat ngn bdk 17thn)Hahahaha...

muda dtg sbb kita slslu senyum & ceria. Keep it dear!

Reena Kamarudin said...

Hahaha. Kelakar pun ada.

Yai Azman said...

terbaikk..haha..mesti malu giler budak tu kan..hahaha

Reena Kamarudin said...

Dia heret muka dia kat jalan tar kot. Hahaha