Jun 2, 2012

Kerana lelaki itu bernama ABAH

Pheww.
Baru setel basuh baju. Macam nak tercabot lengan rasanya.

Makan pun tak lagi.
Makan pun tak lagi tu bermakna pagi tadi pun aku tak sarapan tau. Sobs.

Ohya. Hari ini hari lahir hero kesayanganku. Hari lahir abah. Aku dah
wish dah tadi. Patotnya malam tadi tepat 12.
Tapi abah tu tidur sokmo awal.

Aku tak tahu samada aku ni dah jadi anak yang terbaik atau tak.
Tapi aku tau, sepanjang aku hidup, aku dah banyak mengecewakan abah.
Ni bukan pakai rasa-rasa ya. Ini betol-betol aku tahu abah kecewa
dengan aku.
Tapi apakan daya, aku ni manusia biasa yang tak dapat lari daripada kesilapan.
Aku rasa loser gila bila mengecewakan abah. Walaupun hal tu dah lama
berlalu, aku pun dah ada hidup yang agak stabil, tapi tetap rasa
bersalah, rasa menyampah dengan diri sendiri.

Tapi abah adalah abah. Walau sekecewa manapun dia, dia tetap nak
tunjuk dia gembira dengan aku. Dan ya, kegembiraan yang dia tunjuk tu
telah mengaburi mata aku. Dan aku sedikit sedikit rasa lega.

Abah.
Tulang belakang aku.
Ibu dan adik-adik.
Rasanya takde abah, tak bergeraklah kami (dulu masa tak reti bawa kereta)
Walaupun penat, bila diminta anak-anak suruh dihantar, tetap digagahi.

Abah.
Yang airmatanya pertama kali gugur, itulah pertama kali gugur.
Bila saat dia kucup kali terakhir anak sulung dia (abang aku) pada
tahun 2009. Menghantar arwah abang ke destinasi abadi dengan tangisan
tak bersuara. Manakan dapat di tahan, anak didepan mata selama 27
tahun akhirnya terpaksa berpisah di bumi sementara ini.

Abah.
Menginjak usia tua.
Tiada apa ku pinta selain kesihatan untuknya. Kesejahteraan. Kegembiraan.
Dan sentiasa dibawah lindungan Allah.
Serta panjang umur.

Abah.
Saya sayang abah.
Biar nafas terhenti.
Sayang ini tiada ganti.
Terima kasih memahami diri ini.
Terima kasih atas satu pengertian darimu untuk hidupku.

Kakngah sayang abah.

No comments: