Jun 3, 2012

Kerana wanita itu bernama IBU

Semalam birthday abah kan. So hari ni birthday ibu pulak. Sweetkan
birthday selang sehari? Kalau abah lupa birthday ibu, aku tak tau la
nak kata apa kan dah katanya birthday selang sehari. Esok birthday
adik bongsu aku pulak (4 jun)
Nanti aku nak berjodoh dengan yang selang sehari dengan aku. Aku 11
julai. Dia mungkin 10 julai atau 12 julai.
Nampak tak politik aku macamana?
Tak faham lagi? Aku cuma nak bagitau birthday aku bila je. So
faham-faham la ye.

Aku ingat lagi, 17 tahun lepas, masa subuh adik aku lahir, abah kata kat aku
"ni lah hadiah hari lahir paling berharga untuk abah dan ibu"

Kau dengar tu dik, abah kata apa? Jadi, sila jadi anak yang baik
selama-lamanya ok.

Ok. Malam tadi ada buat makan-makan sikit. Ibu kata simple je, makan
mi, kek semuanya. Yang datang saudara-saudara jela.
But too bad, I wasnt there. Aku memang nak balik karak, in fact, dah
dipaksa pun oleh ibu. Tapi serius, aku penat on friday. Lagipun aku
tak sehat dengan selsema so aku rimas.
Sobs.
Bergenang juga airmata bila malam tadi bercakap dengan ibu.
Lepas tu bila ibu pass the phone kat abah, lagi ketat suara aku. Perit
tekak menahan airmata.
Cey, drama queen sangat.
Ada aku bagitau aku mudah nanges?
Dengan ibu aku ok lagi sebab hari-hari kot berborak dalam phone.
Dengan abah jarang sangat-sangat.
Cukup kalau aku tau kesihatan abah, apa abah buat dari ibu, hati aku dah lega.
Tapi yang jarang tu lah yang buat airmata aku selalu bergenang.

Dah besar gabak pun manja lagi. Acane tuh?

Suara ibu dan abah ceria je. Aku bertambah sayu la kan diorang ni
macam happy je aku tak balik. Hahaha
Lagi pulak tengok kek yang Farah post kat blog dia.
Lagi aku meroyan.

It's not about the cake. Tapi gathering dengan family yang aku missed out.

Takpelah, ibu kata next week kalau aku balik dia buat nasi minyak.
Amboi. Nasi minyak teruih ya.

Ni la 1st time aku tak jadi mastermind untuk celebrate apa-apa di rumah tu.
Kalau tak tu, aku dan farah la yang kapla (ketua) nya.

Sobs.
Menangis.
Takpelah. Dah kata tak sehat. Selesema srott srett batok kepala berat
segala. Duduk jela dendiam.

Tak sangka dah 50 umur ibu.
Tapi dia tetap muda di hati aku.
Kekuatan aku.
Aku kagum dengan ibu.
Mula-mula hilang ayah (atok aku).
Then emak (nenek aku).
Menyusul pula the only brother, pakngah aku selepas itu kerana paru-paru berair.
Last, anak sulung dia, abang aku.
Kalau aku jadi dia, harus separoh gila.

Tapi ibu kata, dia kuat sebab ada abah.
Ada aku dan adik-adik.
Dia pernah kata, aku dan adik-adik kekuatan dia, tonggak dia.

Ibu.
Wanita berhati lembot.
Manja.
Sporting. Dan sangat penyayang.

Ibu.
Tak dapat aku balas kasih sayang yang dia beri padaku.

Ibu,
Selamat hari lahir ibu.
Terima kaseh menjaga kami semua dengan baik.
Terima kasih memahami pilihan saya selama ini.
Saya sayang ibu sangat2!

P/s : can't wait this coming friday.

2 comments:

Suara Kalbu said...

Tarikh lahir akak 19 Julai. Nampak tak politik akak kat situ ? Kalau tak nampak juga..bawak gi berubat kehkehkehkeh....

Semoga cepat sembuh dan jangan culas makan ubat. Balik nanti peluk cium mak ketat-ketat. Bisik kat telinga dia tak ada kehidupan atau kematian yang boleh pisahkan kasih sayang kita pada dia.

Reena Kamarudin said...

Hehehe. Ingat,ingat. Bagus politik kan? Nanti kita celebrate sesame ye kak. Hekhekhek. Akak beli kek pastu, pastu, bg kat reena. Hehe